Monday, March 19, 2012

Kena ada program realiti pengulas sukan

Untuk memastikan ada generasi pelapis baru yang mampu menjadi pengulas sukan berwibawa, Astro Arena wajar mencipta program realiti sebagaimana dilakukan RTM tidak lama dahulu. Baca laporan Utusan Malaysia pemenang program realiti dan laporan Harian Metro di bawah. Baca pula pengalaman bekas pemain bola sepak kebangsaan dipelawa selaku pengulas di sini. Baca pula  nasib pengulas sukan


Izwan dapat nombor dua dalam program RTM 2008...


Suara garau Zulkarnain Hassan, kini Tuan Haji, meninggalkan sejarah tersendiri - siapa tidak ingat Hassan, cucuk Hassan...baca 1980 Hassan, cucuk Hassan


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


KEPETAHAN serta kreativiti peserta dari Pelabuhan Klang, Fairuz Shah Badli, 33, membolehkannya dinobatkan juara pertandingan akhir kuiz interaktif, i@sukan sekali gus membawa pulang hadiah motosikal GTR 150cc bernilai RM8,000 sumbangan Naza Bikes Sdn.Bhd.


Kejayaan itu mengatasi cabaran lima peserta yang turut menyertai program mengenal pasti bakat pengulas sukan kelolaan RTM itu.


Kata Fairuz, walaupun berdepan saingan sengit, dia bertuah kerana memenangi saingan itu malah mengakui program itu mempunyai kelainan tersendiri.


“Memang saya meminati bidang pengulas sukan ini sejak kanak-kanak lagi. Cuma tidak mengetahui di mana saluran atau bagaimana untuk melakukannya. Saingan akhir ini begitu sengit dengan semua peserta yang bersaing pada peringkat akhir mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.


“Saya mengikuti program ini sejak episod tujuh. Malah program ini mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri. Saya berasa bertuah dan berterima kasih kepada penyampai radio berpengalaman seperti Eben (Suhaimi Mohammed) yang membimbing dan ber panduan untuk menjadi pengulas yang baik,” katanya.


Saingan tempat kedua dimenangi Mohd Izwan Hafiz dari Perak yang menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM2,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Izwan turut dipilih sebagai Pengulas Sukan Pilihan SMS penonton sehingga membolehkannya membawa pulang Sijil Simpanan Premium bernilai RM300, juga sumbangan BSN.


Sementara tempat ketiga dimenangi, Mohd Fuad A Rahim (Johor Bharu) yang menerima jam tangan, Santa Barbara bernilai RM1,000 sumbangan Solar Time Marketing Sdn.Bhd.


Peserta lain yang turut mengambil bahagian dalam saingan itu, Mohd Norfaisal Baharudin (Shah Alam), Muhammad Ikhram Shaharil (Pahang) dan Ahmad Razmi Kamaruddin (Perak).


Dalam pada itu, penerbit program, Marzuki Jazuli berkata pihaknya berpuas hati dengan pencapaian peserta serta perjalanan program berkenaan.


“Kami berpuas hati dengan persembahan peserta yang menunjuk peningkatan dan tambah berkeyakinan. Ternyata bimbingan dan latihan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman memberi input berguna kepada mereka. Ia ternyata berbeza ketika pertandingan mingguan yang mendedahkan beberapa kelemahan.


“Penonton memberi sambutan memberangsangkan dan menerima maklum balas positif daripada penaja dan pengurusan RTM. Jika tiada aral program ini akan meneruskan siaran untuk musim kedua dengan mengekalkan konsep sama tidak lama lagi,” katanya.


Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dari Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini, menampilkan pengacara dan pelakon, Haryati Hamzah (Yatt) dan pengulas sukan, Hafizal Hamad.


Lebih 30 penonton hadir menyaksikan saingan sengit itu. Di samping menyokong peserta pilihan masing-masing, penonton turut dihiburkan dengan persembahan Farah AF2.


Malam kemuncak pertandingan menyaksikan peserta diuji menerusi tiga tugasan, mengulas klip video membabitkan rakaman perlawanan bola sepak, klip video pilihan daripada enam sukan pilihan berdasarkan undian seperti hoki, badminton, sepak takraw, renang dan tinju, selain rakaman tugasan menjadi wartawan di lokasi (stand upper).


Persembahan peserta diadili juri profesional antaranya pengulas sukan berpengalaman, Hasbullah Awang, Abdullah Hashim dan Wan Halimi Mahmud. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Abdul Rahman Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Adilah Shek Omar.


Hakikatnya, bukan mudah bagi seorang amatur menjadi pengulas sukan dikenali. Diharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat melahirkan bakat baru yang dapat mencipta nama seperti Datuk Rahim Razali, Hasbullah Awang, Abdullah Hashim, Zainal Abidin Rawop dan Sherkawi Jirim.

6 comments:

bunga2hati said...

saya memang minat...ingat lagi pernah kafe sukan ulas topik ni, jemputannya Hj Zainal Abidin dgn Hj shauqi kahar...saya pernah tanya soalan melalui blog saudara,dan saudara baca!

bunga2hati said...

setuju!!! saya memang minat mengulas sukan.dulu pernah kafe sukan ulas topik ni (Jemputan Hj Zainal Abidin dan Hj Shauqi Kahar). saya pernah tanya tentang kelulusan yg perlu utk jadi pengulas sukan melalui blog saudara Muhammad Rizal Hashim,nampaknya kelayakan saya memang tak seberapalah...tapi kalau ada peluang,tak mengira kelayakan dan paras rupa...saya memang minat...usulkalah ke astro arena!

Anonymous said...

rizal hashim patut jadi pengetua..dia hebat..hebat ungkit kisah2 lama

Anonymous said...

,saya lebih teruja bila Arwah Karim Muhammad menjadi pengulas sukan di radio..ulasan yang laju ..seolah olah semua game berjalan dengan rancak .tapi bila tv menyiar kan rakaman tertunda rupa rupanya perlawanan tak serancak mana .nampak sangat kena kelentong dengan karim muhamad..he he he..yang bestnya kalau dengar kat radio ..pengulas menjerit "gool" (kita pun meloncat gembira).."oh tidak , hampir gol"(hampehhh)

Anonymous said...

Shauki Kahar dan kembarnya Rosli Husin tak layak ulas perlawanan. Tidak tahu nama pemain2 yg beraksi sebaliknya berbual kosong dgn Rosli walaupun game sedang rancak berjalan. Hanya perkataa OOUH yang selalu keluar dr mulutnya. Camna Arena boleh amik jadi pengulas pun tak tau lah..

Unknown said...

Bam perlu di rombak...sebab kebanyakan peg di situ sdh berkubur....