Haji Haron Ismail, Timbalan Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM), meninggal dunia di kediamannya di Johor Bahru selepas Maghrib tadi. Jenazahnya dijadual disemadikan di Johor Bahru pada jam 10.0 pagi.
Allahyarham, bapa kepada peninju negara Muhammad Farkhan, seorang pemurah. Tidak lokek dan sentiasa bersedekah. Pernah satu kenduri kesyukuran anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) yang diadakan di Kompleks Sukan Keramat, Allahyarham korbankan beberapa unta.
Allahyarham memenangi pingat perak kategori heavyweight Sukan SEA di Kuala Lumpur 1989, tewas kepada peninju Indonesia asal Papua, Yance Kandaimu. Edisi Sukan SEA itu lebih dikenang kerana kemenangan Zulkifli Yaacob dalam kategori middleweight.
Dalam program Kafe Sukan bulan April yang lalu, aku menunjukkan gambar di atas yang dirakam sedekad lalu. Baca di sini
Beberapa hari yang lalu, Allahyarham ada membuat panggilan kepada aku tetapi disebabkan aku ada siaran langsung, aku tidak angkat. Kemudian apabila aku membuat panggilan, telefonnya engaged. Kemudian aku terlupa membuat panggilan sekali lagi.
Kali terakhir aku bersembang dengan Allahyarham selepas insiden Farkhan dipukul. Kami bersembang panjang, maklumlah sudah lama tidak berhubung.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
5 comments:
Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkn di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh.. Amin..
Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman dan beramal soleh.. Amin..
Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga Allahyarham tergolong dikalangan org2 yg Murni dan Mulia.
Rizal, the late Haron was a good man.NST carried a front page of him and his Mercedes some fifteen years ago. I saw him got knocked out by the Indon in the Sea Games gold medal bout. Sad to hear of his passing.
Dan Guen Chin
Al Fathihah..takziah utk seisi keluarga. Tksh yg sampaikan info menerusi WhatsApp kpd saya...
ZAR
Post a Comment