Monday, December 27, 2010

Gelora dan laser di Gelora Bung Karno

Syabas diucapkan kepada K. Rajagobal, penolongnya Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas serta pengurusan tapi paling penting semua pemain negara. Kemenangan 3-0 satu keputusan emphatic dan seharusnya kita menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama...nampaknya di tanah asing (tidak kira Jakarta atau gelanggang neutral).




Namun bak kata seorang kawan, majlis ini belum selesai.

Di Stadium Utama Gelora (gelanggang olahraga) Bung Karno di Senayan, gelora menanti pasukan negara. Mereka akan berdepan pelbagai cabaran.

Hasil membuat liputan empat temasya besar di Jakarta - Piala Thomas 1994, Sukan SEA 1997, Kejohanan Olahraga Asia 2000 dan separuh akhir pertama Piala AFF 28 Disember 2004, membuatkan aku skeptikal sama ada team Malaysia dan penyokong kita akan diberi perlindungan sewajarnya.

Juga alasan laser yang dipancarkan ke wajah Markus sekadar mainan psikologi mereka. Entah penyokong kita ke tidak! Lihat video di bawah, wajah Sharbinee Allawee Ramli! Bukti bahawa Indonesia suka benar main tipu dan tidak sporting. Sanggupkah Indonesia melihat Malaysia menjulang piala di Jakarta? Sedangkan mereka sudah tiga kali, nak masuk empat ni, menggigit jari?






Tontoni video di atas, tanya pengadil tersohor kita, Subkhiddin Mohd Salleh, suasana di Stadion Utama Gelora Bung Karno...

Aku juga cakap Indonesia tidak akan memberi layanan istimewa kepada kita. Malaysia negara sopan...terlalu baik...lain kali bagi dekat fans Indonesia 200 keping tiket cukup...bagi peluang kepada orang kita sendiri menonton di stadium.



Kepada rakan-rakan, maaf tidak dapat ke Bukit Jalil. Hafizal Hamad jemput jadi tetamu di IBC, Angkasapuri. Kepada rakan-rakan yang buat liputan di Jakarta, selamat pergi dan selamat kembali.

19 comments:

Man Olimpik said...

Malaysia Boleh!Tahniah!

PSSI perlu memastikan keadaan terkawal di GBK nanti...

Baru beli tiket dah merusuh..

Kalau Indonesia kalah di GBK nanti tak tahu la macam mana...

AFF: Stadium berkecuali pun ok!

Harap K.Rajagobal dan anakbuah nya akan bersedia berhadapan degan gelora di GBK...


bro rizal: kasut tu memang cantik tak payah angkat kaki pun dah nampak...!

aqim said...

go malysia,,go..kaubolehbuat.

azam rashid said...

apapun rizal semalam kita dah menang,suasana semalam memang bersejarah , keriuhan yang lama dinanti dah kembali.

Asmar said...

Mainan laser ini tak habis2 diperkatakan oleh pasukan indonesia sedangkan mainan laser itu rupanya bermula sejak perlawanan pertama di Stadium Gelora Bung Karno...Indonesia sememangnya tidak adil...

Unknown said...

gembira dengan kemenangan 3-0 Malaysia. permainan cantik. hantaran berkualiti. gol berkelas dunia. Malaysia BOLEH!!

*tidak dapat ke stadium semalam. tonton diwarung bersama warga indonesia yang menyokong selangor.

tuan komrad said...

terbukti semangat harimau malaya membara semalam.penonton juga berpusu-pusu sampai kena duduk atas tangga sebab tak cukup tempat duduk..saya ingat fam tak jual 85 ribu tiket tapi lebih dari itu...

walauapapun perjuangan belum selesai.ayuh pastikan garuda longlai di bung karno..MALAYSIA BOLEH...

Anonymous said...

Tuan Rizal,

Saya rasa mereka yang dah give up dengan bolasepak malaysia sajalah yang pelik dan terlalu berbangga dengan pencapaian ini.

Sebenarnya, pada segelintir yang memang tak pernah jemu menyokong dan paham benar tentang jatuh bangun bolasepak, tidak akan terkejut kerana anak-anak didik Rajagobal memang dah lama menunjukkan potensi mereka. Credit harus diberikan kepada coach Raja yang menjadi true believer kepada pendekatan possession football.

Jangan buang bola dgn hantaran jauh, pikir short passes dulu, speed in all positions, moving without the ball untuk create options for passing game, close control yang baik, bertahan di kawasan lawan bukan own half, pokoknya... 10 attackers who can defend and 10 defenders who can attack

Dan yang paling PENTING sekali, now we have around 20-25 players who can compete for the first 11 in the next 10 years or so and they're all equally good, playing with the same philosophy.

Tapi bolasepak juga ada banyak elemen-elemen lain yang tak dapat dielakkan. So....

LETS HOPE THAT THIS WILL BE OUR TIME!!

Berto said...

penyokong indonesia cuma menyalahkan laser atas sebab kekalahan padahal coach mereka alfred riedl dan bambang pasmungkas dah ckp semuanya berpunca dari kesilapan pemain sndiri.

harap2 di GBK nanti team malaysia bermain baik walaupon kita tau kawalan kat sana memang longgar mcm disengajakan. AFC perlu bertindak segera.

firdaus said...

bro rizal,

blh x bro rizal guna cable atau networking dalaman untuk suggest kpd mana2 pihak berwajib untuk organise viewing event GERGASI kat dataran merdeka untuk 2nd leg lwn indo nnt ? :)
maybe SAM blh jg propose event ini.
sekadar cadangan seorang peminat :D

babashuq said...

Momen yang paling indah untuk seluruh rakyat malaysia...
Syabas Coach Rajagobal dan seluruh team...Tiada apa lagi yang kita mahukan selain menutup kejohanan edisi kali ini dengan menundukkan Indonesia dilaman mereka sendiri...
itulah yang akan menjadi kenangan terindah buat kalian wahai pemain, kita membuka kejohanan dengan kekalahan, pastikan kita menutup kejohanan dengan kejuaraan !!!
ayam yang berkokok lantang direban sendiri itu sudah kita jinakkan di tanah air... berjuanglah kalian umpama harimau terluka membela maruah negara... doa dan sokongan 1 malaysia pasti mampu melayan gelora bung karno!!! Malaysiaaa!!!

Kurast said...

Tahniah Malaysia...Sekalung Doa dan Harapan untuk anda semua menghadapi indon di sana nanti...fokus dan yakin

Malaysia BOLEH!

Mohd Luthfi Ahmad Jeni said...

Gud luck & tahniah skuad muda malaysia!!! The golden generation had raise... Buat sehabis baik...

zam said...

Tahniah buat semua penyokong Malaysia yang membanjiri stadium dan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi untuk pasukan negara.Penyokong Malaysia memang hebat seiring dengan kehebatan pasukan bolasepak Malaysia yang gagah menganyang Indon 3-0.Jangan leka dan terus berikan komitmen 120 peratus utk perlawanan akhir kedua agar Piala AFF dapat dibawa pulang.Selamat berjaya Negaraku..

Anonymous said...

nice one la rizal.. malaysia ni bajet baik je.. pastuh rakyat msia sendiri takleh tgk sampai x dpt masuk stadium.. dah beli tiket, takleh tgk? ape bende ni?

Anonymous said...

nice one la rizal.. malaysia ni bajet baik je.. pastuh rakyat msia sendiri takleh tgk sampai x dpt masuk stadium.. dah beli tiket, takleh tgk? ape bende ni?

Anonymous said...

nice one la rizal.. malaysia ni bajet baik je.. pastuh rakyat msia sendiri takleh tgk sampai x dpt masuk stadium.. dah beli tiket, takleh tgk? ape bende ni?

ALiFF said...

Jaringan 3-0 menjadi bekalan selesa untuk dibawa ke Bungkarno.. Pastikan kejuaraan tidak terlepas dari genggaman!

Anonymous said...

Skrg terpulang kpd pemain samada mereka nak jadi champion atau tidak. Tengok balik game 2nd half di Bukit Jalil tempohari. Tengok utk lihat camno kita dapek jaringkan 3 gol bukan berbangga-bangga. GBK akan menjadi neraka kepada mereka tetapi den yakin mereka ni mampu bawak balik Piala AFF buek kali pertama ke Malaya. Pastikan pakai jersi biru laie.

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Confirm, ada skrin gergasi di Dataran Merdeka, esok, rabu!