Monday, August 8, 2011

Kemarau berakhir?

Dari zaman Suffian Abu Bakar hingga ke Misbun Sidek dan seterusnya Datuk Lee Chong Wei, Malaysia belum pernah merasa nikmat bergelar juara dunia dalam badminton. Kejuaraan Dunia diperkenalkan pada 1977 dan wakil Malaysia sekadar bergelar naib juara sebanyak lima kali - Razif-Jalani Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Soon Kit-Yap Kim Hock (1997), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010) serta Wong Choong Hann dalam acara perseorangan (2003).

Jika KKK-TBH kempunan tahun lalu selepas pertarungan getir menentang Fu Haifeng-Cai Yun, bagi aku it's now or never untuk Chong Wei. Seorang World No 1 yang belum ada sebarang gelaran utama macam Kejuaraan Dunia, Sukan Olimpik dan Sukan Asia bukan jagoan sejati pada hemat aku...

Tahun depan temasya Olimpik, jadi edisi Kejohanan Dunia seterusnya pada 2013 ketika Chong Wei berusia 31 tahun...

Harap angka 6 menjadi buat LCW...apatah lagi selepas berlatih di Universiti Bath...

Baca nukilan Rajes Paul dari the Star di sinidi sini dan di sini

14 comments:

ZLATANERA x said...

yup setuju..it's now or never untuk Chong Wei..Selamat Maju Jaya

http://simple-mzs.blogspot.com/

alongading said...

salam tuan...
saya mendoakan Datuk LCW akan berjaya mengalahkan kesemua pencabar beliau untuk merangkul kejuaraan dunia 2011 di samping mengharumkan nama MALAYSIA di mata dunia.

Tq

Forza Meyya said...

Hope Datuk Lee will maintain the consistency to grab the title. Makesure KKK does not play fancy badminton anymore and give 120% concentration in the game with TBH.

Anonymous said...

Apa makna sebenarnya 'jagoan sejati" tuh wahai en rizal.
Kalau macam tu, tiada sorang pun pemain badminton dunia kini yang jagoan sejati.
Lin Dan memang hebat tapi, tak sejati lagi kerana tidak duduk ranking No 1 dunia.
Tak sejati la Lin Dan, ada juga dia kalah All England final kepada LCW.
Memang macam-maca teori la sukan ni En Rizal woi..
Jangan la sengaja nak provoke kata Lee Chong Wei bukan jagoan sejati. Memang Chong Wei tak perfect tetapi tak perlu la pertikaikan sumbangannya.. Kan tak baik tuh..

"Tukang kawal"

Anonymous said...

Sick of reading 'Beregu Emas...' ditujukan kepada KKK-TBH. Apa kelas diaorang tu yang sentiasa digelar begitu?? Harap En. Rizal selaku orang newspaper insafkan pemberita yang tulis atau editor-editor mereka, tak perlu menjulang KKK-TBH sebegitu yang pada saya diaorang ni sejak kebelakangan ini...biasa-biasa je. Datuk LCW..paling kuat final. Pastu..nanti saya sambung la..RAMADHAN KAREEM

Anonymous said...

Datuk LCW kalau 2011 tak dapat, lupakanlah terus hasrat anda dimasa depan! Regu emas - apa yang special sangat dgn gelaran ini?

mimya said...

Kalu LCW cukup bersedia utk kali ini, harus diingat pemain negara lain juga cukup bersedia terutama pemain china yg ada 4 org wakil.

Mmg harapan tinggi sgt utk melihat LCW juara kali ini.setuju...it's now or never (mcm pernah dgr je ayat ni tahun lepas, dan masa KL jd host dulu:)).

mmg sy setuju seorang pemain jagoan sejati perlu menang pertandingan utama.kpd tukang kawal, Lin Dan mmg bukan pemain no.1 skang tp dia pernah mengecapinya termasuk menang juara dunia 3 kali dan olimpik.sekiranya tanpa gelaran kejohanan utama ini maka tidak berbeza sgtlah berbanding pemain2 terdahulu spt rashid sidek, kok keong, misbun etc2.sekuran2nya rashid n misbun pernah menang piala thomas ape?

to LCW...all the best and you BOLEH!to KKK-TBH...no komen.kalu menang bagus lah...sbb byk sgt saingan dlm doubles.

Peminat tegar said...

Rasanya Datuk vs Pete Gade final kali ni... Go datuk LCW .. Yakin!

CHE BOB said...

Setuju dengan pendapat saudara....Jaguh dunia sebenar adalah seperti Datuk Nicol David. Mungkin Datuk Lee akan menamatkan kemaraunya pada 2011......semoha berjaya

KAKI BANGKU said...

KITA KENA TUKAR COACH DOUBLESLAHH

icekandar said...

Menyaksikan kekalahan KKK/TBH dgn pasangan Korea Ko Sung Hyun/Yuu Yeon Seong melebarkan terus rekod kekalahan pasangan emas pudar Msia itu. Aku setuju sesangat bila Morten Frost melabelkan KKK flamboyant, aperlah guna main cantik tapi kerap melakukan kesilapan mudah. Jangan jadi Pasukan bolasepak Brazil yg bermain cantik tapi tak boleh score goal.

fariz port dickson said...

Lee Chong Wei ada keazaman yang kuat dan target yang tinggi.
Koo ken kiat dan tan boon heong pula tidak konsisten dan bermasalah. Mungkin rexy mainaky tidak berkebolehan untuk mengawal sikap dan masalah beregu negara ini. Maka, jalan paling baik ialah rexy mainaky letak jawatan kerana beliau seakan sukar untuk dihormati oleh beregu negara ...

kaki sukan said...

Salam semua,
Kemerosotan bergu emas makin menjadi jadi, tapi mana kelemahannya? Kiranya diselidik secara mendalam ada banyak yang dapat kita ketahui. Apa sudah jadi dengan pukulan smash terpantas Boon Heong? Mengapa corak permainan Koo masih tidak dapat diubah lagi? Mungkin mereka perlukan input dari Dato Lee Chong Wei mengenai disiplin dan Rexy perlu lebih tumpukan kepada input dari ISN. Contohnya, ISN boleh membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai otot-otot pada badan pemain yang mampu memberi impak yang maksimum kepada pemain. Satu lagi, mengapa Rexy masih gagal mendapatkan penganti bagi bergu Koo/Tan? Takkanlah beliau tidak berjaya mendapat bergu lain selepas beberapa tahun menjadi jurulatih Bergu? Apalagi alasan beliau atas kegagalan tersebut dan apakah rancangan BAM menangani kemerosotan prestasi mereka? Rexy dan BAM perlu sedar bahawa corak permainan dikalangan bergu lelaki dari negara-negara lain sudah melangkaui dua hingga tiga tapak ke depan tetapi corak permainan bergu kita masih ditakuk lama. Mengapa, pemain dari Korea pada permulaan permainan kelihatan tidak gentar berdepan dengan bergu kami? Pernah tak terlintas disanubari Rexy bahawa Koo dan Tan bagaikan ayam berak kapur apabila berdepan lawan mereka dari Korea dan China? Dan mengapa BAM tidak memantau secara mendalam mengenai cara-cara mengatasi masalah ini? Kiranya, perlukan Morten Frost, BAM patut berani melakukannya. Tapi jika masih mahu tunggu dan lihat, susahlah. Seperti kata pepatah, "You give peanuts, you get monkeys to do your job" Mungkin pemain kita ingkar , dan tidak makan nasihat, jadi mampukah Jurulatih ataupun BAM mendisiplin pemain-pemain tersebut? Mana ketegasan BAM dan apa sudah jadi dengan rancagan jangka panjang BAM?
Apa yang dilihat adalah pemain-pemain makin mewah dengan wang duit tapi kedekut memgharumkan nama negara.(atau mereka tidak terdaya melakukannya) Sekiranya, satu perubahan drastik tidak dilakukan sekarang, BAM boleh kuburkan hasrat bergu lemas berubah menjadi bergu emas.
Wasalam Rizal. Selamat berpuasa.

nabey starz said...

sangat berbangga dengan cara permainan lee chong wei.. LCW fight dan trus fight.. tetapi LCW tetap xde rezeki.. mgkn lin dan terlalu bgus ataupun LCW xcukup bgus.. LCW tetap dihati semua rakyat malaysia.. semua masih menyokongnya walaupun kalah dengan lin dan.. saya harap komen2 tentang LCW, LCW dpt baca semua nya.. kalau boleh printkn la komen2 kt blog ni.. hahaha.. biar LCW tahu yang rakyat malaysia berbangga dengannya!!!!!! KAMI SAYANG LCW++++++!!!!!!!!!!!!!!!!!