Saturday, November 20, 2010

Aku kena ugut...

Apabila aku diugut, aku tidak ada pilihan kecuali akur.

"Hang mai kenduri aku eh, bawak anak-anak sekali, kalau hang tak bawak siap hang..." suara garau Nasir Ahmad memberi amaran aku wajib hadir kenduri kahwin anak sulungnya Nashriq di Kajang, sehari selepas Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010.

Tentu sekali aku membawa rombongan aku seramai lima orang termasuk aku sendiri...yang menariknya mestilah bertemu rakan-rakan lama yang menjadi teras meja sukan Berita Harian tidak lama dahulu, antaranya Lukman Salleh yang dikhabarkan bakal ke Astro Arena, bos lama Zian Johari, Rodly Nayan, Ismail Ahmad dan Rosli Safar.

Aku masih ingat Rodly penyunting yang selalu buat back page...story aku selalu pergi page lead muka surat Abang Mail yang pernah menjadi pengarang sukan Utusan Malaysia...Nasir pula mentor yang banyak mengajar aku ketika di Jaguh...Rosli bawak aku ke Majlis Sukan Negara di Stadium Negara dulu...

Budak-budak wartawan sekarang untung dan lemak...dulu aku bukan saja pergi library cari gambar untuk abang-abang sub ni, aku tolong proof read, tolong bagi heading, tolong buat caption, lepas tu angkat air minum dengan sandwich lalu tangga dari kantin sampai tingkat empat...berapa kerat orang boleh buat itu semua sekarang? Tapi dari situ aku belajar...

Kerana Rodly penulis award-winning dengan majalah Bolasepak, Nasir pakar badminton dan olahraga, Abang Mail masih dikenang Tan Sri Hamzah Abu Samah dan cekap menulis pasal politik kepegawaian. Walaupun ada yang tuduh aku ego, kerja-kerja aku, sama ada yang nampak atau tidak, membuktikan sebaliknya...

First byline aku di Berita Harian, pasal story Nazim Din, bek kiri Kuala Lumpur, berbekam di Chow Kit, diberi oleh Zian...tanda-tanda awal aku dilamar ke meja sukan, seterusnya titik permulaan kerjaya aku...



Dari kiri Nazar, Rodly, Bang Ismail, Fadzil, Nasir, Mutazar dan Isa. Duduk dari kiri Rasid, Zian dan Rosli...Aku tak sangka Nasir pakai baju Melayu. Dok pakai selipar ke ofis dari dulu sampai laa...

No comments: