Thursday, December 30, 2010

Coach Raja kena ludah, Fink stinks

Bayangkan senario ini - anda bersama rakan-rakan lain melalui lobi hotel, dibaling objek, paket gula dan diludah sebelum dibawa masuk ke dalam kereta berperisai yang panas biarpun ada penghawa dingin untuk perjalanan 500 meter yang mengambil masa 30 minit!

Begitulah keadaannya bagi K. Rajagobal dan anak buahnya menjelang satu jam sebelum final kedua Piala Suzuki AFF di Jakarta Rabu lalu.

Asalnya, pemain patut dibawa ke stadium menaiki bas. Kemudian dicadangkan menaiki kereta. Pada saat akhir, jawatankuasa penganjur memaklumkan enam kereta perisai Barracuda tersedia untuk membawa pemain dan pegawai ke dalam perut Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Rajagobal bersama Datuk Subahan Kamal serta Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Izzaq Faris Ramlan dan Tan Cheng Hoe bersempit-sempit masuk ke dalam kereta khas macam nak pergi perang yang boleh memuatkan 10 orang.

Kalaulah mereka menaiki bas, tentunya bas itu diguling, seperti yang Mat Bola dalam Rembat Kosmo!  ramalkan.

Malaysia boleh bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran apabila bertandang ke Jakarta Rabu ini. Berikut senarai cabaran yang menanti.


1. Tiada kawalan keselamatan untuk penyokong Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno kerana petugasnya yang memakai seragam, sekadar pemerhati. INI TIDAK BERLAKU, HHEHE...ADA 10,000 PETUGAS KESELAMATAN YANG MENGAWAL SUASANA.
2. Jakarta terkenal dengan kesesakan lalu lintas atau macet. Tapi pasti tiada usaha memberi laluan kepada bas pasukan Malaysia. K. Rajagobal dan anak buahnya akan menharungi macet untuk pergi dan pulang dari gelanggang latihan. BETUL, KE LEBAK BULUS SETENGAH JAM, TAPI MACET PUNYA PASAL, DUA JAM LA...ADA KE PENGANJUR TIDAK BOLEH JAMIN KESELAMATAN KALAU BERLATIH DI STADIUM?
3. Jika Malaysia memberi 15,000 tiket kepada Kedutaan Indonesia untuk pertemuan di Stadium Nasional, berapa puluh keping agaknya PSSI akan beri kepada Kedutaan Malaysia di Jakarta? HAH, TENGOK, TIKET VIP PUN DUDUK BELAKANG GOL, MACAM MANA?
4. Bas pasukan Malaysia akan dibawa ke satu tempat sesak dengan penyokong Indonesia untuk dicerca, diherdik dan dicaci. TAK JADI, PASAL NAIK BARRACUDA HAHAHA
5. Gelanggang latihan yang diberi macam batas tanam ubi. LEBIH KURANG LAH
6. Jaga-jaga dengan air minuman dan ais. Pastikan ia dimasak.
7. Suasana bingit dengan mini vuvuzelas dibunyikan sehingga pemain tidak dapat mendengar sesama sendiri. BETUL, TANYALAH SESIAPA YANG ADA DALAM STADIUM...
8. NegaraKu akan tenggelam dengan kebisingan lebih 90,000 penyokong Indonesia.
9. Tiada kawalan keselamatan di hotel rasmi dan jangan terkejut jika pemain Indonesia terpaksa menggunakan laluan kakitangan hotel untuk ke tempat makan bagi mengelak gangguan.. Hati-hati dengan penyokong, sama ada mereka berniat baik atau jahat. BETUL, PEMAIN KITA TERPAKSA GUNA LIF KAKITANGAN!
10. Dari hotel rasmi ke Stadium Utama jaraknya cukup dekat, tetapi ia akan mengambil masa hampir setengah jam untuk memasuki stadium. Bas akan ditendang, dipukul dan suasananya menakutkan pemain muda. HABIS, KERETA BERPERISAI PUN KENA TENDANG!!!

Mujurlah perang ini dimenangi hasil jaringan Safee Sali sekali lagi, sambil Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan penalti. Jaringan sendiri Muslim Ahmad menghadiahkan Indonesia kemenangan tetapi Piala AFF milik Malaysia buat julung kali...

Beberapa minit selepas wisel penamat dibunyikan, aku berceloteh dengan Hj Nazri Kahar dalam Sudut Pandang, Astro Awani...


Macam sehari selepas final pertama di Stadium Nasional, aku dipelawa berkongsi pendapat dalam Agenda Awani bersama Dzulfitri Yusop dan Azfendy Azzuddin.


Kepada yang kata aku silap meramalkan rusuhan di stadion, hahahaha itulah namanya MEDIA WARFARE..

Alamak, some Aussie, perhaps a personal friend of Ben Williams, writing an article which does not reflect his stature as a respected pundit. Fink stinks la...read  here. If only he had the gone the extra mile to discover the pyrotechnics was started by who else but the Indonesians on the opening day of the tournament, Fink would not have written this article. Fink is perhaps a house mate of Williams, the notorious Aussie ref who sent off three players in that infamous encounter against China in the Asian Games!

22 comments:

Berto said...

kita menang, kita menang..cukup untuk membuatkan peminat indonesia menelan air liur..AFF perlu ambik tindakan segera keatas indonesia

daLyaanoon said...

sampai ke KLIA polisi escort!

Unknown said...

mana citer RG kene ludah? bro rizal nak jadi macam harian metro jugak ke?

jaipenang said...

adPerlawanan akhir kedua di tempat lawan yang penuh keramat ibarat 'berperang' sesama saudara serumpun dan mungkin seagama dan tidak keterlaluan ibarat ibarat perang Palestin - Israel. Inilah di antara rintangan yang pemain dan pengurusan hadapi sebelum bergelar juara Piala AFF Suzuki buat julung kali. Inilah kejayaan yang kita perolehi berkat doa rakyat Malaysia dan kesabaran pemain & mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Jika diikutkan hati, mahu sahaja diperbuat sedemikian kepada pasukan kebangsaan mereka, itupun jika ada lagi perlawanan bertemu mereka. Tetapi kerana memikirkan dengan pemikiran yang waras, tidak perlu bergaduh kerana di 'sana' kita perlu menjawab di atas apa tindakan yang kita lakukan di dunia ini. Namun, agak menghairankan di mana setelah rakyat mereka merusuh hingga ada yang meninggal ketika membeli tiket, kenapa masih mengekalkan venue yang sama?? Adakah mereka tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu sedangkan mereka sudah 'kenal' rakyat dan penyokong fanatik mereka. Biar apa sekalipun tingkahlaku mereka dan provokasi yang ditimbulkan, Malaysia mampu bergelar juara dan amat berterima kasih di atas layanan kelas -A yang diberikan kepada kita. Seharusnya perkara sebegini sepatutnya membuka mata para pemimpin kita agar tidak berlembut dengan tuntutan mereka sementelah apa yang pemain & pengurusan kita rasai. Akhir kata, majulah sukan untuk semua dan tahniah coach RAJA!

ariffin, Bdr.Baru Bangi said...

Tabik hormat kepada 'Raja' berambut uban ini kerana berjaya meletakkan pasukan bolaspak Malaysia di 'singgahsana' yang tinggi.

Pemain-pemain keseluruhannya berjaya menterjemahkan segala perancangan 'Raja' berambut uban ini di atas padang.

Safee Sali selaku penjaring terbanyak walaupun tidak boleh disamakan dengan penyerang sensasi negara Arwah Mokhtar Dahari, tetapi sedikit sebanyak mengingatkan kembali akan aksi larian deras dan tendangan kencangnya sambil berlari.

Lentuk tubuh Norshahrul Idlan Talaha menggelecek lawan di tepi garisan berjaya mengimbas kembali kehebatan Syed Ahmad striker yang berjaya membawa Malaysia ke Olimpik Munich.

'Raja' berambut uban ini sudah sewajarnya dikekalkan 'takhta'nya sehingga Malaysia berjaya layak bermain di Asian Cup mahupun Olimpik.

'Raja' brambut uban yang dimaksudkan ialah Rajagopal.

Syabas 'Harimau Malaya' (Malaysia) yang berjaya membaham 'Sang Garuda' (Indonesia) 4-2 (agregat) untuk muncul juara dalam kejohanan bolasepak Piala AFF Suzuki malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia

Unknown said...

Salam bro,

I think Fink has a point, as the more civilised country we should have taken all we can to identify and prosecute the person responsible for the laser incident. Ban the particular person from attending future matches would also help deter people in future from doing do.

Taking nothing away from our Harimau Muda who did more for the country than any 1Malaysia slogan ever did, the nila setitik rosak sebelanga did spoil the hard earned win that we as a nation have been deprived for such a long time.

It is not too late for FAM to do something about it and I do hope that do follow this up. While they are at it they should also look into the security arrangements at bukit jalil which was non-existent!! To make it worst an 80,000 seater stadium didn't have seat or section allocation which by any standards is unheard off. Something the FAm needs to look into ......but knowing how the FAM works I doubt they will do anything.

Wassalam

Tengku Firmino said...

'pasti ada rusuhan' memang menjentik untuk saya sendiri berkata saudara Rizal silap..tetapi dengan jawapan itulah MEDIA WARFARE...thats a very GOOD answer...syabas ..huhuhu..memang macam nak pergi berperang sampai naik kereta perisai.tapi syabas kepada pemain dan semua yang terlibat sampai kita muncul sebagai juara...cuma MVP patut ke pemain Malaysia kot..huhu

http://tengkusidek.blogspot.com

azan morello said...

Alhamdulillah..what an inspiring game by Malaysian team against arrogant Indonesian....we r not lucky but we deserve the championship!!! superb performance young Malaysian team...keep up the good pace and avoid over exposure by local media n Malaysian artist please.....it spoiled most malaysian good players actually by being in a limelight and glamour....play for the team and for our country think it!!...CONGRATULATION HARIMAU MALAYA!!!!

Anak Melaka said...

You are right Rizal. Tak silap I, this Finky thing ada appear dalam 1 episode Bola@mamak talkshow at Astro Sport 3. Dubiously, his previous entry about condemning Sepp Blatter over the Gay slur is just a waste of read. He showed his obvious support toward gay community. Pada aku, Bod is just another trolls. Perhaps should've be in mental asylum. Period. Anyway nice blog!

Emmet Muhamad said...

kepada Fink, anda tak boleh mainkan isu laser semata-mata untuk menyalahkan pasukan Malaysia.

Isu laser menjadi ketara kerana tindakan pasukan Indonesia cuba memboikot perlawanan.

Padahal, pasukan lain seperti Malaysia sendiri, dan Vietnam juga menerima sinaran pancaran laser.

tapi mereka tidak bertindak untuk cuba memboikot perlawanan.

Apa yang pasti, budaya menyuluh laser di kejohanan AFF Suzuki Cup ni dimulakan oleh fan Indonesia senndiri di Gelora Bung Karno!

Haresh Deol said...

Alah Rizal, when a Mat Salleh says something no matter how stupid it sounds, most people tend to listen or read in awe.

When a mamat from Johor called Rizal Hashim writes something which is thought-provoking, it's "nothing great lah".

Janji ada nama Mat Salleh, the article or TV show sells.

Biasa-lah, I've said this before and I'll say this again...pemikiran masih dijajah.

Cheers and Happy New Year bro.

sportsmalaysia said...

Alhamdulillah, Malaysia berjaya menjadi juara setelah pelbagai rintangan yang dilalui.

Pihak kami berada di tepi padang dari perlawanan menentang Kyrgyzstan di Sukan Asia sehingga perlawanan terakhir Piala Suzuki menentang Indonesia.

Penganjuran di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) memang masih boleh dibaiki namun ianya adalah 1000% lebih baik dari penganjuran di Gelora Bung Karno (GBK). Kenapa?

1) Setibanya di GBK pada jam 5 petang untuk perlawanan kumpulan menentang Indonesia pada 1/12, pusat media kosong. Tiada pegawai mengawasi serta wi-fi belum dipasang. Tiada makanan dan minuman disediakan. Bandingkan dengan SNBJ. Ada lima pegawai FAM di pusat media pada hari perlawanan. Wi-Fi sudah terpasang pada jam 4 petang lagi. Berkotak botol air mineral dan makanan disediakan.

2) Tiada pemisahan untuk kawasan penyokong pihak lawan (Malaysia). Tanyalah 30 penyokong yang hadir, mereka dibaling dengan kayu dan botol berisi air kuning. Bandingkan dengan SNBJ. Ada penyokong Indonesia dibaling dengan objek? Siap lepas perlawanan boleh bergambar bersama-sama. Ingin lakukan begini di GBK? Nak pakai jersi Malaysia pun dinasihatkan jangan atas dasar keselamatan. Tapi di SNBJ, media Indonesia bebas memakai jersi mereka tanpa disentuh langsung.

3) 15,000 tiket diperuntukkan untuk penyokong Indonesia di SNBJ. Di GBK berapa banyak tiket untuk penyokong Malaysia? Penyokong Malaysia pula diberi kawasan VIP belakang gol? Pernahkah kita dengar kawasan VIP belakang gol?

Di Sukan Asia pula, padang latihan yang ditukar pada saat akhir serta jauh dari perkampungan sukan (hampir dua jam perjalanan).

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tapi itu semua sudah tak penting kerana yang penting MALAYSIA sudah menjadi JUARA!

Syabas Dato Subahan, syabas Rajagobal, syabas Tan Cheng Hoe, syabas Faozi Mukhlas, syabas para pemain.

sportsmalaysia

Ikhwan Gold Trading said...

Hmm, penyokong Indonesia memang tidak bermoral! Mentaliti kelas ke-3. Negara China dan India semakin maju ke depan. Negara Indonesia memang takkan maju ke depan, ke belakang adalah dengan mentaliti macam ni. Masuk 10 kali final pun takkan menang...ALlah maha mengetahui..

Unknown said...

Tahniah buat pasukan Malaysia!!

Indonesia tidak patut menganjur apa-apa pun pertandingan antarabangsa selepas ini.

Media Indonesia tidak telus dalam melaporkan berita. Hanya penuh dengan provokasi.

Vote Rajagobal for datuk!!

ex-Kaybee super said...

Mamat Fink..garoo ni sebelum ni pernah bantai FAM pasai tak bagi foreigner main kat MSL... tup-tup Harimau Malaya jadi AFF CHAMPION pulak. Malu punya pasai la tu dia kait sampai ke PM, FIFA..Memang la laser tu tak baguih..sepatutnya dia kena bagi fair comments sebagai orang berkecuali.. research sikit.. Laser tu bila & kat mana timbul dulu..boleh jadi M'sia kena sabotaj..Org Seberang tu kalau nak menang apa-apa pun sanggup buat..tengok lah masa Piala Thomas kat indon sebelum ni. Utk Sea Games nanti kena bersedia la. especially combat games..Anyway Juara tetap Juara.. Thanks semua..

tokman said...

Penyokong2 bola sepak Malaysia benar2 ketagihan kemenangan tak kira prestij piala yang dimenang.....kita dah biasa keOlimpik jadi piala AFF ini macam standard SUKAN SEA saja, tapi bila politik nak dikaitkan dengan bola sepak jadi huru-haralah! Yang untung Raja dan pemain2......

akok_kedut710 said...

bila dah kalah banyak cerita plak...
tapi penyokong indonesia memang biadap..walaupun diorang memeng fanatik....sokong la secara beretika..
go go go harimau malaya

Anonymous said...

I'm Indonesia...

Let Me explain here...
Football in Indonesia is very famous, most famous sport in Indonesia...
We played footbal since child, every people in Indonesia..
Even our basketball athlete's hobby is playing football...

Now all of U know how much fanatic Indo's People about football, specially with "National Team", no matter what our team Lose or Win...

Fanatic not mean Uncivilised..
Same like England, their people r Football Fanatic, much of them Hooligan, make a riot sometime...
But r they Uncivilised..???
All of U r so naif if U say England People (U'r Boss) r Uncivilised...

And NOT ALL of Indonesian People r Uncivilised...
We have 250 million people, Malay just 26 millon...
Our Rich and Civilised People is much much more than Malay's...

Same like China, now they r "Modern Country"...
But they still have much "Uncivilised People"...

With only "30% Civilised People from 250 Million" Indonesia was in G20, with 18th Biggest GDP Country in The World...

Now U imagine if there are 50% or 70% Civilised People....

sham said...

to Anonymous from Indonesia...

MAYBE your fact or statistics are true..

but the reality is, can u compare the situation between final at Bukit Jalil (Malaysia)& final at Bung Karno (Indonesia). how u'll threat the player & malaysian officials..? think about it..

*Hooligans at England - yes England is a developed country, but the hooligans is uncivilized.

civilized - Having a high state of culture and development both social and technological (WordWeb Dictionary)

Anonymous said...

Zzzzzz.....how can u say that like nothing happen at SNBJ

Indo's supporter will not threat U'r team IF U'r supporter not threat our team n supporter first with laser, throw something, etc at SNBJ...

U wanna proof..???
Cek this link, Indo's girl supporter was throwed with a CHAIR at SNBJ..!!!
Right On His Face..!!!
http://www.kaskus.us/showthread.php?t=6412629

And U still say that "Civilised"..???

And one more...I say that "Fanatic" is different with "Uncivilised"
Hooligan England not means they are "Uncivilised"..!!!
Most of them are work like usual people : officer, teacher, university student, etc...

And U still say an Officer from England are "Uncivilised"..???
Please...Come On...Wake Up

Same like Indonesian, lot of our "Hooligan Supporters" work like usual people : officer, manager, university student, etc...

Lot Of Them are "Civilised", more than Malay...
Fanatic not means Uncivilised....

Anonymous said...

to Anon Indonesians supporters:

Civilised or Uncivilised is not being read with what do you do for living.. You can be the CEO of the company but it didnt make you a civilised person if you have no manners, you donno how to respects people etc. You can live in small house in your village, and go to farm for your living but as long as you know how to respect peoples, you will be called civilised person.
The way you define Civilised People also shows that your level of thinking not as good as lots of Malaysian here... so don't bother to compare...

Bayan Budiman

Anonymous said...

brinkka2011 says: I would like to thankyou for such an enlightening post. I dont by and large reply on blogs as I wish to lurk and read. However your style of literature is uncomplicated to understand, I love the fact that it is clear and to the point. I will make sure that I mail your blog to my acquaintances as I am certain they will not only like reading your post but also find it extremely instructive.