Monday, July 11, 2011

Happy birthday Datuk K

Shortly after Malaysia lifted the AFF Suzuki Cup, I had little option but to call K. Rajagobal. I was thinking of writing a question and answer with him for Rembat Kosmo! in addition to inviting him for Astro Arena's Kafe Sukan.


Sentuhan emas maha Raja...loosely translated, King Midas' touch. With Raja, each telephone call or a meeting in the flesh would elicit a cynical remark from him. He would first lambast you, reminding you of the stuff you have commented or written before. He has this knack of remembering every single word uttered by yours truly on the national team. Read here. This before Raja was bestowed with a Federal Datukship.


Raja does not like to give interviews on TV besides the normal news interviews...he has done only three studio interviews after winning the AFF Cup, once with Siti Nurhaliza, twice on Kafe Sukan...thanks Datuk K!

In my conversation with Raja, among other things that I did not write was this:

Raja: Hey Rizal, you know when's my birthday?

LC: "Hmmm...cannot remember la coach...

Raja: July 10...

LC: Ah, ok...

Raja: Who else celebrate his birthday on that date?

LC: Wah trick question ah coach...ok you hold on...let me see...

Raja: Quick la...

LC: Must be someone prominent...wait ah...ah Tun Dr Mahathir Mohamad! He has two birthdays Dec 20 and July 10...

Raja: Aha, so those born that date are natural born leaders...

LC: Eh ya la coach...you are correct la I guess...


So Datuk K and Tun M share the same birthday...

Wednesday, July 6, 2011

Apa cerita Yakeb?

Benarkah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bergolak?

Tidak lama dulu aku dedahkan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, letak jawatan. Baca Rosmah quits Yakeb. Bila aku tanya dalam program Kafe Sukan secara langsung di sini, pengerusi eksekutif Yakeb, Mumtaz Jaffar, kata "saya suruh GM saya buat press statement..." tapi tak de pun press statement pun...Baru-baru ini pengurus besarnya, Md Razib Md Shah (gambar bawah), pula meletak jawatan.


Apa cerita sebenarnya? Walaupun ada yang mempertikaikan motif aku menulis pasal Yakeb ni, pada aku simple - sesiapa saja yang memimpin organisasi yang ada kaitan sukan dan atlet/bekas atlet haruslah telus, jujur, ikhlas dan berlapang dada. Terutama bagi organisasi yang dapat sumbangan orang ramai, tak kira syarikat besar atau bintang Bollywood. Tapi jumlah insan yang ada ciri-ciri ini adalah minoriti di zaman fitnah Dajjal berleluasa.

Antara kegiatan Yakeb hebat. Misalnya pelancarannya di sini dan penanaman tembikai emas di sini. Ada pulak Koperasi Atlet Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan Iris Corporation untuk tanam tembikai di sini.

Benarkah Khalid Ali (gambar bawah, kiri, zaman dia baik dengan aku) bakal menggantikan Razib?


Tak lama lagi Yakeb buat mesyuarat agung...pengerusi eksekutif (khabarnya eksekutif tak wujud, tapi diwujudkan) baru akan dilantik khabarnya...bergantung kepada Pak Menteri...antara nama-nama disebut mengambil alih daripada Mumtaz ialah Datuk Malek Noor dan Khalid...atau Mumtaz dikekalkan untuk jadi pengerusi tetap macam Pengerusi Tetap Umno...

Sunday, July 3, 2011

Kita tak mau Ben Williams...

Alhamdulillah, lega rasanya...kita terikat 4-4 secara agregat dengan Taiwan selepas tewas 3-2 di Taipei tapi mengesahkan tiket ke pusingan kedua pra-Piala Dunia atas dasar dua gol di tempat lawan, bagi mengesah tiket menentang pasukan tanah air saudara-mara aku - Singapura, yang juga musuh ketat kita dalam bola sepak.

YANG MENARIK:

Dua gol bertaraf dunia beb...sepakan percuma jarak jauh Aidil Zafuan Abdul Radzak, disusuli sepakan lencong Safiq Rahim...kalau 10 tahun dulu, aku dah melompat-lompat...tapi dah umur macam ni, duduk senyum cukuplah...dok teringat buat liputan safiq dan aidil masa umur diaorang 17 tahun...

Beberapa hantaran kemas di penjuru...tengah dan build-up play yang menarik tetapi secara sporadic...

Prestasi Sharbinee Allawee Ramli...macam Sukan SEA 2009...

Aku rasa Abdul Hadi Yahaya boleh isi kekosongan Safee Sali...dia kurang experience aje.

YANG TAK MENARIK:

Kealpaan benteng, kesilapan kecil boleh bawa bencana. Mahalli Jasuli, Aidil kena lebih fokus. Dalam game genting, kalau boleh kena elak hadiahkan penalti kepada lawan.

Prestasi Vu Minh Tri, pengadil masa Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF, sedikit boleh dipertikaikan. Kekalahan 3-2 kepada Taiwan adalah kekalahan pertama pasukan negara sejak tewas di Jakarta...pengadil pun sama, secara kebetulan agaknya...Tiga penalti dalam satu game? aduh...

S. Kunanlan, alangkah sempurnanya anda jika anda boleh penetrate sayap kiri lalu buat umpanan lintang...coach Datuk K. Rajagobal nampaknya gemar Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin di penjuru kiri...Fakri Saarani dan Amirulhadi Zainal pun boleh main sayap kiri...tapi tak salah kalau Raja pertimbang senaraikan seorang natural left-footer untuk bagi dimensi berbeza di sebelah kiri, macam Fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar di bahagian benteng...betul Azmi Muslim cedera tapi tak salah kalau pertimbangkan Nurul Azwan Roya...bekas pemain Bawah 17 kebangsaan bawah Zainal Abidin Hassan dulu...coach Raja bersikap terbuka, sebab itu dia panggil Hadi dan Helmi Remeli yang diberi cap pertama pada usia 26 tahun...mungkin boleh bagi chance dekat Nurul Azwan...

Perlu atau tidak seorang pemain pertahanan membuat terpaan sekitar kawasan penalti sendiri hingga membuka ruang penyerang gelecek dan mendedahkan penjaga gol kepada situasi satu lawan satu?

Apapun kita harus ucap tahniah kepada Rajagobal, Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas dan semua pemain...yang penting kita layak. Tapi hujung bulan ni lawan Singapura...pada pra-Piala Dunia 1977, Malaysia tewas kepada Singapura apabila Mohammad Noh menyempurnakan penalti menewaskan R. Arumugam pada minit ke-32...apabila Quah Kim Song jatuh diterpa Yahya Jusoh (mengikut perencanaan jurulatih Singapura, Choo Seng Quee agar cari penalti)...Malaysia dibimbing M. Kuppan zaman tu...

Untuk rekod, kesebelasan Malaysia itu jam:

R. Arumugam, D. Devandran, Yahya Jusoh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Yip Chee Keong, Abdullah Ali, Isa Bakar, James Wong...masa tu arwah Mokhtar Dahari injured, terlantar di hospital akibat pembedahan lutut, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melawat arwah di hospital

Singapura pulak: Eric Paine, Hasli Ibrahim, Syed Mutalib, Robert Sim, Samad Allapitchay, Zainal Abidin Manan, M. Kumar, Dollah "Gelek King" Kassim, S Rajagopal, Quah Kim Song, Mohammad Noh.

Mohammad Noh ni dulu stylo...ramai peminat...pendiam tapi di padang, elegant...digelar Allan Clarke Singapura..sampai Rahimah Rahim buat lagu untuk dia - Bintang Sukanku...syok dengar lagu tu



Singapore's poster boy, Mohammad Noh...before Fandi Ahmad took over the mantle


Jangan AFC lantik Ben Williams atau Minh Tri jadi pengadil sudah...

Yang lain kita serahkan kepada Rajagobal dan penolong-penolongnya...mereka lebih arif dan pakar...

p/s Coach Raja, happy birthday in advance!

Nasib pengulas sukan

Kalau kita boleh senaraikan Tan Sri Dr M, Jegathesan, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M. Chandran dan Razif-Jalani Sidek sebagai legenda sukan negara, aku percaya Datuk Rahim Razali, Datuk Hasbullah Awang, Amran Hamid, Dzulkarnain Hassan, Aziz Ibrahim, Husin Ibrahim, Abdullah Hasim, Karim Mohammad, Jamaluddin Alias dan Baharin Tahir tersenarai selaku pengulas sukan bertaraf legenda. Ulasan sama ada di televisyen atau radio jadi halwa telinga aku yang membesar pada era sebelum TV3 muncul pada 1984, apa lagi dasar langit terbuka.yang mencetus kewujudan Astro pada 1996..aku selalu tengok Rahim dan Aziz mengacarakan rancangan sukan sambil merujuk kepada majalah Shoot yang sama ada kat tangan aku pada 1970-an dan 1980-an hehehe...


Bersama legenda...dengar cerita Datuk Rahim dibayar lebih RM100,000 sepanjang Piala Dunia 1982...

Generasi susulan melahirkan nama-nama pengulas seperti Sherkawi Jirim, Zainal Abidin Rawop dan Shaukei Kahar...ah, hebat belaka...

Isnin ini Kafe Sukan akan membincangkan cabaran pengulas sukan...

Walaupun mereka idola, mereka juga tidak terlepas daripada kritikan. Apatah lagi zaman moden serba canggih ini yang mengizinkan penonton berinteraksi secara terus menerusi pelbagai media sosial...kalau dulu aku ada perasan beberapa kesilapan sama ada fakta atau cara sebutan, bolehlah tulis kepada pengarang suratkhabar, itupun belum pasti disiarkan sebagai surat pembaca...sekarang anak-anak muda seronok melampiaskan kritikan mereka tanpa batasan...sebagaimana kalau kita tuduh orang besar-besar menyalah guna kuasa, begitu juga kita kadang-kadang menyalah guna kebebasan yang ada dalam dunia siber untuk menulis sesuka hati...

Apapun, aku bersyukur diberi peluang bergaul dengan individu-individu yang dikenang selaku pelukis dan pencorak dunia penyiaran sukan negara. Hendak tahu serba sedikit kisah seorang wartawan penyiaran, baca Rolling Stone


Bersama Datuk Hj Hasbullah...Baca nukilan Tuan Haji Amran Hamid dalam blognya di sini


Sejurus Shaukei dipilih selaku presiden SAM, aku pulak setiausaha agung...tapi Shaukei pasti ingat bagaimana aku kadang-kadang tak setuju dengan Mr Presiden...hah itu bezanya kalau setiausaha dipilih banding dengan dilantik presiden...maaf ya Ji...

Kafe Sukan Isnin ini mempelawa Tuan Haji Shaukei dan Tuan Haji Zainal Abidin untuk membincangkan kerjaya pengulas sukan...dua tokoh ini aku respect (bukan saja sebab bagi aku job) bukan saja kerana kecemerlangan mereka menyinari dunia penyiaran sukan tapi ramai tidak tahu karakter mereka di balik tabir...jika Zainal akan pastikan waktu solat sentiasa berjemaah, Shaukei ada buka kelas Al-Quran...


Hafizal Hamad (kiri) bagi aku peluang masuk RTM pada 2006. Zainal selalu tinggalkan komen dalam blog ini dengan nama ZAR...

Saturday, July 2, 2011

Kafe Sukan secara langsung...

Sportsdirect.com, eh kat mana tu, aku teringat sportsdirect.co.uk untuk beli buku berasaskan iklan dalam World Soccer adalah...Slamet bagitau kita buat live Kafe Sukan di MST Golf Plaza, Subang Jaya, lepas sikit Sunway Pyramid...belok kiri...


Fuh, dari luar, aku dah kagum dah...


Dalam lagi la...


Shukri menerangkan kepada Akbar khidmat di sportsdirect.com


Jenama Sondico...fuh nostalgia tu...Mat Yusoff Ismail, pengarah "live" Arena, mengimbas kenangan lampau


Star host kita dimekap oleh Annie



Saras, our assistant producer, telling the fiancee: "So many choices la but I don't have enough money to buy, wait for gaji la"



Aku cakap aku teruja berada dalam kedai sebesar ini


Mengingatkan aku keseronokan window shopping di adidas boutique, rue de louvre paris 2002


atau memegang barangan adidas originals di Berlin...2005

Bersama Akbar, Chris Raj dan Haresh Deol menyingkap beberapa isu, dikelilingi kakitangan sportsdirect.com, gedung pakaian sukan terbesar di Asia Tenggara...sebelah kedai golf, sebelah kedai sukan...teringin jugak nak beli beberapa baju tapi tunggulah...bagi yang berkenan dengan pelbagai barangan sukan, tidak kira baju, kasut, raket, but, basikal...singgahlah di MST Golf Plaza, No 8, Jalan SS13/5, Subang Jaya...tak reti pakai GPS, tapi kereta Iswara aku tak de, jumpa jugak hahah

Chance for lucky 50 to meet the Gunners

MEET THE GUNNERS WITH PROEVENTS

KUALA LUMPUR (JULY 1 2011): In conjunction with the 10th Anniversary celebrations in Malaysia, ProEvents International- Exclusive Arsenal Asia Tour Organizer- are giving a life time opportunity to football fans to greet the Gunners.
Tickets purchased before July 9 2011 (cut off time 9pm), will stand a chance to meet the Arsenal players. Those who purchased tickets before this announcement for the “lucky draw” need not despair. They will be included in the draw.
However, only 50 lucky ticket holders will get this rare opportunity. The “winners” will be picked through a computerised ticket serial number draw which will be done by Ticketpro.
ProEvents Chief Executive Officer (CEO) Mr Julian Kam said the winners will be announced through the media partners of the Tour and ProEvents facebook.
“This is one way to allow football fans and supporters of Arsenal to be up close-and-personal with their idols. It is a lifetime opportunity for them to meet and greet and welcome them to Malaysia. It is also to show the Gunners that they have strong fan base in this country,” said Kam.
Tickets for Arsenal’s match, priced at RM58, RM68, RM108 and limited RM388 can be purchased through www.ticketpro.com.my and selected Nike outlets in the country.
The Gunners are back in Malaysia after a 12-year absence and will kick-start their Asia Tour 2011 with a match against the Malaysian X1 at the National Stadium on July 13. Kick-off is at 8.45pm.

Friday, July 1, 2011

Al-Fatihah buat Tan Sri referee

Takziah kutitipkan buat keluarga Allahyarham Tan Sri Zain Mahmud Hashim, bekas Panglima Tentera Darat yang meninggal dunia petang tadi, sehari selepas kita menyambut Isra' Mikraj. Moga rohnya ditempatkan di kalangan solehin, dikebumi pada Khamis malam Jumaat di tanah perkuburan Kota Damansara.

Masih segar dalam ingatan kehadiran Allahyarham di KLIA menyambut kepulangan jenazah Mohd Nazri Abdullah pada Februari 2009. Baca di sini.



Allahyarham (kiri) bersama wakil FIFA, Walter Gagg. "Rizal, u printkan story dari blog you, I nak baca," kata Allahyarham pada aku. Allahyarham dan aku share bintang horoskop yang sama.


Krew Manjafilms diketuai Anwardi Jamil, anaknya Aidyl Abadi dan Pekin Ibrahim (pelakon). Allahyarham datang ke pejabat di Kota Damansara dengan keretanya.

Apabila Manjafilms diberi tugas menerbit dokumentari Merdeka buat Astro Awani, aku cadangkan Tan Sri Zain atas kedudukannya selaku bekas panglima Tentera Darat. Lahir dalam keluarga masyhur yang menempuh zaman perang dunia kedua dan antara yang terbabit secara langsung dalam persiapan menjelang kemerdekaan pada 1957, Tan Sri juga mencipta nama dalam bidang kepengadilan. Allahyarham lazimnya dilantik antara pengadil untuk Pestabola Merdeka awal 1970-an. Pada 1980-an dan 1990-an, Allahyarham menyumbang tenaga dan daya fikir selaku pengerusi jawatankuasa pengadil FAM. Zaman dia tiada yang berani mempertikaikan kata-katanya. Standard pengadil juga tinggi, melahirkan antaranya Nik Ahmad Yakub,  Wan Rashid Wan Jaafar, Amir Sharifuddin Wong dan Kamaruddin Sakhari.

Allahyarham bukan saja pernah menjadi anggota Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN), bahkan dilantik mengetuai pasukan petugas khas menyusun semula perlembagaan, struktur pembangunan dan keseluruhan keberkesanan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) pada 2001.

Sumbangannya terhadap sukan negara, khususnya pembangunan pengadil bola sepak, tidak terkira. Al-Fatihah buat Tan Sri referee.