Dengan Zainal Abidin Hassan, Akbar Sahari dan Haresh Deol Kafe Sukan Astro Arena 20 Disember, 2010
Dengan Akbar dan Dollah pada Kafe Sukan 27 Disember, 2010
Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh - bagi aku dan ramai lagi mereka yang bertuah dewasa menonton dua nama besar ini berpeluh di padang, mereka idola dan legenda.
Sejak kecil aku mengikuti perkembangan Zainal. Bahkan aku berada di Stadium Merdeka apabila remaja berusia 17 tahun membuat penampilan sulung dalam Pestabola Merdeka 1980.
Dollah aku masih ingat jaringan kaki kirinya yang menewaskan Korea Selatan pada pra-Piala Dunia 1985 di Stadium Merdeka. Setahun kemudian tandukannya menggegar gawang Selangor tetapi Johor akhirnya tewas 6-1 pada final terakhir Allahyarham Mokhtar Dahari. Masih lagi di bangku sekolah, aku sekali lagi berada di Stadium Merdeka untuk menyaksikan Razali Alias meledak jaringan penyamaan menerusi volley instepnya.
Bayangkan aku akhirnya menjadi wartawan dan diberi peluang mengenali mereka dengan intim.
Di Berita Harian, aku kerap membuat liputan di Kuantan. Zainal dan Dollah tunjang pasukan Pahang ketika itu.
Disebabkan karakter dan kedudukan mereka selaku otai, kerap juga mereka berselisih faham dengan media.
Di Malay Mail, corak penulisan boleh lembut tapi keras, atau keras secara direct! Tidak hairanlah aku selalu dimarahi ramai.
Pernah Zainal menasihatkan aku: "Rizal, awak kena ingat, apa yang awak tulis tu, keluarga kami baca...player kecik hati, marah, jangan attack personal."
Dollah pula mengingatkan aku satu artikel yang diiringi gambarnya, Datuk Seri Ibrahim Saad, Datuk Seri Rajam Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Datuk Hamidin Mohd Amin memakai jersi Malaysia kerana aku minta diaorang sajalah wakil Malaysia kerana keputusan jawatankuasa pertandingan melepaskan pemain Selangor untuk bermain dalam separuh akhir Piala FA sedangkan Piala Asia AFC 2007 hanya beberapa hari lagi. Akibatnya penyerang utama negara, Akmal Rizal Rakhli, tercedera.
"Aku tak de kena-mengena dalam hal ini," bentaknya menelefon aku.
Zainal pula menjadi jurulatih kebangsaan, menerajui pasukan Bawah 17 Kebangsaan yang membariskan antara lain Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Stanley Bernard Samuel dan Zulbadly Ismail. Ketika itu 2001 dan Norshahrul sudahpun bergelar MVP di Piala Nike di Bangkok.
Susulan itu, Zainal menjadi penolong jurulatih Allan Harris sebelum dia pulang menabur bakti di Pahang.
Dollah satu ketika dicalonkan menjadi jurulatih kebangsaan hasil kejayaan membawa MPPJ muncul juara Piala Malaysia pada 2003 dan treble buat Selangor pada 2005.
Kedua-duanya anggota skuad Wan Jamak Hassan yang menjadi naib juara Piala AFF pada edisi sulung pada 1996. Tentunya mereka mendoakan skuad K. Rajagobal menamatkan penantian dan menggapai gelaran di Jakarta.
4 comments:
Tahniah kepada saudara ..sekurang2nya dgn membaca ruangan ini kita kenal kpd dua legenda ini.Siapa yg tak mengenali mereka Dollah Salleh dan Zainal Abidin....yang menjadi tanda tanya...kenapa artikel ataupun info mengenai seorang lagi player yg bg pendapat saya boleh dikatakan kegenda tak pernah pun disebut. Bagi saya beliau merupakan player yg tiada pengganti setelah beliau mengundurkan diri dalam bola sepak. umpanan yang menakjubkan membolehkan karim pin menjaringkan gol ketika bertemu Korea..(kalau tak silap)...Maestro bolasepak....jeneral di padang dan mcm2 lagi panggilan untuk beliau....mungkin jenerasi skrg tidak mengenali beliau....player yg saya maksudkan...AZIZUL ABU HANIFA...
Che Bob, terima kasih sudi komen. InsyaAllah saya cuba tulis. saya jarang dapat bertemu azizul kerana tidak berkesempatan menemu bual ketika kemuncak kerjayanya. kali terakhir saya bertemu dengannya menjelang Sukan Asia di Hiroshima 1994 sebelum dia terperangkap dalam skandal rasuah.
br nak ckp,tp en rizal dah mention...maybe sbb tu dia tidak berapa dilagendakan:)
Apa yang dipersembahkan oleh permainan Malaysia di final AFF pusingan pertama di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini bukanlah gol-gol yang dijaringkan sahaja tetapi permainan yang menarik terutama di babak kedua yang sudah lama dinantikan oleh peminat bola di Malaysia. Diadun pula dengan kejayaan menjaringkan gol kemenangan ia menjadi semakin hebat diperkatakan. Tahniah Harimau Malaya! Teruskan di babak kedua nanti..
Post a Comment