FINAL JADI BURUAN
PADA satu ketika, pasukan negara diwakili pemain-pemain terbaik negara.
Malangnya apabila skuad senior dicampur aduk dengan pemain Bawah 23 tahun berikutan munculnya pertandingan di pelbagai peringkat yang terhad kepada pemain kategori itu, ada jurulatih mengambil kesempatan menampilkan pemain muda.
Skuad senior dijadikan mangsa. Ada sesetengahnya masih berbisa tetapi dikorbankan atas nama pembangunan dan pendedahan buat pemain muda.
Jika tahap permainan di Sukan Asia dianggap terlalu sukar dijangkau, secara realistiknya, Piala Suzuki AFF bermula minggu depan adalah detik dan pentas pasukan negara merasai nikmat kemenangan.
Dengan impian layak ke Piala Asia secara merit dianggap jauh panggang daripada api, platform terbaik anak-anak buah K. Rajagobal untuk membuktikan keupayaan ialah kejohanan serantau yang diperkenalkan pada 1996.
Sejak acara bola sepak Sukan SEA dihadkan kepada pemain Bawah 23 tahun, Piala AFF menjadi buruan utama 10 negara Asia Tenggara mengejar prestij.
Biarpun Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan rakan-rakan menaiki podium untuk dikalung pingat emas Sukan SEA di Laos tahun lalu, bola sepak senior menghidangkan cabaran berbeza.
Sejarah penyertaan Malaysia pahit untuk ditelan. Negaraku tidak pernah bergema di mana-mana stadium di rantau ini.
Di Singapura pada 1996, penyerang Thailand, Kiatisuk Senamuang, mengelak terpaan Zainal Abidin Hassan lalu meledakkan jaringan tunggal untuk mengecewakan anak didik Wan Jamak Hassan.
Dua tahun kemudian, kelibat Wan Jamak tidak kelihatan. Tugas membentuk pasukan yang menggabungkan anak muda dari pasukan Olimpik 2000 dan tonggak berpengalaman digalas Hatem Souissi di Vietnam. Malaysia tewas di peringkat kumpulan.
Di Songkhla/Bangkok pada 2000, Abdul Rahman Ibrahim menggandingkan rangkaian penggempur terbaik - Rusdi Suparman, Azman Adnan, Hairudin Omar dan Nizaruddin Yusof sambil dibantu kapten Ahmad Shahrul Azhar Sofian namun kesudahannya Malaysia tewas kepada Thailand pada separuh akhir sebelum menewaskan Vietnam untuk menduduki tangga ketiga.
Sekalipun membuat permulaan yang menggemparkan dengan membelasah Singapura 4-0 dan menewaskan Thailand 3-1, pasukan kendalian Allan Harris yang menampilkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Indra Putra Mahayuddin dan Tengku Hazman Raja Hassan serta K. Nanthakumar tumbang di tangan Indonesia pada separuh akhir.
Pada 2004-2005, Malaysia bungkam lagi apabila tewas kepada musuh ketat, Indonesia, menerusi timbal balik walaupun menamatkan kemarau kemenangan di Jakarta selama 25 tahun menerusi dua jaringan Liew Kit Kong. Di Stadium Nasional pada Januari 2005, jaringan Kurniawan Dwi Yulianto, Charis Yulianto, Boaz Salossa dan Ilham Jayakusuma menghancurkan harapan Bertalan Bicskei untuk mara ke final.
Misi Malaysia yang dibimbing Norizan Bakar, tersekat lagi pada separuh akhir pada awal 2007 apabila pemain muda dari Kedah, Khyril Muhymeen Zambri gagal menyempurnakan penalti selepas terikat dengan Singapura 2-2 secara agregat.
Beberapa bulan selepas membawa anak buahnya memenangi Pestabola Merdeka, B Sathianathan melihat Malaysia sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan di belakang Thailand dan Vietnam.
Bagi menghadapi edisi 2010 yang dianjur bersama oleh Indonesia dan Vietnam, Rajagobal harus merencanakan strategi pasukan tanpa pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak, selain Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani.
Malaysia diundi bersama juara tiga kali, Thailand yang dilatih oleh bekas kapten England, Bryan Robson dan Indonesia kendalian Alfred Riedl serta Laos, pemenang kumpulan kelayakan.
Robson menyaksikan anak buahnya mara ke suku akhir Sukan Asia di Guangzhou sebelum tewas tipis kepada Jepun, manakala Riedl menyenaraikan pemain kelahiran Uruguay, Christian Gonzales untuk menerajui serangan di sisi Bambang Pamungkas, Budi Sudarsono, Irfan Bachdim, Boaz Salossa dan Yongki Aribowo selain Oktavianus Maniani di tengah.
Rajagobal memecah tradisi apabila menjadi jurulatih pertama sejak Trevor Hartley menjuarai Sukan SEA. Di Guangzhou, sekalipun diulit kontroversi pengadil Ben Williams yang dilihat beat sebelah, Rajagobal membawa Malaysia ke pusingan kedua buat kali pertama sejak 1978.
Jadi tidak mustahil anak kelahiran Setapak ini mengukir sejarah sekali lagi. Ayuh Malaysia!
Dalam Box
Jadual
Rabu
Indonesia lwn Malaysia
(Gelora Bung Karno, Jakarta, 7.30mlm)
Sabtu
Malaysia lwn Thailand
(Gelora Bung Karno, Jakarta, 5.0ptg)
7 Disember
Malaysia lwn Laos
(Jalak Harupat, Bandung, 7.30mlm)
Rekod Malaysia dalam Piala AFF
Singapura 1996 naib juara, tewas kepada Thailand pada final
Vietnam 1998 peringkat kumpulan
Thailand 2000 tempat ketiga
Singapura 2002 tempat keempat
Kuala Lumpur 2004 tempat ketiga
Singapura 2007 separuh akhir
Thailand 2008 peringkat kumpulan