Monday, September 20, 2010

Duit duit, di mana kau duit...

MSN hutang kami, Hutang MSN menjadi tajuk utama Berita Harian/Berita Minggu.

Majlis Sukan Negara (MSN) selaku sebuah badan berkanun boleh kumpul dana.

Serba sedikit sejarah MSN, pernah menyimpan sebanyak RM300 juta tapi susut secara mendadak akibat kerakusan manusia! Mereka yang tahu perkara ini tahulah.

Jumlah itu terhasil kerana Ketua Pengarah MSN ketika itu, Datuk Wira Mazlan Ahmad, cermat, terlalu cermat sehingga orang tuduh dia lokek.

Dulu, aku suka buat isu, macam lagakan atlit, persatuan dengan MSN.

Mereka mengadu dekat aku, "macam mana kita nak training bro, duit elaun berapa sen, aku minyak dari Kuala Lumpur ke Bukit Jalil dah berapa".

Selalu babitkan atlit olahraga, sukan yang miskin dan kurang dana.

Dalam marah-marah terhadap aku, Mazlan jawab mudah.

"MSN harus berjimat cermat sebagai langkah jangka panjang. Dana yang dikumpul berpunca daripada keputusan kami mengamalkan belanjawan berhemah sejak suntikan dana kerajaan pada 1993 untuk Jaya'98. Hendak bergantung kepada Perbendaharaan dan penaja, kadangkala lewat disalurkan. Dengan adanya dana yang mencukupi, MSN tidak harus risau keadaan ekonomi semasa.

"MSN bukan memikirkan satu sukan saja tapi lebih 30 sukan prestasi tinggi."

Sebelum Mazlan jadi ketua pengarah, MSN ada mengumpul dana dengan pelbagai cara, termasuk mengadakan  pertunjukan sarkas. Dana MSN pada 1982, ketika ia dihidupkan semula oleh Datuk Mokhtar Hashim, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, ialah RM3 juta. Pada 1988, ia mencecah RM7 juta.

Sekarang aku tak tahu banyak mana jumlah dalam kantung MSN.

12 comments:

Emmet Muhamad said...

bila timbul soal duit MSN, KOAM akat terkait, sukan olahraga terheret. Padahal MSN pun kaat suka lain jugak. MSN rakus membelanjakan wang? audit lah :)

Hidup Shapawi said...

Bezanya Mazlan bijak mengumpul wang, Zol pulak pandai membazir wang.

Anonymous said...

ini kenapa tak cerita pasal FAM, dah cairkan FD lagi 10 juta sekarang dah tinggal 30 juta je

Anonymous said...

bila bab duit semua melompat..kalau dapat duit diam...itulah lumrah dunia sukan di malaysia.

Anonymous said...

Mana duit MSN??? Pasai apa tak tanya Menteri Hawa pertama dlm sejarah KBS???? Tu pasai Mazlan tak dilanjutkan jawatan....LC hang pi la slongkaq kes-kes masa Cik Minister dulu no..

Anonymous said...

Hotlink Tahniah NIZAM, LEE CHIEN HONG, FAZLA, AZHAR JOHAR, WARGA DUNIA dan MALINDO kerana dipilih sebagai pemenang peraduan tajaan Maxis sempena Piala Dunia 2010 dalam blog Rizal Hashim - http://rizalhashim.blogspot.com/

Dua pemenang menerima bola replika Jabulani, manakala empat menerima hadiah kemeja-T.

TAPI AKU BULAN 7 TUNGGU SAMPAI SEKARANG PUN BELUM DAPAT HADISH TERSEBUT! TIPU PUNYA CONTEST!!!!!!!!!!!!!!!1111

rizal hashim said...

Anon 11.53pm, barangan ada bersama agency Ogilvy. maklumat pemenang sudah diberikan kepada mereka. saya ingat mereka sudah hubungi. hubungi april.yim@ogilvy.com.

Ahmad Shapawi Ismail said...

Salam Saudara Rizal,

Selamat Hari Raya dan saya mohon maaf sekiranya apa yang akan saya sampaikan ini seolah2 mempersoalkan kredibiliti saudara..saya sesungguhnya menganggap blog saudara amat penting dalan karier saya di MSN kerana banyak yang saya pelajari dari tulisan2 saudara dan teman2 yang lain serta komen2/pandangan2 peminat sukan amnya tetapi diharapkan janganlah blog saudara dijadikan tunggangan kumpulan2 tertentu yang cuba melaga2kan individu2 seperti penggunaan nama dan cara tulisan yang sememangnya menjurus kepada niat busuk tersebut. Sebagai tuanpunya blog dan moderator yang akan meluluskan sesuatu komen tersebut,saudara rasanya tidak perlu diberi tunjukajar dalam mengenalpasti karektor2 yang mengambil kesempatan dan berhati busuk seperti itu...apatah lagi melepaskan tulisan/komen2 bagi mencapai niat buruk mereka untuk disiarkan dalam blog saudara.Selari dalam menghormati kebebasan mereka tetapi sebagai moderator biarlah ada batasan2 yang menjadikan blog saudara sebagai blog yang membina dan bukannya blog yang menjadi kuda tunggangan pihak yang berkepentingan!!

Maaf Zahir Batin...

Ahmad Shapawi Ismail
MSN

pak_YON said...

Kita jangan kejar duit tapi biar duit yang kejar kita.....

Fazrul Hafiz said...

hai, saye brase gembira krane pasukan pahang brjaye mnewaskan K.L dgn kmenangan 5-2. Saye hrp kemenangan ini trus berkekalan bye semua!!

Fazrul Hafiz said...

pahang 5 - 2 k.l

Anonymous said...

Duit itu hilang senang saja. Tiket kapal terbang hampir 2 kale ganda. Peralatan sukan beli lebih mahal dari market price. Semuanya kick back bang. Wa tau. Ada bukti. Jangan Ada yang berani challenge.

Wa kasi masuk MACC dulu pun tak guna. Semuanya sudah cover.