Rexy Mainaky akan berangkat ke Manila, Ahad ini, sekali gus menutup peluang aku menjemput bekas juara dunia dalam beregu itu ke program Kafe Sukan, apa lagi Dengan Izin yang berehat sementara.
Selepas tujuh tahun, bapa kepada dua anak itu akan membuka lembaran baru, diberi kuasa dan lesen besar sebagai Pengarah Kejurulatihan Filipina.
LC: Apa khabar, Rexy?
RM: Khabar baik.
LC: Bila ke Manila?
RM: Ahad ini...
LC: Jadi tidak bisa untuk ke Kafe Sukan?
RM: Kita skype sajalah...
LC: OK, nanti saya bincang sama penerbit...jadi, selepas tujuh tahun, mencari cabaran baru?
RM: Begitulah...sebenarnya saya dihubungi oleh Minarti Timur, yang menjadi pelatih peribadi buat Albee Benitez, setiausaha agung BA Filipina. Minarti minta saya syorkan beberapa nama untuk menjadi jurulatih di Manila, jadi saya beri nama calon dari Indonesia dan Malaysia. Tapi tanpa melihat nama-nama itu, Albee tanya Minarti siapa yang syor senarai itu, dia sebut Rexy. Sudahnya saya ditawarkan kerja itu, seawal tahun ini.
LC: Rexy diberi lesen, kuasa dan lebih penting, free hand?
RM: Ya, itu sebenarnya penting. Saya diberi kuasa memilih pemain, membimbing jurulatih dan mengenal pasti bakat di kalangan kelompok usia 12 hingga 17 tahun.
LC: Rexy dapat tawaran dari tanah air sendiri, Russia dan England tetapi kenapa pilih Manila?
RM: Dari segi budayanya, ramai percaya orang Filipina tidak jauh beza dengan orang kita. Tapi di sana saya dapat tahu ada ramai pemain berusia 13-14 tahun, muncul juara menggunakan raket dan kasut yang dipinjam. Ini bermakna ramai di sana masih ada survival instincts yang kuat, berdikari dan ada desire. Kesungguhan ini harus diasuh dengan cara yang betul. Di Russia, saya berasakan mungkin kurang sesuai jika keluarga dibawa bersama. England ada tawarkan kemungkinan menjadi ketua jurulatih beregu selepas temasya Olimpik. Mengikut kata Jens Grill, pengarah prestasi BA Great Britain, mungkin ada kekosongan selepas London 2012. Pak Christian Hadinata juga ada mengesyorkan nama saya untuk menjaga kumpulan remaja di Indonesia. Saya berasakan Filipina memberi saya peluang membina satu legasi.
LC: Saya masih ingat kehadiran Rexy pada 2005...
RM: Ketika itu BAM diurus oleh Ganga. Dia beri saya free hand. Sebab itu muncul banyak bakat baru.
LC: Adakah ini bermakna pengurusan di BAM satu faktor penghijrahan Rexy?
RM: Mungkin juga. Suasana di BAM sekarang agak berbeza berbanding kehadiran saya dulu.
LC: Boleh ulas lanjut?
RM: Tidak apalah, sekarang ini saya mahu tinggalkan BAM dan Malaysia dengan cara yang baik, sebagaimana waktu saya hadir dulu.
LC: Apakah Rexy akan kekalkan status penduduk tetap?
RM: Sudah tentu, saya sudah bertanya rakan imigresen, selagi saya tidak gugurkan hak itu, saya tetap penduduk tetap Malaysia. Saya sudah ada rumah di Segambut yang akan saya sewakan.
LC: Apakah kemudahan yang disediakan di Filipina membentangkan suasana yang ideal?
RM: Saya bincang sama Albee dan dia sudah berusaha membuat banyak perubahan, dari segi persediaan akademik untuk pemain, kemudahan asas daripada lapangan konkrit kepada kayu, bilik kemudahan dan lain-lain. Saya lihat mereka benar-benar serius membawa perubahan.
LC: Kenapa agaknya Rexy tidak menunggu sekurang-kurangnya anak didik Rexy mara ke Sukan Olimpik?
RM: Banyak sebab tapi saya fikir ini masa sesuai mengubah angin.
LC: Tidak menolak kemungkinan kembali menabur budi di Kuala Lumpur?
RM: Kenapa tidak, saya ada rumah di sini, family saya pun happy di sini.
LC: Isteri agaknya happy mau ke Manila?
RM: Sebenarnya saya negotiate kontrak saya berdasarkan keperluan teknikal saya. Bab sekolah, rumah dan kenderaan saya serahkan kepada isteri saya yang cukup supportive. Saya percaya family akan happy di sana.
LC: Berapa lama kontrak di sana?
RM: Dua tahun, bermula Mei 2012 walaupun mereka menawarkan kontrak lima tahun. Tapi bagi saya, dua tahun untuk membina asas, dua tahun untuk memenuhi target. Saya akan pilih 10 jurulatih untuk meninjau bakat di sana.
bersambung...
Baca juga tulisan terdahulu di sini, spekulasi Rexy ke Manila oleh New Straits Times, interviu dengan The Star, perancangan BA Filipina, laman web BA Filipina dan laporan Sports Inquirer
Albee Benitez (left) is an influential politician. Middle is Jejomar Binay, Philippines BA vice-president. On the right is Datuk Lee Chong Wei...
5 comments:
Salam
Saya berasakan kita sangat kerugian kehilangan seorang jurulatih dan bekas pemain yg sangat hebat di zaman beliau..
Perkara ini (kehilangan Rexy) seharusnya tidak terjadi sekiranya Pengurusan BAM diterajui oleh mereka yg tahu dan passionate dlm memajukan badminton tanah air...
Dato' Nazmi Salleh nyata gagal untuk melihat secara down to top approach dgn hanya rely pada Pengurus Besar & SU yg x boleh diharap..
Masa depan Malaysia di dalam bergu ternyata malap dgn dibarisi oleh jurulatih bergu di kalangan bekas pemain Malaysia yg rata2 di zaman mereka pun tidak sehebat mana..cth Pang Cheh Chang, Jeremy Gan, Rosman Razak dll..
Mohon Sdr Rizal address kan utk kebaikan sukan badminton kita di masa hadapan..sekurang2 nya Pengurusan badminton bukanlah golongan diraja spt sukan lain...
AmHa
Dah terang lagi bersuluh. Salah satu jurulatih bergu yg pernah kita ada. Tapi 7 tahun mungkin terlalu lama, mmg patut dia melangkah ke tempat yg baru. All the best for him.
p/s in men's double you don't win matches by lifting the shuttle and hope you opponent make mistakes.
tak caya tanya KKK & TBH. and the rest.
mz3
Salam...
Agreed 100% with AmHa...
kemahkemim...
Salam...
Agreed 100% with AmHa...
kemahkemim...
biasa la kat malaya ni mcm org
tua2 ada kata ..dpt madu sepah
di buang...rexy ni dah abis terer
dn handal time dia main dulu sume
piala dia gengam dari gold sea
game asian game world champiang
sampai la ke olimpik tp players
kita je yg xdpt nk ikut mcm dia..
Post a Comment