Jadi di sini aku pun nak bagi pledge la, RM100 untuk setiap anggota skuad negara, termasuk jurulatih, penolong, ahli fisioterapi dan kitman. Lebih kurang RM2,500 kot...
Ini adalah sumbangan aku kepada pasukan K. Rajagobal. Anda pula bagaimana? Cepat, telefon Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Usah tangguh lagi. Jika pemain berpeluh di padang, kita korek sikit poket kita. RM1 seorang pun tak pa.
SIARAN MEDIA
JANJI GANJARAN MENINGKAT UNTUK PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK NEGARA.
Selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjanjikan RM5,000 bagi setiap pemain jika membawa pulang gelaran sulung saingan bola sepak serantau itu, enam syarikat hari ini tampil untuk menjanjikan ganjaran tambahan kepada pemain-pemain negara.
Sejumlah RM88,200.00 telah dijanjikan dengan setiap pemain kini bakal menerima tambahan ganjaran lebih RM4,000 setiap seorang jika berjaya muncul juara nanti.
Pihak yang menyerahkan Akujanji kepada Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini ialah: i) Double XL Services Sdn Bhd (RM22,000.00); ii) WSL (MSC) Sdn Bhd (RM22,000.00); iii) Aiman Motor Sdn Bhd (RM22,000.00); iv) SPA Integrated Sdn Bhd (RM10,000.00); v) AR Factor Resources (RM10,000.00); vi) Kelab Futsal Arena (RM2,200.00).
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berharap jumlah ganjaran itu akan mampu meningkat dengan lebih ramai lagi pihak korporat mahupun individu tampil untuk memberi akujanji ganjaran itu.
“Kita mahukan lebih ramai lagi syarikat dan individu tampil menjanjikan ganjaran untuk pemain-pemain negara. Tanggungjawab memberi ganjaran tidak boleh diletakkan hanya kepada Kerajaan ataupun FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).
“Akujanji ini adalah tanda sokongan kita terhadap segala usaha dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam mengejar sasaran muncul juara Piala AFF Suzuki buat julung kalinya,” katanya.
Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010 itu dikendalikan oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Pihak berminat boleh menghubungi Pejabat SAM dengan menelefon 03-20780985 (Isnin, Selasa dan Khamis, 10 pagi – 4 petang) ataupun faksimili 03-20706294.
28 comments:
Sdra Rizal, ini bukan soal berani atau tidak berani. Persoalan yg lebih penting ialah samada ianya wajar atau tidak. Apakah tabung seumpama ini hanya untuk sukan bolasepak? KBS perlu berlaku adil untuk semua sukan.
Sudah cukup sumbangan rakyat untuk pembangunan sukan tetapi acap kali kita ditipu dengan keputusan yang tak ke mana.
Kini masanya FAM, KBS dan kerajaan memainkan peranan mereka sendiri.
It was a great idea....will do my part soon! Semoga pemain tahu yg rakyat mmg di belakang mereka...bukan semata2 utk duit TAPI utk maruah & reputasi kita. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi mereka...
kalau setakat sorang seringgit apalah sangat jika dibandingkan keringat yang telah diperah oleh semua pihak dalam skuad kebangsaan..AKU BERANI!!!!..Malaysia Boleh
setakat nak bagi habuan kpd team kita jika menang AFF suzuki cup tu agak shortsighted. saya rasa dah sampai masa utk rakyat malaysia dan sektor korporat ber'aku janji' utk menyokong dan menyumbang apa yg patut kepada liga M. demi untuk kejayaan yg berpanjangan kepada pasukan kebangsaan.
Untuk pasukan Malaysia.
Ini adalah permulaan bolasepak Malaysia untuk berjaya ke peringkat seterusnyer jangan terlalu ghairah.
Untuk menteri Belia dan Sukan, jangan terlalu memberi ganjaran yang keterlaluan kerana kelak merana Persatuan menanggung beban kewangan. cukup2la mengikut kemampuan.
Jika pasukan berjaya dalam sukan asian, olimpik atau ke Piala dunia tak pe la. Ini hanya untuk Asean baru ajer kita meningkat dah banyak wang kita nak bagi. FIkirla Persatuan ini sendiri pun kewangan dah merundum carila cara untuk meningkat kan sumber pendapatan. Hai tolong la.
Ada baik nyer kita bagi ke paralimpik lagi dapat byk pahala.....
Fuh tahniah LC...banyak duit nampak???...masyukkk la tu esp. asyik kluar TV je lately. Insya allah sayapun nak sumbang jugak kpd pemain - pemain 'pro' kita yang sebenarnya dah kaya, tapi tak pa kita tambah kekayaan mereka menerusi sumbangan di sini.....
Wajar ke tidak???world cup ke...olimpik ke....ranking top 100 ke.? Sukan Asia?...lebur......anyway tahniah buat team Malaysia melangkah ke final.
Salam semua..ini langkah yang baik tapi jangan hadiahkan banyak sangat. Setakat juara di Asia Tenggara belum cukup hebat...tahun 60an, 70an dan 80an dulu pasukan kita jaguh di peringkat Asia. Harap pasukan Malaysian jadikan insentif ini sebagai pelonjak mencapai kecemerlangan dia Asia, sekurang-kurangnya.
sebaik wisel pnamat leg 2 brtiup..kita menang..stakt sratus hinggit..aku ngn mmber tk de hal..janji menang..hidop malaysia..
ini sumbangan aku? anda bagaimana?
angkuhnya ko rizal. cakap main ungkit. ada user sini kata takkan nak bagi sukan bole je, aku setuju bab ni.
yang main kebangsaan ni banyak main state, negeri, kelab dsb, dah ada income, income yang kdg2 kita sendiri pun berangan nak dapat. ada yg main ni pun sekolah x lepas atau cukup makan je pass, dah dapat gaji bagus insentif lagi dr FAM dsb dah kira bagus lee.... buat pe nk bagi banyak lagi...
player dolu-dulu pun xde le dapat cam skrg nih....ni bila berbaris depan sana pun x nyanyi lagu kebangsaan, jangan marah la kau cakap, coach pun mana nampak mulut terkumat-kamit nyanyi lagu kebangsaan.... menda nih?
kalau sumbangan ko nak bantu, bawak le ke YAKEB ke apa ke badan amal yang boleh tolong mereka2 yang pernah menabur khidmat utk negara...
mereka yg main national ni kalau gomen nk bagi, xpe....itu bonus la kan....
oh ye, ko muslim kan? islam? so, kalau nak bagi sumbangan, bagi je laa....x yah la nak ungkit2 tunjuk ko baik sangat ye x?
lu sindir org jeek....kalau dh kena sindir balik jgn terasa eehhh...
aik....tau pulak buat post kena approved dulu...takut realiti ke? hehehe
We are too free and too easy with rewards. We need to set harder and tougher targets for rewards to be granted.
The signs are good with the Harimau aged-group teams and credit to those in FAM (some of them, not all of them) who persist and persevere with investing in the young and unblemished talent. But if we think that we're getting close to the big boys of Asia, we're definitely deluded.
There's a long way to go. There's a lot of hard work ahead. Most importantly, we must ensure that the young talents (Muhaili, Muslim, Fadhli, Gurusamy and others) maintain the passion and desire to compete with the best and achieve much, much bigger goals.
High potential alone is not enough. Realizing true potential is most difficult.
Sdr Rizal, initiatif sdr amat dikagumi. Sbnrnya, sokongan, sorakkan padu, jerit pekik peminat, belian tiket, masa yg dikorbankan utk pergi dan pulang dari Std, mengharungi kesesakan lalulintas dan kesesakan dlm LRT sudah lebih memadai dpd akujanji kpd pemain negara. Pengorbanan peminat kpd Harimau Malaya selama ini tidak ternilai dgn wang ringgit. Sepatutnya FAM lah sebagai badan induk yg sepatutnya memberikan insentif kpd pemain bkn KBS dan rakyat kerana berjuta ringgit telah dicurahkan kpd FAM selama ini demi pembangunan bolasepak Negara. Namun demikian memandangkan skim ini telah mula mendpt sambutan, sya ingin mencadangkan dari pihak FAM sendiri utk menyumbang RM2 bagi setiap tiket jualan utk final di Bukit Jalil nanti. Jika 80,000 tiket dijual dan didarab dengan purata Rm20 setiket bersamaan Rm1.6 juta. Jadi sumbangan Rm2 darab 80,000 tiket ialah Rm160,000 iaitu 10% sahaja dri jumlah kutipan. Ini juga boleh dikira sebagai sumbangan dari peminat HARIMAU MALAYA!! Apa pendapat sdr Rizal dan peminat2 yg lain?
rasanya bukan satu tindakan yg bijak dgn merencanakan tabung tersebut sdr rizal.rasa tersgt berlebihan sedangkan bola si mlysia masih jauh ketinggalan.jgn bandingkan dgn thailand atau singapura tp bandingkn dgn korea selatan.cuma yg lebih baik dgn hadir beramai2 ke stadium bkt jalil beramai2.pastikan penyokong mlysia lebih rmai dr indon itu yg lebih penting.
KBS simpan duit it. Tak guna bagi duit, jangan korupt budak budak itu.
Bila kalah gama pertama cepat ketuk Pasukan kebangssaan bila dah ke final nak bagi duit.
Kita tidak perlu bagi ganjaran semata mata mencari nama.
Bagaimana dengan sukan lain.. adakah tabung untuk mereka.
Nampaknya kita masih tak belajar
jolokan Harimau Malaya perlu ditukar kpd Harimau Malaysia atau Harimau sahaja atas semangat 1Malaysia..(pandangan penyokong bola sepak dari borneo..)
Jangan lupa sejarah 2004 lawan Indonesia separuh akhir Piala AFF.
Di Bukit Jalil Malaysia menang 2-1 dan dengan baki 20 minit di Jakarta kedudukan 1- 0 dan Malaysia leading aggreget 3 - 1.
Tiba-tiba Indonesia bangkit menjaringkan 4 gol untuk menewaskan Malaysia 4 -1 dan layak ke final
Jangan biarkan sejarah berulang.
Halo dan salam kenkawan ese pun nok tompang sekaki bagi komen. Ese raso KBS (montorinya lah..) ni mula buang tobiat. Udah2 la baie sumbangan. Cikit ckit sumbangan...Eko pikir la cara lain...Lotak la standard yg lobih tinggi kek bebudak nie. Ese stuju bonar sobab setakat Piala Asean ni biaso jo. Tunjuk la eko teror kalahkan Jopun, Korea, China, negara Arab slalu barulah betul eko teror. Ese raso penyokong sukan lobih - lobih laie kat bolasepak ni dah terlalu banyak berkorban, masa dan air mata. Dah banyak jugo sumbangan kat bolasepak nie masih ditahap serupo jo. Kalau kami semua tak berkorban kami smua tak poie rodah jem tengok eko smua main macam team Pilah jo masa lawan VietCong. Kito ni harus bersyukor jo sobab kita betul2 banyak bernasib baik setakat nie. Halo KBS eko pikir la nak buek pembangunan jangkapanjang bola sepak dan sukan m'sia ni. Eko mulakan la perangsang untok tolong team Olimpik nak main tahun dopan, tolong supaya masuk pusingan akhir. Eko tolong la team badminton yang terkontang kanting harapkan Lee Chong Wei sodangkan badminton laie bosar harapan nak dapat pingat..cukup cukupla dgn team bola sepak ni..kekdang meluat jugak ese..Dalam pada tu sesapa nak sumbang x usah la dok bergondang kuat sangat nanti orang kata riak..
XABI ALONSO
LARKIN
Program ini lebih wajar dilaksanakna jika pasukan bolasepak negara dapat melangkah lebih jauh dalam Sukan Asia dan Kelayakan Piala Dunia misalnya.
kalau gagal macam mana? adakah pemain berhak dapat wang tersebut?
Elok buat untuk Azizul Hasni, Nicol, Sazali dan yang world class yang lain jugak
aiyak... nie tengah pasal bola cerita bola... kau masuk sukan lain buat ape bongok... skang nie malaysia pegi final bola sepak.. so support untuk yang nie la dulu.. kau nak cite semua sukan.. azizul, tue semua sukan individu... ganjaran diorang lagik masyuk bodow
Tak lama dulu, ramai wartawan sukan ghairah mengkritik persatuan, pegawai yang beri ganjaran kepada pemain. Wartawan sekarang sudah terbalik kot! Bergesel bahu dengan Menteri Belia dan Sukan pulak untuk kumpul ganjaran..bukan apa sebenarnya, tumpang glamer team bolasepak kita je. Saya tahu, ramai wartawan yang sama ini suka kutuk melulu pasukan kita sendiri, contohnya di SEA Games Laos dulu..Pemain diprovokasi, players 'rentap" sikit dengan pemain Vietnam, wartawan pandai kritik kata pemain kita tak disiplin la, patut dikenakan tindakan la, tak profesional la. Kali ini, persatuan penulis sukan (SAM) pula sibuk jadi konco kumpul duit untuk kasi glamer dengan KBS...tumpang sekaki bolasepak je tuh...semangat sebenarnya lalang!
Tak lama dulu, ramai wartawan sukan ghairah mengkritik persatuan, pegawai yang beri ganjaran kepada pemain. Wartawan sekarang sudah terbalik kot! Bergesel bahu dengan Menteri Belia dan Sukan pulak untuk kumpul ganjaran..bukan apa sebenarnya, tumpang glamer team bolasepak kita je. Saya tahu, ramai wartawan yang sama ini suka kutuk melulu pasukan kita sendiri, contohnya di SEA Games Laos dulu..Pemain diprovokasi, players 'rentap" sikit dengan pemain Vietnam, wartawan pandai kritik kata pemain kita tak disiplin la, patut dikenakan tindakan la, tak profesional la. Kali ini, persatuan penulis sukan (SAM) pula sibuk jadi konco kumpul duit untuk kasi glamer dengan KBS...tumpang sekaki bolasepak je tuh...semangat sebenarnya lalang!
Bukan tindakan yang bijak kerana Piala AFF Suzuki ni tak lebih daripada standard Sukan SEA......pasukan2 tu juga! Kita bolih beri galakkan bukan dengan 'upahan' kerana banyak lagi pasukan2 lain dan individu2 yang 'world class' bukan setakat kelas Sukan SEA. Kalau masuk Olimpik atau Piala Dunia bolihlah nak diheboh2kan.....fikir2lah bersama!
salam saudara rizal..
saya bersetuju benar dgn usaha utk memberi sumbangan/ganjaran kpd pemain2 kita..saya juga menyeru agar pihak2 korporat agar meyumbang serba sedikit kpd wira2 kita ini..
tp, sy ingin utarakn pendapat bahawa jika ganjaran yg bakal diberikan lebih kpd sesuatu yg berbentuk 'pulangan jangka panjang' dan bukan berbentuk tunai..
contohnya: ganjaran tidak semestinya berbentuk wang tunai, ttp boleh jadi dlm bentuk skim simpanan peribadi, skim simpanan pengajian atau perubatan utk anak2 pemain, khairat kematian keluarga dsb..
papapon, syabas kepada pasukan muda kita.. semoga kejayaan akan terus kita kecapi..
pulun harimau pulun!! tq..
-pakuro-
Salam Sdr, kami bangga dgn pasukan Harimau Malaya... Wang ganjaran & habuan bukanlah ukurannya.. Pd pendapat sy, pihak berwajib spt rakyat jelata, sykt2 serta badan kerajaan, ngo2 yg ada di Malaysia harus memainkan peranan & tanggungjwb terhadap kesemua pemain bolasepak negara dan serta atlit yg telah menggharumkan nama negara.. Berani? Sememangnya berani!!! Demi kebajikan dan saguhati drpd rakyat kpd yg byk berkorban & berjasa.. Apa kata kita buat kutipan ini melalui sms. Sy pasti rakyat Malaysia akan ringan jari menyumbangkan sekurang2nya RM1 kpd dana tersbut dlm memartabatkan sukan Malaysia.
Assalamualaikum,
Minta Celcom , Maxis atau Digi organise kan agar derma boleh di lakukan melalui SMS, saya yang menoreh getah di Kampung Gamin, Kuala Pilah ni memang teringin nak menderma, tapi nampak sukar dgn cara yg sedia ada
Salam Sdr, kami bangga dgn pasukan Harimau Malaya... Wang ganjaran & habuan bukanlah ukurannya.. Pd pendapat sy, pihak berwajib spt rakyat jelata, sykt2 serta badan kerajaan, ngo2 yg ada di Malaysia harus memainkan peranan & tanggungjwb terhadap kesemua pemain bolasepak negara dan serta atlit yg telah menggharumkan nama negara.. Berani? Sememangnya berani!!! Demi kebajikan dan saguhati drpd rakyat kpd yg byk berkorban & berjasa.. Apa kata kita buat kutipan ini melalui sms. Sy pasti rakyat Malaysia akan ringan jari menyumbangkan sekurang2nya RM1 kpd dana tersbut dlm memartabatkan sukan Malaysia.
Sufian Ampang
Post a Comment