Thursday, September 9, 2010

Salam Eidul Fitr 1431 Hijr


Ramadhan al Mubarak berlalu pergi, Syawal menjelma lagi. Tidak cukup rasanya ibadahku sepanjang Ramadhan. Aku berdoa agar usia kita dipanjangkan agar dapat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Kuhulurkan salam Eidul Fitri, 10 jari disusun memohon kemaafan, kepada:


Makcik dan Pakcik di Yong Peng dan Segamat serta adik-adik,


Mak Long, anak-anak dan cucu-cucu di Kluang,


Mak Nga (kali pertama menyambut Syawal tanpa Apak yang meninggal hampir dua bulan lalu pada usia 91 tahun), anak-anak dan cucu-cucu di Parit Sulong,


Mak Nyang dan anak-anak serta cucu-cucu di Parit Sulong,


Mak Ngah Tipah adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu, Long Miah dan Long Rahmat serta anak cucu, Cik Dal dan Cik Jad serta anak-anak

Seluruh saudara-maraku di Merlimau, Melaka,


Akakku Kak Lin dan anak saudaraku Aishah



Adikku Man yang dilengkapi baju kalis peluru setiap kali ke Iraq, isterinya Adilah dan anak mereka Alya di Dubai,


Bang Long dan keluarganya yang besar...



Mak dan Abah yang menatangku bagai minyak yang penuh di Kulim,


Adik iparku Azam dan isteri Risya yang beraya di Turkmenistan,


Tok Wan Abu Bakar Hassan dan Tok di Serdang, Kulim,

keluarga, ipar-duai, saudara mara dan sahabat handai di Johor, Melaka dan Singapura serta Kedah dan di mana jua, pengunjung blog ini, sahabat-sahabat dan krew Kafe Sukan Astro Arena, Astro Awani, Rembat Kosmo!, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, The Malay Mail, kumpulan Utusan, Radio dan Televisyen Malaysia, rangkaian Media Prima, Avittele, warga sukan tempatan, keluarga pentadbir di Kementerian Belia dan Sukan dan agensi di bawahnya, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), LD Sports Sdn Bhd, pejuang-pejuang dalam Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), rakan-rakan sepersekolahan di St John's dan semua rakan-rakan di Facebook.




Ikhlas daripada loose cannon, bagi pihak keluarganya.

Last but not least, ampun dan maaf kupinta daripada isteri tercinta, Intan Salina dan anak-anakku...


Kutitipkan lagu ini, antara kegemaran aku ketika aku kecil






Hari jadi Ayah 9 September...macam cucunya juga, Nur Alya Rayhana Razman


Juga Al-Fatihah kutitipkan buat Mak dan Ayah, Tok Mian dan Tok Nyemah yang tidak sempat ku temui, Tok Aziz dan Tok Rasinah yang memanjakan aku, Long Ramlah dan Long Zabir, Tok Ngah Ghafar, Tok Busu Jamal, saudara mara, rakan-rakan dan warga sukan tempatan yang sudah pulang ke alam barzakh.

5 comments:

Haresh Deol said...

Eid Mubarak to you and your family. Go easy on the rendang and ketupat.

Cheers!

Andrew Gopal said...

Selamat Hari Raya to you and your family Rizal. Have a blessed Raya.

pakmat said...

..wow, lc..that's about covers all..:)..but I am sure it was and will be a glorious raya for you and family..InsyaAllah dipanjangkan umor kan kita diketemukan dengan Ramadan sekali lagi..meantime, selamat hari raya, maaf zahir...from pakmat and family..and ex'es..:) cheers..

teachuhman said...

Eid Mubaraq

langkah damai said...

buat bro & keluarga ,
Selamat Hari Raya ,
Maaf Zahir & Batin...