Monday, March 19, 2012

Kena ada program realiti pengulas sukan

Untuk memastikan ada generasi pelapis baru yang mampu menjadi pengulas sukan berwibawa, Astro Arena wajar mencipta program realiti sebagaimana dilakukan RTM tidak lama dahulu. Baca laporan Utusan Malaysia pemenang program realiti dan laporan Harian Metro di bawah. Baca pula pengalaman bekas pemain bola sepak kebangsaan dipelawa selaku pengulas di sini. Baca pula  nasib pengulas sukan


Izwan dapat nombor dua dalam program RTM 2008...


Suara garau Zulkarnain Hassan, kini Tuan Haji, meninggalkan sejarah tersendiri - siapa tidak ingat Hassan, cucuk Hassan...baca 1980 Hassan, cucuk Hassan


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


KEPETAHAN serta kreativiti peserta dari Pelabuhan Klang, Fairuz Shah Badli, 33, membolehkannya dinobatkan juara pertandingan akhir kuiz interaktif, i@sukan sekali gus membawa pulang hadiah motosikal GTR 150cc bernilai RM8,000 sumbangan Naza Bikes Sdn.Bhd.


Kejayaan itu mengatasi cabaran lima peserta yang turut menyertai program mengenal pasti bakat pengulas sukan kelolaan RTM itu.


Kata Fairuz, walaupun berdepan saingan sengit, dia bertuah kerana memenangi saingan itu malah mengakui program itu mempunyai kelainan tersendiri.


“Memang saya meminati bidang pengulas sukan ini sejak kanak-kanak lagi. Cuma tidak mengetahui di mana saluran atau bagaimana untuk melakukannya. Saingan akhir ini begitu sengit dengan semua peserta yang bersaing pada peringkat akhir mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.


“Saya mengikuti program ini sejak episod tujuh. Malah program ini mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri. Saya berasa bertuah dan berterima kasih kepada penyampai radio berpengalaman seperti Eben (Suhaimi Mohammed) yang membimbing dan ber panduan untuk menjadi pengulas yang baik,” katanya.


Saingan tempat kedua dimenangi Mohd Izwan Hafiz dari Perak yang menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM2,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Izwan turut dipilih sebagai Pengulas Sukan Pilihan SMS penonton sehingga membolehkannya membawa pulang Sijil Simpanan Premium bernilai RM300, juga sumbangan BSN.


Sementara tempat ketiga dimenangi, Mohd Fuad A Rahim (Johor Bharu) yang menerima jam tangan, Santa Barbara bernilai RM1,000 sumbangan Solar Time Marketing Sdn.Bhd.


Peserta lain yang turut mengambil bahagian dalam saingan itu, Mohd Norfaisal Baharudin (Shah Alam), Muhammad Ikhram Shaharil (Pahang) dan Ahmad Razmi Kamaruddin (Perak).


Dalam pada itu, penerbit program, Marzuki Jazuli berkata pihaknya berpuas hati dengan pencapaian peserta serta perjalanan program berkenaan.


“Kami berpuas hati dengan persembahan peserta yang menunjuk peningkatan dan tambah berkeyakinan. Ternyata bimbingan dan latihan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman memberi input berguna kepada mereka. Ia ternyata berbeza ketika pertandingan mingguan yang mendedahkan beberapa kelemahan.


“Penonton memberi sambutan memberangsangkan dan menerima maklum balas positif daripada penaja dan pengurusan RTM. Jika tiada aral program ini akan meneruskan siaran untuk musim kedua dengan mengekalkan konsep sama tidak lama lagi,” katanya.


Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini, menampilkan pengacara dan pelakon, Haryati Hamzah (Yatt) dan pengulas sukan, Hafizal Hamad.


Lebih 30 penonton hadir menyaksikan saingan sengit itu. Di samping menyokong peserta pilihan masing-masing, penonton turut dihiburkan dengan persembahan Farah AF2.


Malam kemuncak pertandingan menyaksikan peserta diuji menerusi tiga tugasan, mengulas klip video membabitkan rakaman perlawanan bola sepak, klip video pilihan daripada enam sukan pilihan berdasarkan undian seperti hoki, badminton, sepak takraw, renang dan tinju, selain rakaman tugasan menjadi wartawan di lokasi (stand upper).


Persembahan peserta diadili juri profesional antaranya pengulas sukan berpengalaman, Hasbullah Awang, Abdullah Hashim dan Wan Halimi Mahmud. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Abdul Rahman Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Adilah Shek Omar.


Hakikatnya, bukan mudah bagi seorang amatur menjadi pengulas sukan dikenali. Diharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat melahirkan bakat baru yang dapat mencipta nama seperti Datuk Rahim Razali, Hasbullah Awang, Abdullah Hashim, Zainal Abidin Rawop dan Sherkawi Jirim.

Friday, March 16, 2012

Siapa Annuar Musa?

Siapa gerangannya Annuar Musa yang bergelar Tan Sri?

Selongkar punya selongkar, rupa-rupanya Annuar bekas Menteri Belia dan Sukan. Patutlah macam familiar.

Check punya check, aku pernah menulis komentar bertajuk Pertelagahan Annuar, Hamzah jejaskan imej negara dalam kolum Kacamata sisipan Jaguh pada 1 Oktober 1992...hampir 20 tahun lalu...alamak, 20 tahun lalu aku menulis pasal Annuar Musa? Biar betul...

KETIKA negara membuat persiapan menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998, dua tokoh paling penting ke arah menjayakan temasya itu, bertelagah sesama sendiri, sedangkan mereka adalah pengerusi bersama Sukan Komanwel Sdn Bhd (Sukom).

Namun, daripada berganding tangan, jelas Menteri Belia dan Sukan, Senator Annuar Musa, dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (Mom), Tan Sri Hamzah Abu Samah, bergesel bahu menonjolkan kuasa masing-masing.

Percakaran itu menyebabkan Sukom, yang ditubuhkan untuk mengendali dan melicinkan penganjuran, seakan tempang sebelum pandai berjalan.

Berdasarkan laporan akhbar, kedua-duanya bertindak menyangkal kenyataan.

Hamzah mendakwa Annuar membelakangkan perlembagaan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dengan mengemukakan senarai lembaga pengarah Sukom tanpa persetujuannya.

Annuar pula menjawab semuanya dibentangkan dengan persetujuan Hamzah. Lantas, percanggahan itu mencetuskan kekeliruan dan lebih perit, menjejaskan imej negara.

Selepas berhempas-pulas memancing undi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dan akhirnya tersenyum puas diberi penghormatan menjadi tuan rumah, pertelingkahan terbaru ini cuma membuat badan itu berfikir dua kali sama ada undian Julai lalu tepat atau tidak.

Sebagai negara membangun, pemimpinnya juga perlu memupuk semangat dan pemikiran membangun.

Jika asyik bercanggah pendapat, semua tugas tidak jadi.

Bayangkan media luar yang memang kerap mengambil kesempatan menggembar-gemburkan pertelingkahan sekecil mana pun.

Berita ini pasti tersebar ke seluruh gagasan Komanwel dan memburukkan nama negara.

Seteru dalam mengejar hak penganjuran tempoh hari, Adelaide, pasti ketawa jika mendapat tahu wujudnya pergeseran di antara pengerusi bersama yang sepatutnya bakal memastikan temasya dikendalikan dengan lancar.

Namun, apa yang penting, hak penganjuran itu tetap di tangan. Mengikut perlembagaan CGF, tugas mengendalikan temasya dipikul oleh Persatuan Sukan Komanwel (jika tiada, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan).

Dalam hal ini, Mom bertanggungjawab menyusun struktur dan membuat setiap keputusan, daripada perlantikan lembaga pengarah Sukom kepada kaedah pemasaran temasya.

Sememangnya, kita kena hormat peraturan. Namun, apakah tujuan sebenar Mom membidas Annuar? Mungkinkah kerana ketiadaan nama beberapa orang kuatnya dalam senarai lembaga pengarah Sukom yang Annuar kemukakan, sedangkan mereka turut terbang ke sana ke mari untuk melobi?

Sewajarnya, Mom jangan lupa di sebalik perlembagaan yang mengikat setiap tindakan, kerajaan berfungsi penting kerana bertanggungjawab menyusun infrastruktur seluruh negara, termasuk di segi pentadbiran dan pembinaan kemudahan seperti stadium.

Sementara Mom cuma mencari jalan menentukan corak penganjuran dan temasya itu, serta memastikan pengendalian acara dan kategori sukan dilaksanakan tanpa masalah.

Biarkan Mom dengan diterajui Hamzah, menjalankan tugasnya, manakala Annuar mendokong watak wakil kerajaan dan memberi nasihat di segi kepentingan kerajaan.

Annuar sudah melakukan paling optimum dalam usaha menterjemahkan impian menganjurkan temasya itu kepada satu kenyataan. Kewibawaannya sudah terbukti kerana beliau adalah antara penyumbang utama usaha negara menjadi penganjur.

Sebagai tokoh yang sudah melalui asam garam kehidupan, termasuk arena sukan tempatan dan antarabangsa, Hamzah pula memang layak memimpin meskipun kadangkala diulit kontroversi.

Yang jelas, kerajaan menerusi Annuar dan Mom saling memerlukan. Tanpa kerjasama kedua-duanya, sukar menjayakan sebarang kejohanan besar seperti Sukan Komanwel.

Tanpa kerjasama kedua-duanya juga, hasrat menganjurkan temasya paling agung, Sukan Olimpik pasti terkubur, sedangkan Annuar sudah menyatakan kesediaan Malaysia berbuat demikian menjelang 2020.

Paling penting, nama baik negara wajib dijaga, khususnya apabila membabitkan negara asing dan jalinan antarabangsa.

Selongkar punya selongkar, Annuar pernah ambil mentor aku di Berita Harian, Rahime Yusoff, sebagai setiausaha akhbarnya. Oh patutlah familiar.

Check punya check, lah aku pernah tulis pasal Annuar...cuba klik Alahai Annuar Musa dan Tidak ada sebab Annuar Musa tak puas hati. Yang paling mengundang kemarahan peminat dari Kelantan kononnya aku derhaka kepada Al-Sultan Kelantan...kerana Annuar membaca satu perenggan dari surat terbuka aku kepada FAM tanpa membaca surat itu secara keseluruhan lalu diuar-uarkan dalam facebooknya. Aku didesak oleh pelbagai kumpulan untuk memohon maaf. Hingga ada page Anti Rizal Hashim di sini. Tapi generasi Y dan Z tidak didedahkan dengan perspektif yang berbeza. Cuba baca pandangan blogger Kelantan dan blog politik kisah derhaka April 1993

Cukup hebat penangan daripada seasoned politician ini! Maklumlah, dia hebat berpidato dan pakar strategi.

Isu terbaru meletup apabila Annuar "bubuh" Rajagobal tanpa sebut nama dia pun...hehehe, disiarkan oleh Nadi Arena pada Selasa lalu, diikuti Info Sukan TV1 keesokannya. Astro Awani pun tanya pendapat aku...apakah wajar media dipersalahkan...

Kalau dari segi etika, bagi aku yang simplistic dan kurang cerdik ini, kenyataan Annuar menyalahi semangat kekeluargaan dalam FAM (kalau ada semangat begitulah). Macam mana Annuar dok mengadu kepada Ahmad Khawari Isa yang aku bukan saja melanggar etika kewartawanan bahkan mencabar kewibawaannya (fuh, rupa-rupanya pemimpin sukan kita tidak boleh dicabar kewibawaan mereka...patutlah aku diam menikus apabila berdepan Azalina Othman Said dulu kah kah kah)...

Kalau dari segi point yang cuba disampaikan oleh Annuar, aku setuju 100 peratus...kerana aku pun pernah mempertikaikan strategi dan pemilihan Rajagobal. Tapi aku pemerhati dari luar...tidak memegang jawatan dalam FAM, dalam mana-mana persatuan peringkat kelab, kampung, mukim, jajahan mahupun daerah apa lagi negeri. Tidak ada pengaruh, tidak ada kuasa. Tidak ada access dalam mesyuarat untuk berhujah, berdebat dan mempersoal dasar-dasar FAM dari dalam. Tetapi Annuar ada access, boleh SMS Tuanku dan boleh call bila-bila...lepas tu, tidak gentleman lah selepas mengeluarkan kenyataan, tiba-tiba media pula dipersalahkan cuba memanipulasi kenyataan.

Sebenarnya isu ini tidak akan meletup jika Annuar mengeluarkan kenyataan atau rasa tidak puas hati dalam mesyuarat dalaman FAM. Tapi kalau nampak cara-cara sekarang ini, macam nak political mileage atau publisiti murahan...hahahah macam ramai penyokong Kelantan tuduh aku nak publisiti murahan dulu...

Bacalah kolum aku dalam goal.com di sini. Sudahnya, Rajagobal harus terbuka kepada kritikan. Annuar pula kritik dari dalam, kalau tidak mahu dituduh cuci kain kotor depan orang ramai atau, dengan izin, dalam bahasa Inggeris washing dirty linen in public.

Farewell Kak Pah

We shall bid farewell to Latifah Tan Sri Ya'cob, who passed away peacefully this morning due to cancer. She was 62. The former secretary of the Malaysian Fencing Federation (MFF) went on to hold the assistant secretary's post in the Olympic Council of Malaysia (OCM) from 2000 until she withdrew from the election in 2007. Kak Pah attempted to make a comeback in 2009 but was defeated by Moira Tan.


In between laughter, discussions and guffaws, Kak Pah would often pass cynical remarks to me. She brooked no nonsense and did not mince her words. A niece of former Deputy Prime Minister, Tun Musa Hitam, yet Kak Pah did not use her connections to undermine people. Kak Pah, who was a middle-distance runner and equally active in netball and badminton at State level in the 1960s, agreed to disagree in a civilised manner. Her son Faisal Ahmad Akhia represented the country in fencing in the SEA Games.

Covering the Athens Olympic Games for the Malay Mail in 2004 was memorable for me for a lot of reasons. One of them was Kak Pah's reaction to my story.

TAEKWONDO exponent Elaine Teo arrived safely in Athens via Zurich but she was wrapped in cotton wool by the secretariat to prevent her from buckling under pressure.


Greeted by Olympic Council of Malaysia (OCM) assistant secretary Latifah Ya'cob, Malaccan-born Elaine was accompanied by coach R. Dhanaraj.


Elaine, who has been earmarked as a medal prospect by the contingent, alongside cyclist Josiah Ng, will participate in the 49kg category on Thursday.


Attempts to meet her at the Games Village in Acharnon last night proved futile, with members of the secretariat insisting she could be interviewed during her training sessions.


Elaine stands a good chance of mounting the podium after winning the Austrian Open and a competition in South Korea prior to the sporting fest in Greece.

"Oh you tulis wrapped in a cotton wool, eh? Please, eh, we did not do that. It was due to the timing that she was not able to talk to the Press," said Kak Pah, who as a member of the secretariat was responsible for the in and outs of the athletes. Kak Pah would remind me of that story each time we met. As secretary of MFF since 1989, Latifah made inroads into the regional body, holding a similar position in the South East Asia Fencing Federation.

To Kak Pah, my fellow Johorean and Leo, you will be missed. May Allah grant you paradise, reward you with His majestic light, Eternal Bliss, complete forgiveness and place you in the company of angels and the righteous. Ameen.

To Kak Pah's family, may Allah provide you the strength and protection and let our sadness remind us of the reality of our existence.

Sunday, March 4, 2012

Kolumku mengenai Ahmad Shakir

Peminat bola sepak tempatan mengharapkan sentuhan Ahmad Shakir Mohd Ali berterusan di Seremban agar dia merancakkan saingan pelbagai penjuru untuk membentuk rangkaian penggempur pasukan negara. Bayangkan jika anak jati Alor Star itu bersaing dengan Zaquan Adha Abdul Radzak, Izzaq Faris Ramlan, Abdul Manaf Mamat, Ashaari Shamsuddin dan Abdul Hadi Yahaya untuk mencabar dua calon automatik, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha selaku dua serangkai hujung tombak Harimau Malaya.

Bakal berusia 23 tahun Isnin ini, Ahmad Shakir muncul penjaring terbanyak Harimau Muda dalam Liga Perdana dengan 16 gol pada 2009/10 sebelum tenggelam apabila pulang semula ke Kedah. Kini bermastautin di Seremban di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah yang terkenal dengan kecenderungan memupuk bakat anak muda, Ahmad Shakir harus meletakkan dirinya selaku watak penting musim ini. Beraksi di sisi Jean Emmanuel Effa Owona, Ahmad Shakir sudah jaring empat gol dalam Liga Super. Baca kolumku di goal.com di sini.

Saturday, March 3, 2012

Tiga suspek kertas bocor

Kalau baca New Straits Times hari ini, laporannya sebut ada tiga suspek bagi bocor laporan panel siasatan kes lari doping membabitkan enam atlet dan ketua jurulatih Harun Rasheed Othuman.

Mereka ialah Shahidan Kassim, Karim Ibrahim dan R. Annamalai. Siapa agaknya bagi bocor media, kebetulan hanya dua akhbar The Malay Mail dan Harian Metro siar berita pada hari yang sama.

Shahidan
 Karim

Annamalai

Baca Karim berdepan satu lagi perbicaraan.

Sementara itu, sedikit nasihat buat 42 jurulatih dan 16 atlet yang bikin petisyen mahu Karim disingkir. Buat laporan kepada Pesuruhjaya Sukan. Kalau dia tak ambil tindakan, kita boleh salahkan dia. Kita test tengok sama ada dia berani atau tidak. Hahah.

 Kalau tanya Yi Ling, Norjannah, Siti Zubaidah dan Nurul Sarah, agaknya siapa yang mereka sebut jadi dalang lari daripada ujian doping?

Friday, March 2, 2012

KOM-POM ke, pejalan kaki jadi pembekal pil?

Dalam laporan panel siasatan kes enam atlet mengelak ujian doping Mei lalu, tertera perkataan Malaysian Athletics Federation (MAF). Bermakna dalam bahasa kebangsaan, MAF dikenali sebagai Persekutuan Olahraga Malaysia (POM)...jadi bukan KOM tapi POM la...KOM-POM (bunyinya confirmed - keh keh keh)...sekarang POM kena ada POM-POM girls...

Confirmed ke Harun Rasheed Othuman petualang sebenar kes enam atlet elak ujian berdasarkan laporan panel siasatan (dalam laporan Investigative Interview) dipengerusikan R. Annamalai, pegawai olahraga dari Pahang, pada 12 September 2011? Kes berlaku pada 24 Mei, lebih tiga bulan terdahulu.

 Laporan muka depan The Malay Mail semalam

Baca pendedahan The Malay Mail dan Harian Metro kebetulan pada hari yang sama,  Shahidan enggan ulas, pendedahan Harian Metro, pendedahan the Malay Mail, apa Shahidan kata dulu.

Panel siasatan yang dianggotai Annamalai, Mumtaz Begum Abdul Jaffar, P. Solomon (bekas timbalan presiden KOM/POM), Prof Rabindarjeet Singh (betulnya Prof, bukan Dr beli) dan Datin Seri Ismalina Ismail (wakil YAKEB, geng Mumtaz lah kot). Kena panggil mengadap Datuk M. Magendran (pendaki Everest yang jaga olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN), pegawai Institut Sukan Negara (ISN) Nisal Kumar, enam atlet - Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Noor Imran Hadi, Nurul Sarah Abdul Kadir - selain Karim Ibrahim, Harun dan penolong jurulatih, Balamurugan.

Mengikut laporan yang bertarikh 27 September bawah tajuk PRIVATE AND CINFIDENTIAL (salah eja kot Annamalai), patut CONFINDENTIAL, Magendran dilapor sebagai berkata, Harun hubungi dia pada pagi 24 Mei memaklumkan atlet menjalani ujian perubatan di ISN. Tapi dia gagal hubungi Harun selepas itu apabila ISN maklumkan bahawa lima atlet tidak buat ujian doping, sedangkan tiga atlet - Noraseela Mohd Khalid, P. Yuvraaj dan Tan Song Hwa berbuat demikian. Harun sudahpun dimaklumkan pada 20 Mei dan 19 April bahawa semua atlet yang dijadual berlatih di luar negara diwajibkan menjalani ujian perubatan.

Keterangan Nishel (sekejap Nisal/sekejap Nishel, yang taip nama pun tak particular la), menyebut Noor Imran Hadi langsung tidak menjalani ujian perubatan, manakala lima - Siti Zubaidah, Siti Fatimah, Nurul Sarah, Yi Ling dan Norjannah jalani ujian perubatan, ujian darah, ECG dan x-ray tapi hilang selepas diberitahu buat ujian doping. Pada 26 Mei, Siti Zubaidah, Siti Fatimah dan Yi Ling menjalani ujian doping, manakala tiga lagi dianggap berada di Bulgaria. Agensi Anti Doping Malaysia atau ADAMAS dapat berita pada 31 Mei, bahawa keputusan ujian air kencing dibuat di New Delhi negatif. Pada 2 Jun, jawatankuasa pengurusan keputusan ADAMAS memutuskan:

1. Nurul Sarah, Norjannah dan Noor Imran melanggar kod 2.3 Agensi Anti Doping Dunia (WADA) kerana tidak memberi sampel air kencing. Tiga lagi atlet Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling juga bersalah mengelak daripada memberi sampel.

2. ADAMAS meminta KOM-POM buat siasatan. Minit mesyuarat ini dikirim kepada KOM-POM pada 3 Jun.

Siti Zubaidah dilapor sebagai berkata: Pil/kapsul berwarna merah jambu diambil sejak April 2011di depan jurulatih Bulgaria (Vasko Tsetanov Nedlyakov) selepas latihan. Harun juga nasihat Siti Zubaidah bawa sampel air kencing orang lain, jadi dia bawa sampel air kencing kawan Siti Fatimah.

Siti Fatimah pula memberitahu panel dia ambil pil berwarna hitam anabol loges sejak Januari 2011, selain pil merah jambu tiga kali seminggu sejak kehadiran Vasko. Tiga botol pil herba bernilai RM350 dibekalkan oleh seorang bekas pejalan kaki dan Siti Fatimah mengambil pil herba. Siti Fatimah juga bagitahu perbualan Karim, Harun dan atlet terbabit di Serdang Steak House pada 24 Mei dirakam dan CDnya dalam simpanan Mumtaz Jaffar.


Noor Imran bagitahu panel dia tak pergi ujian kerana tidur di rumah kawannya di Damansara dan akhirnya ujian doping di Bulgaria negatif.

Harun, apabila ditanya panel kenapa dia tidak mempertahankan atlet jagaannya sedangkan media sudah melaporkan kes itu, hanya diam dan tidak menjawab soalan. Selain itu dia kata dia hanya beri anabol loges dan centrum dan multivitamin kepada atlet, untuk recovery atau memulihkan tenaga.

Karim kata ISN tiada hak buat ujian doping di luar pertandingan secara rambang kerana tiada pemberitahuan secara bertulis. Ditanya kenapa ada atlet jalani ujian doping, ada yang tidak, Karim kata kerana yang jalani ujian ditemani jurulatih masing-masing.

Rumusan panel siasatan dapati ada elemen syak wasangka yang boleh ditimbulkan terhadap Harun atas beberapa sebab, antaranya:

1. Dia diam dan tidak memberi penjelasan mengapa dia tidak mempertahankan atlet ketika nama mereka disiarkan dalam media

2. Bertanggungjawab mengarah atlet elak ujian doping.

3. Jikapun jurulatih tidak ada atas pelbagai sebab, Harun sepatutnya mengarah mana-mana jurulatih atau wakil untuk menemani atlet ketika menjalani ujian doping.

4. Pil dan kapsul yang diberi oleh Harun dan Tsetanov menimbulkan syak wasangka.

Hasil siasatan panel ini, Harun dikenakan hukuman gantung setahun...

Bersambung...

Thursday, March 1, 2012

Fiesta Bola Sepak 7 Sebelah

Siaran Media
 

SMK ZAABA ‘A’ JUARA SARINGAN PERTAMA FIESTA BOLASEPAK 7 SEBELAH MALAYSIA

KUALA LUMPUR ,1 MAC 2012- Fiesta Bolasepak 7Sebelah Malaysia telah pun bermula dengan Kuala Pilah menjadi venue pertama bagi acara ini . Pada saringan pertama peringkat Negeri Sembilan itu, SSNS SMK Zaaba ‘A’ berjaya menewaskan Sri Menanti FC untuk muncul sebagai juara peringkat Negeri Sembilan pada 26 Februari 2012.

Fiesta yang akan menjelajah ke seluruh negara ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS ) pada 8 Februari 2012 lalu.

Saringan peringkat Negeri Sembilan diadakan di Mini Stadium Kuala Pilah dan telah menarik penyertaan sebanyak 41 buah pasukan termasuk pasukan luar dari Negeri Sembilan.

SSNS SMK Zaaba ‘A’ membawa pulang hadiah berupa Piala iringan, medal serta wang tunai sebanyak RM1,000. Naib Johan dimenangi oleh Sri Menanri FC membawa wang tunai sebanyak RM800 manakala tempat ketiga disandang oleh Gemas Galaxy FC dan Lukut Indian FC tempat keempat.

Upacara perasmian telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato Hasan Malek yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Saringan yang kedua akan diadakan di Negeri Perak dan Teluk Intan dipilih sebagai tuan rumah. Fiesta ini akan diadakan di Mini Stadium Majlis Perbandaran Teluk Intan pada Ahad 11 Mac 2012. Fiesta di Teluk Intan nanti akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Kay di talian 016-9178709, Halim 013-5941991 dan DD Fairuz 019-4508522, borang juga boleh didapati di Pejabat Persatuan Bolasepak Daerah Teluk Intan dan di HRC Station 18 Ipoh sebelum 10 Mac 2012.