Tuesday, August 16, 2011

Interviu dengan Chong Wei, Rexy

Bekas rakan wartawan dari the Malay Mail, SS Dhaliwal, membuat pautan di blognya interviu dengan Datuk Lee Chong Wei, Rexy Mainaky, Tey Seu Bock dan Koo Kien Keat, antara lain. Baca blognya di sini



Video dirakam SS Dhaliwal di Wembley

17 comments:

Anonymous said...

dahlah, selagi tak juara dunia/olympic apa nak dibanggakan? world no 1 cukup ke? BAM apa cerita ni......?

mimya said...

bolasepak...coach kata tunggu 2015 baru nak mengaum.badminton katanya tunggu 2013 baru akan ambil gelaran dunia.

mmg kita keje menunggu je lah...coach kita semua mmg pandai menjawab.baik bola baik badminton.

gua malas nak suruh tukar coach, nnt ada org kata gua tak patriotik la etc.so minta la diorang belajar sket drp korea dan denmark, dua negara yg byk menghasilkan beregu bertaraf dunia (bukan beregu bertaraf beregu emas ye).

semoga LCW berjaya dlm olimpik london!

artakus said...

Saudara Rizal, bercakap tentang badminton, mungkin saudara mengetahui sedikit sebanyak pasal keluarga Saha, dianggap pengganti kepada generasi keluarga Sidek satu ketika dahulu, tetapi saya percaya akibat permainan politik BAM< keluarga Saha gagal menyinar...

artakus said...

Saudara Rizal;

Becakap tentang badminton, mungkin anda mengetahui sedikit sebanyak tetang keluarga Saha, satu ketika dahulu dianggap pengganti kepada generasi keluarga Sidek. Namun mereka semua tenggelam begitu sahaja, mungkin akibat permainan politik BAM yang tidak memberi peluang seadilnya kepada mereka.

El said...

mungkin jugak title Datuk and expectation yang tinggi diberi pada Lee Chong Wei yang bagi tekanan pada Chong Wei. Seolah2 bermain semata-mata untuk negara. Chong wei pemain yang bagus, tapi tekanan yang Malaysia bagi pada dia yang akhirnya jadi musuh DLCW. just opinion :]

Anonymous said...

Saha not even close to the Sideks, Artakus.

On other note, not sure how many will agree with me. I feel time for Rexy to go. Penipu!!. not sure how long he spend to coach the Korean kids in Mont Kiara instead of Koo dan Tan

Cerita Sendiri said...

TBH not strong enough to kill the shuttle. KKK are not good enough in-front PERIOD!
Bila lwn dgn brgu China Korea Indon. Asyik angkat bola. Zaman Razif Jailani dulu bole la. Defend aje, tunggu lwn buat silap & penat.Zaman sekarang attack!Attack!
X caya tengok balik semua games.
ASIAN Games. All england. World Championship. or any game bila lwn top Pairs Indo.Den Chi & Kor.

artakus said...

Agree that Saha family is imcomparable to Sidek's. Mainly because they did not win any big tournarment, as they were not given equal opportunity by BAM to shine..

kelamludba said...

kemenangan lin dan ada kaitan dengan carta periodisasi latihan...mungkin lin dan memilih untuk peak waktu world champ berbanding tournament lain..kalau dilihat dalam beberapa kejohanan sebelum World Champ, lin dan hanya menang dalam Asia Champ bulan Apr...selebihnya pusingan ke2 indonesia open (jun), ke2 singapore open (jun) ke 2 all england (mac)so kejohanan sebelum World champ hanya merupakan perlawanan di dalam fasa pra pertandiingan.. so lin dan betul2 peak waktu world champ tu.. dan kita kena ingat, mungkin tahun depan lin dan memilih untuk peak waktu olimpik... bukan kejohanan2 lain, yang hanya sebagai pemanas badan...

kelamludba said...

kemenangan lin dan ke atas chong wei semasa world champ yang lalu mungkin ada kaitan dengan periodisasi latihan lin dan yang menjadikan beberapa kejohanan sebelum ini sebagai perlawanan dalam fasa pra pertandingan...kalau dilihat sebelum WChamp, lin dan kalah di pusingan ke2 di indo open, ke2 singapore open, dan johan Asia Championship...manakala chong wei menjadi johan enam kali daripada 7 kejohanan individu sebelum wchamp...so, lin dan memilih untuk peak waktu wchamp...sama juga rasanya tahun depan..lin dan mesti memilih waktu peak semasa olimpik..so BAM/ jurulatih kena buat sesuatu gak lah...kena pastikan chong wei peak waktu olimpik jugak..jangan terlampau beria-ia target kejohanan2 yang dah biasa chong wei menang...kalau boleh, nak tengok chong wei menang olimpik sebelum die bersara..baru lah rasa kepuasan bersara...

Anonymous said...

Artakus,

peluang untuk pemain bukan datangnya daripada berapa banyak kejohanan disertainya tapi kesempatan yang pemain gunakan pada setiap kali mereka di hantar untuk sesuatu kejohanan.
Adik beradik Saha kat kejohanan tempatan pun bungkus. So, please do your homework before making any judgment. Kejayaan dalam sukan bukan datang kerana bangsanya atau connectionnya, tapi kemampuan diri untuk mengambil kesempatan menonjolkan diri.
Liat sahaja pemain2 pelapis yang dihantar menyertai kejohanan satelit> Semuanya bungkus awal. Kejohanan kelas kedua dan ketiga pun lembik, how do u expect them berjaya kat Super Series yang kelayakan untuk bermain adalah berada dalam kelompok 32 pemain terbaik dunia.
So, please jangan kondem membuta tuli atau sengaja membutakan mata. Ada otak pikir, bukan letak kat lutut atau gunakan sentimen bangsa.

artakus said...

Hmm, bila pulak aku kaitkan isu bangsa dgn keluarga Saha nie. Aku tak kisah pun dia bangsa apa,asalkan mereka bagus,maka peluang perlu diberi dgn sebaiknya.

Apapun terima kasih atas nasihat yg sangat berguna tu, Insya-Allah kerjaya sbg jurutera profesional sudah membuktikan yang aku bukan berfikir dgn akal dilutut..

Anonymous said...

Quality sparring partner for KKK-TBH?
Btul ke ini reason knapa diorg merudum? Come on laa... Come clean... Tkyah nk cover lg...

As a coach Rexy hanya nampak kekalahan disebabkan Speed n Power di pihak Korea.... No wonder diorang kalah... Cuba balik umah dan buat analisis video perlawanan nie.... Speed n power aku rasa lebih kurang je... Apa yang kurang sebenarnya ialah kreativiti player dan coach yang kurang bijak di dalam memberi tips2 sewaktu di dalam pertandingan....

Anonymous said...

sebut pasal batminton : kita mmg tiada quality sparring sebb kita pun takda batminton league sendiri yg open, kalau jaguh kampung lwn under BAM pn belum tentu junior2 BAM ni boleh menang..buat lah satu league open yg mana semua wakil2 club serata malaysia boleh masuk lwn dgn under BAM...

sebut pasal BAM, BAM ni funded by govement tp managed by volenteer, kelemahan pengurusan atlit, seorang pengurus dan pengurus sukan adalah berbeza maksud nya.. itu yg jadi pada pelapis2 yg akhir nya ade segelintir mereka berhenti dan sambung belajar di peringkat u alasan nye?(sampai bila nak jd pelapis, xde peluang nak wakil, kalau injured then tak boleh main lepas tu nak kerja apa sijil pn takda).

sebut psl LCW pula..dalam sukan coach hanya beri kesan kepada pemain tidak sampai 15%, tak salahkan coach, tetapi rasa nye LCW kalah sebb mental toughnes masih dibawah tahap lin dan, jd latihan yg dibuat mungkin belum berkesan kpd LCW untuk kalahkan lin dan.

jd persoalan nye berkesankah BAM?..adakah sebab lahir LCW, TBH-KK dlm BAM disebbkan satu kebetulan atau satu ciptaan BAM,

sebagai penuntut universiti bidang sains sukan apa yg dipelajari dan diperhatikan dalam sukan malaysia adalah kelemahan pengurusan tidak kira mana2 persatuan sukan sekali pn..

kirock

Anonymous said...

Trus terang aku katakan quality sparring partner hanya sebab kecil kenapa mereka kalah...
Sikap punca utama...
Klu dilihat dalam perlawanan round 1 lagi dapat dilihat sikap pemain yang cepat hilang fokus bila pemain yang ditentang dapat dikalahkan dengan mudah. Masuk game ke2 mereka kalah. Game ke3 menang ngn bersusah payah sekali. Jelas bukan sparring partner yang diperlukan tetapi perubahan sikap. Peningkatan dalam permainan boleh diperolehi daripada penyertaan dalam pertandingan. Klu masih tak meningkat buat apa nk sertai kejohanan GP n Super Series. Itu la tujuan sebenar menyertai pertandingan. Tak payah tgk jauh2 laa... LCW sendiri adakah dia mempunyai sparring partner yang berkualiti? NO... Tp kerana determination yang tinggi membolehkan dia sentiasa menajamkan skillnya.... So much for quality sparring partner!!!!
Cuba tgk keputusan double lelaki masa piala sudirman... New partnership TBH-HTH boleh je kalahkan pasangan korea... So mana buktinya kekurangan sparring partner berkualiti menyebabkan permainan mereka merudum? Abis yang menang ngn korea tu tkde kualiti ke? HERAN3x............

Anonymous said...

kenapa kita harus mempersoalkan kewujudan LCW satu kebetulan atau tidak?

Pihak tertentu telah berjaya deviate the attention dan fakta,untuk discredit Datok Misbun yang telah groom LCW sehingga berjaya. Sekarang nama Misbun langsung tidak disebut, bukankah beliau yg melatih LCW sehingga ke tahap ini.

Kenapa Misbun yang seolah olah mengalami kegagalan pula, pelik ya, mainan pihak tertentu sehingga berjaya discredit Misbun sehingga ke tahap ini.

Sebelum ini, adakah badminton Malaysia lebih berjaya berbanding dgn adanya LCW sekarang, sehingga beliau dikritik teruk sekali. Bukankah LCW adalah pemain badminton yg paling berjaya pernah lahir di Malaysia? kenapa cerita kegagalan pula yg dipersoalkan sekarang ini ya? penulis dan pengkritik kena lebih cerdik dalam menganalisa keadaan, bukan terikut ikut dgn rentak sesetengah pihak yg mempunyai agenda dan politik tersendiri.

jurulatih baru LCW, siapa dia ni? tak pernah aku dengar nama beliau, apakah kejayaan beliau sebelum ini berbanding Misbun? mana, mana records kejayaan jurulatih baru? record pun tak ada, sudah boleh cerita yg kononya org ini jurulatih bagus. kita telah diperbodohkan terang terang, come everybody!!!!!! baung Misbun, lepastu lantik jurulatih tak ada tauliah, this really make me sick.

Adakah LCW sudah improve sekarang? yang nampak Cheng Long(bukan Lin Dan pun) pun dah boleh kalahkan beliau , 2 kali berturut2.
Apa yang keluar dalam akhbar, "Chong Wei bermain baik" cuma Cheng Long dah improve".

Look, Cheng Long is not even in Lin Dan's League, still far.

kena cari jurulatih baru kot. Tapi kenapa isu ini tak persoalkan, the answer is simple, mereka dah berjaya side line Misbun, dan mereka letak org mereka.

Isu sama berlaku kpd coach Rexy Maniaky, exact same story. diganti dgn coach yg tak ada records, dari segi coaching atau sebagai pemain. cerita Rexy, copy exact same story cerita diatas.

Btw, apa dah jadi dgn Iskandar Zulkarnain, Shawal, Ramdan, Ariff? Only lately Ariff is showing progress under the Indonesian coach. We shuld send these players for international tournament more often, win or loose, doesnt matter, we have to continue sending these players until they matured and reach certain age, MORE OFTEN.

Jangan pula hantar sekali, tak menang tournament, ia dijadikan alasan untuk tidak dihantar ke international tournament berikutnya. Sepatutnya kita terus hantar mereka ini, kalah pun tak apa, hantar lagi, dan hantar lagi. Apa guna hantar yg dah veteran, results kita tahu paling jauh setakat quater final, apa kita dapat?

abh said...

Kena Revamp BAM