Thursday, October 28, 2010

Sesi bertemu jagoan negara!



Siaran akhbar

Astro Arena akan menganjurkan kempen ‘Wira-wira Malaysia ke Sukan Asia 2010’ untuk menyemarakkan semangat dan memberi sokongan kepada kontinjen negara ke temasya di Guangzhou itu.

Kempen itu akan diadakan selama empat hari bermula dari 28 hingga 31 Oktober 2010, bertempat di Main Concourse Area (Old Wing) Sunway Pyramid jam 11:00 pagi – 5:00 petang . Antara tumpuan kempen itu termasuklah peluang kepada seluruh peminat sukan negara menyatakan sokongan mereka menerusi mesej dan tandatangani di Papan Sokongan yang disediakan.

Bersempena dengan kempen ‘Wira-wira Malaysia ke Sukan Asia 2010’, Astro juga akan melancarkan secara rasmi Liputan Temasya Sukan Asia 2010 yang akan membabitkan liputan menyeluruh di beberapa saluran sukan Astro.

Butiran majlis itu adalah seperti berikut:
Majlis Penyerahan Papan Sokongan Buat Atlit Negara

Tarikh : 31 Oktober 2010 ( Ahad)
Masa : 3:00 ptg
Tempat : Main Concourse Area (Old Wing), Sunway Pyramid

Tetamu jemputan yang akan hadir untuk majlis Pelancaran Liputan Sukan Asia 2010 di Astro termasuklah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, yang juga chef-de-mission kontinjen negara ke Guangzhou serta Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Selain daripada Papan Sokongan untuk kontijen negara, pelbagai aktiviti lain yang akan di adakan termasuk pameran memorabilia lagenda-lagenda tanahair (Lagenda Arena, Hall of Fame), Permainan dan Arkib (Giant Jenga dan F1 Simulator) serta kuiz.

Duta-duta Astro Arena (Datuk Lee Chong Wei, Ester Cheah, kembar pemain bolasepak kebangsaan negara, Zaquan dan Zafuan, Daniel Bego dan P Mariappan) termasuk lagendanya ( Marina Chin, Mirnawan Nawawi, Dato Yogeswaran, Dato Soh Chin Aun dan Dato’Rahim Razali) dan atlit-atlit yang memenangi emas di Sukan Komanwel, New Delhi baru-baru ini turut akan hadir memeriahkan lagi aktiviti yang akan di adakan.

No comments: