Monday, September 27, 2010

Syabas Jam!

"Hah, hari ni kau nak perkenalkan perkataan apa pulak?" suara sinisnya menyedarkan aku daripada lamunan.

"Kau kalau tulis berbunga-bunga, macam Khawari, aku tak faham lah!"

Jawabku: "Kita penulis kena didik pembaca kita."

Begitulah antara senda gurau aku dengan Jamhariah Jaafar, senior aku kat Berita Harian yang Khamis lalu menerima anugerah wartawan sukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Baca sini



Ketika membuat liputan di Sukan Asia di Hiroshima pada 1994, Jamhariah sesekali terpaksa mengirim berita menerusi telefon. Akulah antara yang mengetuk story sambil gagang di telinga.

Aktif dalam memulihara alam sekitar, khususnya terumbu karang menerusi CoRal Malaysia yang diasaskannya sendiri, Jamhariah berjuang mengikut caranya sendiri.

Kini penulis politik yang dari dulu tidak takut menyuarakan pendapat. Orang macam Jam ni susah nak kontrol tapi harus jadi senjata jika pandai menggunakannya.


Ketika muncul dalam rancangan Vantage Point


Yang diacarakan oleh Mano Maniam. Panel undangan Tan Sri Dr M. Jegathesan. Topiknya, hala tuju sukan.

1 comment:

Anonymous said...

sdra rizal,

Tahniah Jam yang memang seorang penulis sukan berani, lantang dan sekalipun kadangkala kuda liar.

Seorang lagi sama hebat atau lebih lagi ,kalau tak salah saya, ialah Tham Choy Lin dari Bernama. Dia mungkin dilupai peranannya. Tak tahulah di mana dia sekarang. SAM mungkin tahu agaknya...

Peminat lama
Shah Alam