Sunday, December 12, 2010

Al-Fatihah buat Encik Daud...


Innalillahi wainna ilahi rojiun...perginya seorang tokoh lumba basikal Daud Abu Kassim, jam 4 pagi tadi di akibat sakit jantung. Jenazah akan dibawa ke 32, Jalan Hamzah selepas dimandikan di Hospital Assunta. Jasa Allahyarham terhadap aku akan kukenang sepanjang hayat. Serba ringkas pengalaman aku bersamanya di sini. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

5 comments:

Anonymous said...

In na lil lah...Al Fathihah dan didoakan agar rohnya diletak bersama-sama insan yang dilindungi. Pasti terasa kehilangannya, seorang tokoh yang banyak berjasa kepada dunia lumba basikal negara. Terasa ralat tidak dapat memberi penghormatan terakhir kerana berada di luar KL.

ZAR

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Daud Abu Kassim dan salam takziah kepada keluarganya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah...

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Daud Abu Kassim dan salam takziah kepada keluarganya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah...

Anonymous said...

salam, sdr Rizal.

alfatihah. semoga Allahyarham Daud Abu Kassim berada dalam golongan mereka yang diredhai Allah.

bagaimanapun saya amat sedih kerana pemergian Allahyarham bagaikan tidak disedari, sedangkan jasanya kepada sukan tanah amat besar. lebih menyedihkan kerana akhbar-akhbar tempatan bukan sahaja tidak memberikan belasungkawa yang sewajarnya, malah berita pendek pun tiada. hanya satu dua akhbar sahaja yang melaporkan pemergian Allahyarham.

terima kasihlah kepada Arnaz di NST, yang menulis secebis kisah Allhayarham. bagaimana dengan akhbar-akhbar yang lebih banyak memaparkan sukan lumba basikal? khususnya akhbar-akhbar berbahasa Melayu, terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia. Mereka lupakah kepada jasa-jasa Daud. Tidakkah mereka sedar bahawa Daud bukan nama kecil dalam sukan lumba basikal. saya bukan nak ulas keterlaluan, tapi hakikatnya tak ramai yang sanggup berkorban tenaga, masa dan wang ringgit seperti Daud. singkaplah berita-berita sukan masa lalu, kalau bukan lampau sekalipun, Daud adalah antara pejuang yang menghidupkan sukan lumba basikal negara. lebih-lebih lagi di peringkat Wilayah Persekutuan. Velodrome KL adalah antara tugu yang menyaksikan keringat daud menitis membangunkan lumba basikal tanah air.

tanyalah tokoh-tokoh sukan tanah air, pemimpin sukan tempatan, bekas-bekas penulis dan wartawan sukan terdahulu, dan tak keterlaluan pemimpin sukan seangkatannya di luar negara, khususnya Asean dan Asia, saya pasti mereka sependapat bahawa Daud layak menerima penghargaan lebih meluas di atas pemergiannya. tks

Anonymous said...

Dear Rizal & ALL,

It is difficult to find the words to express our gratitude for the many kindnesses you have shown during this sad time.

Please know that your thoughtfulness have touched us deeply & it helped us to bear our grief & sadness.

I would like to take this opportunity to invite you to our late dad's tahlil as per below;

Date: Thursday, 16th Dec 2010
Time: 8.00PM
Venue:No.1, Jalan SS1/36 Petaling Jaya, Kg Tunku.

Thank you.