Kini hanya tinggal Daud Abu Kassim, tokoh lumba basikal Kuala Lumpur, berikutan pemergian Daud Ibrahim, pemenang pingat emas Sukan Asia 1970.
Pemergian Daud Ibrahim, 63, selepas keretanya dirempuh lori treler di Tampin, awal Khamis lalu, membawa beberapa kenangan. Setiap kali aku balik ke Kluang, ketika arwah Tok Tina ku masih hidup, arwah selalu sebut, Riz, pergi lah interviu Daud Ibrahim...dia Kastam Kluang.
Aku berpeluang bertemu dengan arwah apabila membuat liputan lumba basikal yang lebih banyak cerita dan isu kepegawaian. Pada Jelajah Pantai Timur 1993, arwah bawak team Johor.
Aku dapati Allahyarham seorang pendiam, tidak banyak bercerita. Namun itu tidak menyembunyikan betapa hebatnya Allahyarham ketika membuat henjutan ketika di kemuncaknya.
Terima kasih Damanhuri Nasir dari Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
Dari kiri Daud, Rosman Alwi, M Kumaresan, Ng Joo Ngan dan Tan Sri Elyas Omar. Gambar koleksi bekas pegawai MSN, Zubir Ahmad.
Bersara terlalu awal pada usia 27 tahun, Daud kemudian memberi tumpuan kepada tugasnya selaku pegawai kastam selain berusaha menyemai minat terhadap lumba basikal di kalangan anggota keluarganya serta anak muda dari Johor.
Perginya Daud bermakna hilang sudah semangat kental seorang individu yang tidak lelah mencungkil bakat di akar umbi.
Daud Abu Kassim yang mengenali arwah lebih 30 tahun, menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar.
"Arwah bergerak secara solo dan tidak campur sangat dengan politik persatuan. Yang penting, arwah meninggalkan legasinya dengan mendidik anak-anaknya berminat lumba basikal sambil tidak jemu mengenal pasti bakat di Johor." Al-Fatihah buat Daud Ibrahim.
3 comments:
simply legend..
Membaca keratan EPG dari Berita Harian hari ini terasa sebak dengan pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia..
Al Fatihah ...
Post a Comment