Menjangkau usia 72 tahun, Amran yang rajin mengemas kini blognya dengan pelbagai isu, bersara sebagai Pengarah TV RTM pada 1995. Kesempatan bertemu kali ini sesudah kami berkenalan semula menerusi Facebook.
Dalam satu perbualan di dinding akaun FB beliau yang turut disertai Hafizal Hamad, kami akhirnya memutuskan untuk merangka satu pertemuan. Awalnya di satu lokasi yang mudah di tetapi akhirnya TC menjemput ke rumah beliau saja.
Perbualan kami berkisar sekitar cabaran menjadi pengulas sukan, kisah di sebalik tabir dan bagaimana penajaan siaran langsung Piala Dunia dan iklannya mengakibatkan insiden pecat-memecat sebuah syarikat besar.
Amran membuat liputan saingan hoki Piala Dunia di Amstelveen 1973, Sukan Asia Teheran 1974, Sukan Oilimpik Montreal 1976 dan Piala Dunia FIFA di Buenos Aires 1978, satu pengalaman berharga yang sepatutnya dikongsi dalam bentuk memoir. Cerita TC bersulam nasihat.
Cukup banyak kisah yang dikongsi, off the record dan on the record!
Selesai interviu, kami dijamu dengan pelbagai juadah. Terima kasih TC dan isteri.
Tanpa yang lama, tiadalah yang baru
HH dan anaknya Ilham Darwish dijamu dengan karipap, sardine roll, jelly, buahan dan mangga ais kisar (ice blended mango) yang dibuat sendiri oleh orang rumah TC...
4 comments:
wah sudah jadi cerita pertemuan kita itu hari Rizal LC - hanya memaklumkan LC dan Hafizal: di sebalik keseronokan ada juga ujian dan cabaran untuk melengkapkan tugas, terutamanya bila menjadi pemimpin organisasi - banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba, yang sepatutnya dikongsi untuk faedah generasi akan datang. TK LC; kita jumpa lagi...
Alamak...nampak sedap hidangan tu..awat tak mo ajak chek pi sama??? Meme Kak Jun (TC other half) pandai memasak 'al-maklum' bekas Penerbit Tersohor Rancangan Nona pada awal penerbitannya dulu. Nak juga pi ziarah TC (boss lama tp sekejap kat RTM dulu). Sdr Rizal, next time pls habaq mai no...Wassalam
ZAR
congrats super effort to share with us
Amaran Hamid seorang pengulas sukan yang tersohor pada zaman gemilangnya berama Rahim Razali....semoga senatiasa sihat dan diberi perlindungan Allah SWT.
Post a Comment