Saturday, August 20, 2011
Bersama Kanoute di Masjidil Haram
Sempena 10 Ramadhan terakhir, aku menyingkap pertemuan dengan Fredi Kanoute dalam Masjidil Haram, Rejab 1432, kira-kira dua bulan lalu. Dari Maghrib ke Isya', aku, 'Akif dan 'Afif bersolat di tingkat 2, sambil Intan dan Nur Alfiyyah di bahagian kaum Ibu. Selesai menunaikan ibadah, seperti biasa aku buat temu janji dengan orang rumah di Gate 79. Dalam laluan menuju gate itu, tiba-tiba mata aku terpandang dua lelaki sedang beriktikaf. Bisik hatiku "eh itu macam Kanoute".
Tanpa berfikir panjang, aku mendekati mereka. "Assalamualaikum"...
"Waalaikumussalam," jawab mereka serentak.
"Are you Mr Kanoute?"
"Yes," jawab lelaki berjubah cerah itu. Lalu aku dan 'Akif serta 'Afif menghulurkan tangan, lalu memperkenalkan diri.
"My name is Rizal, from Malaysia."
Kedua-duanya terkejut. "You can recognise me?" "Is La Liga shown over TV in Malaysia?
"Of course, our cable tv shows the English Premiership to Ligue Un..."
"Are they your kids?"
"Yes, this is my son, this is my nephew."
"We have a friend in Malaysia, he likes to play badminton."
"Yes, the world No 1 in badminton is Malaysian. Have you been to Malaysia?"
"No, but I would love to..."
"Its a beautiful country."
"Yes, the friend tells us nice things about Malaysia...is football big in Malaysia?"
"Yes, that is why we have league matches from Europe shown over tv. Our national team is the regional champions."
"Which league has the biggest following?"
"Definitely the English Premiership...followed by La Liga."
Kanoute kemudian memandang 'Akif dan 'Afif.
"Do they speak Arabic?"
"Very little."
"Masmuk?" sambil dia memegang 'Akif.
"Ismee 'Akif." Kemudian Kanoute menoleh kepada 'Afif. "Ismee 'Afif."
"Oh good, they are beautiful and great kids, Alhamdulillah."
"Fredi, I wouldn't want to take up much of your time...can we take pictures."
"Of course."
"OK, thank you, syukran, merci beaucoup."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Iktibar daripada dakwah ala Kanoute
TATKALA bola sepak Malaysia gempar lagi dengan skandal rasuah yang menimbulkan syak wasangka masyarakat terhadap pengamal sukan itu, penulis mahu mengajak pembaca dan peminat merenung seketika kerjaya dan kehidupan penyerang Seville, Frederic Oumar Kanoute.
Secara kebetulan, penulis berkesempatan beramah mesra dengan Kanoute dalam Masjidil Haram, baru-baru ini. Biarpun pertemuan itu hanya seketika, ia membawa makna yang cukup mendalam buat penulis.
Mengambil kesempatan daripada cuti musim panas, bekas penyerang Spurs dan West Ham itu menunai ibadah umrah bersama seorang sahabat.
Lahir di Lyon, Perancis tetapi memilih untuk menyarung jersi negara asal datuk neneknya, Kanoute adalah contoh seorang atlet yang melawan arus atas dasar prinsip dan iman. Tidak syak lagi pemain berusia 34 tahun itu bangga menjadi seorang Muslim. Hakikat ini acapkali dimanifestasi menerusi tindakannya sama ada ketika menjadi tontonan dalam mahupun luar padang.
Sebagaimana ramai penganut agama Islam yang mencari rezeki di Eropah, Kanoute bergelut dengan budaya dan kebiasaan yang banyak bertentangan dengan prinsip hidup seorang Muslim.
Apalagi dalam dunia bola sepak, satu bidang paling popular, glamor, bergaya dan mewah hingga memberi ruang kepada kebebasan duniawi. Persekitaran dan eko-sistemnya boleh membuat orang lupa akan nilai-nilai agama.
Kanoute mendirikan solat di dalam bilik persalinan sudah jadi satu senario biasa di Seville. Tindakannya menunaikan solat setiap kali masuk waktu biarpun ketika latihan pada awalnya sukar difahami jurulatih dan rakan-rakan sepasukannya namun akhirnya mereka akur dengan tuntutan agama dan komitmen Kanoute.
Uniknya Kanoute cekal menzahirkan iman di bumi yang majoritinya bukan Islam tetapi satu ketika dahulu dikenali sebagai Al-Andalus, pusat pemerintahan kegemilangan Islam.
Berdakwah dengan caranya tersendiri, Kanoute berkongsi rasa perihatin dan simpatinya terhadap saudara seiman dan ribuan rakyat Palestin yang syahid di Gaza, dengan menyelak jersinya untuk memperlihatkan baju dalam yang bertuliskan “Palestina” ketika meraikan jaringan.
Perkataan Palestina itu ditulis juga dalam beberapa bahasa lain. Itu dia lakukan dalam pertemuan La Liga di antara Sevilla dan Deportivo La Coruna pada Januari 2009. Kad kuning, disusuli denda 3,000 euro dan penggantungan bukanlah sesuatu yang besar dibanding nilai manifestasi satu kecintaan. Baju itu kemudian dijual menerusi ebay dengan harga 205 pound dan diderma kepada sebuah pertubuhan amal di Gaza.
Tindakan itu hadir daripada seorang individu yang menginfakkan gaji tahunannya berjumlah AS$700,000 bagi memastikan masjid terakhir di Seville tidak dijual pada 2007 serta tidak menjadikan Ramadan alasan longlai, bahkan muncul penjaring terbanyak dengan 20 gol pada satu ketika.
Juga bukan mengejutkan daripada seorang individu yang enggan memakai jersi tertera nama penaja Seville, sebuah syarikat judi atas talian, hingga kelab itu bersetuju menyumbang kepada pusat kebajikan Islam, sedangkan ramai anak muda Islam di Malaysia yang tidak segan silu menyarung jersi yang menayang nama pengeluar arak dan syarikat judi lain.
Kanoute yang turut mendirikan yayasan anak-anak yatim di tanah air moyangnya di Mali, harus mengingatkan kita mengenai iman yang wujud dalam pelbagai bentuk. Manifestasi utama iman adalah amal.
Di saat pemain bola sepak negara disyaki terbabit dalam gejala rasuah, amalan paling minimum yang dituntut ialah keikhlasan dan kejujuran tanpa perlu berkorban wang ringgit untuk membeli masjid. Yang diminta peminat ialah pemain kita berjihad menolak godaan, melawan gejolak nafsu dan tidak rakus mengejar duniawi.
Salam hormat,
Rizal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
Salam tuan,
Kanoute juga telah membeli sebuah bangunan untuk di jadikan masjid di Seville
Salam bro rizal,
alhamdulillah..boleh x lepas ni ulas lg pemain2 muslim yg lain seperti mesut ozil, ibrahim affellay, abou diaby, samir nasri dll..
satu lg, benarkah yg mesut ozil marah benar dgn david villa sbb isu kutuk islam tu?
bro rizal, betul ke kes david villa ejek mesut ozil pasal isu islam tu?
bagus entry ni tepat pada masanya. kalo bole ceritakan psl pemain lain spt ozil, afellay, nasri etc..
SALAM RAMADHAN
Alhamdulillah..
Kalau hanya dengan menyebut nama sukar nak kenal mana pemain beragama Islam dan yang tidak. Sedangkan Mezut Ozil pun ramai yg tak tahu dia Muslim sebelum percakaran dengan David Villa. Siapa pula 3 orang pemain Barca yang beragama Islam aku pun tak tahu.
Tapi mereka menunjukkan sekadar nama Islam/Arab tak membawa makna jika sesucian Islam tidak dizahirkan sebaiknya.
Terima kasih Rizal atas sharing.
khairul akhyar and khairi zainuddin...2 org player yg nmpak stay ttup aurat ble main bola...anyway,truja tau seville tnduk dgan khndak kanoute yg xnak pkai jc 12bet...Good Luck My Brother...
Allah, rasa meremang baca entry ni
Terbaikla kanoute....walaopon bnyk bertentangan agama dia dekat eropah tp dia tetap menunaikan kewajipan umat islam seperti bersolat...pemain2 malaysia patut mencontohi kanoute ni
-powerzcrew-
Sangat menginsafkan dan menyedarkan. Terima kasih Rizal.
bro mmg mantap pasal bola, rajin masuk tv kan..siap ade show sndiri.. tahniah!...
salam ramadhan dari http://sjiehan.com/
Assalamualaikum,
minta kebenaran utk sharing bang? terima kasih :)
aku x paham... nak jadi pemain bola sepak hebat memang kena pakai rantai leher ker?... rambut memang kena berwarna eh..? Tak perlu la sampai nak simpan janggut panjang berjela.. tapi cukuplah sekadar jadi player yang melayu, islam dan biasa - biasa.. main kena ikut org putih, jgn la sampai semuanya jadi ikutan.... renung-renungkanlah...
masyaAllah..terharu sangat sgn atlet yg mcm ni..(': moga qudwahnya dicontohi. amin..
Salam. Sebenarnya kanoute mempunyai sifat jati diri yang tulin dan azam yang kuat. Sebagai pemain bolasepak pro di eropah, dikelilingi kemewahan dan glamour, beliau tetap menjadi pemain bolasepak muslim yang berpegang pada prinsip ....
apabila manusia menggunakan wisdom pemberian ALLAH dgn bijak dan jujur, hasilnya - KANOUTE...
Kita harus fahami tentang aspek rohani apabila kita bersukan..
Kita harus faham kewujudan kita dlm dunia yg penuh dgn kerakusan,kezaliman,penipuan dan kepura-puraan.
utk atlet m'sia boleh disyorkan supaya ada sesi keagamaan semasa di pusat latihan agar mereka ada ilmu pengetahuan agama dalam kesibukkan di bidang sukan. Kalau tak silap, team hockey kita dulu ada contoh yg terbaik yg membimbing rakan-rakan semasa sibuk dgn latihan.pertandingan dsbnya.
di sini kita ada khairi zainudin, defender perak yg berjambang dan tutup aurat. tak semua player islam di eropah baik2 belaka. samir nasri pernah komen dia susah nak puasa bila musim bola clash dgn bulan ramadan...franck ribery pula pernah terjebak dalam kes pelacuran bawah umur...
baca entry ni...satu peringatan buat pemain2 Harimau Muda kita.tahun depan mereka akan main S-leage.rata2 perlawanan S-leage bermula jam 8mlm. berhati2lah....jgn tinggal solat maghrib tu.mula2 maybe susah tp kalu dah dibiasakan insyaAllah semuanya ok je.hrp pihak pengurusan boleh menguruskan hal penting ini semasa mereka bermain di spore nnt.
like entry ni...
i am pleasing what kanoute has done and i am encouraging all Muslim players to act their relgion...
selamat hari raya bro rizal...
salammmm.. Fantastic post mr rizal..
Satu muhasabah diri kepada saya juga, di bulan Ramadan ini.
Terima Kasih..
Mr .Fared
Alhamdulillah..post yg sgt bermanfaat & membuka mata hati pembaca. Bro Rizal jg berjihad dgn post sebegini..
Diharap tulisan sebegini mampu memberi kesedaran kpd player muslim kita bhw siapapun kita & apa pun karier kita, jalan berdakwah itu tetap ada..tepuk dada tanya iman
Alhamdulillah, sdebuah kisah yang penuh dengan kesedaran bagi yang mampu merasainya. Mohon Kebenaran untuk meng-sharing-nya. Supaya mesej dapat dihayati sesama kita. Salam Ramadan.
kalau tak silap hamba tuan guru kanoute nih yusof islam...sama dgn anelka..
kalau tak silap saya tok guru kanoute nih yusof islam(cat steven) sama dgn anelka dan beberapa lagi EPL player yg london base..anelka ikut masa main arsenal dan kanoute pulak masa main spurs..wallahualam..
Alhamdulillah..tersentuh membaca post ni.sesuatu yg dituntut dlm agama.
the best post ever.
Contoh profesional yg mengekalkan jatidiri dan berdakwah mengikut kesesuaiannya. semoga menjadi ikutan semua yg berkerjaya.
bro, good information, minta izin copy paste.
Liking this post alot. A different journalistic research that is seldom or rarely focused on. More articles on this in the future i hope.
Thank you Rizal.
aku suka entri bro yang nie.....
Beliau mmg teladan yg baik wat suma umat Islam.. Tidak hanyut dan hilang dalam kemewahan dunia..
Post yang bermanfaat. mohon sikongsi bersama.
mohon dikongsi
mohon dikongsi
kepada rakan-rakan dan pembaca yang mahu kongsi entry ini, dipersilakan. blog inipun memang bertujuan berkongsi pengalaman dan kenangan. terima kasih
Post a Comment