Thursday, September 2, 2010

Takziah kepada Dr Ramlan

Salam takziah kepada Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN) atas pemergian bonda tercinta pada bulan Ramadhan yang mulia. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.0pagi di HKL.

Baru Isnin lalu aku bertanyakan khabar ibunya ketika sesi rakaman Kafe Sukan.

Bapanya, Pak Aziz, menggunting rambut ku ketika kecil. Saloonnya yang besar dan kemas serta kemesraannya membuatkan arwah ayah membawa aku dan Man setiap bulan.

Jenazah dibawa ke rumah Pak Aziz di 174, Lorong Keramat 8, Kampung Datuk Keramat sebelum dikebumikan selepas Zohor. Al-Fatihah.

2 comments:

Anonymous said...

Takziah. Baru semalam ketika majlis berbuka puasa bertanya khabar dan janji nak bersembang panjang. Apakan daya Allah lebih menyayanginya. Al Fathihah

ZAR

man@mom said...

Al-Fatihah.Takziah!