Jawatankuasa itu kini dianggotai Datuk Afandi Hamzah selaku timbalan pengerusi, Datuk Omar Osman, Abdullah Salleh, ASP Dali Wahid, Alijus Haji Sipil, Rosman Mohd Ibrahim, Zulkefly Alias, Husni Md Yusuf dan bekas penyerang Selangor dan pasukan Harimau, Azlan Johar.
Alijus Sipil
Rosman Mohd Ibrahim (kanan)
Azlan Johar
Jadual Liga Super maknanya di bawah pengawasan jawatankuasa ini. Rabu dan Khamis ini, satu sesi sumbang saran akan diadakan bagi membincangkan antara lain jadual padat dan pengambilan pemain import.
Dua tahun lalu, Datuk Che Mat Jusoh mempengerusikan sesi sumbang saran juga. Antara ketetapan yang diambil - tutup pintu kepada pemain import untuk jimat kos.
Kali ini buka balik pintu kepada pemain asing. Harapnya sesi sumbang saran kali ini akan menelurkan resolusi yang boleh bertahan lebih 10 tahun demi kepentingan bola sepak tempatan.
2 comments:
Salam LC..nampaknya pengamatan orang media (so called football writers) di Malaysia dah terbabas! Sebaik Datuk Hamidin dilantik pengerusi liga tempatan (well done to him), tiba-tiba ramai reporters kata ia "nadi", "paling penting", "kritikal", "penentu masa depan" dan sebagainya. Sebelum ini semasa dipegang Dtk Redzuan ke, Dtk Che Mat ke, tidak pula dianalisa begitu.Kenapa?
Sayang sekali, adakah media sukan di Malaysia lupa bahawa "youth development" (grassroot talent pool) yang perlu dirancang teliti oleh Grup teknikal FAM adalah LEBIH dan PALING PENTING!! "Football playing techniques, habits, passion, discipline, etc"; lebih kritikal menentukan what kind of football Malaysia can play in future! Soalnya, wujudkah lagi bahagian teknikal dalam FAM? Jawatankuasa liga memang penting tetapi janganlah tiba-tiba saja reporters kata pulak PALING PENTING!!! Hmmmmmm..
Burn
Harapnya ada sinar baru dalam pengajuran LIga M mulai musim depan dengan wujudnya jawatankuasa baru ni. Cuma apa yg penting saya pada pendapat saya adalah tentang jadual perlawanan itu sendiri yang mana perlu disesuaikan masanya, terutamanya dari segi jarak masa antara satu perlawanan dengan perlwanan seterusnya. Apa yang berlaku pada jadual Piala Malaysia kali ni patut diberi perhatian kerana saya tidak nampak di mana rasionalnya 3 ada perlawanan dalam tempoh seminggu, kemudian berehat lebih dari 10 hari untuk perlawanan ke-4. Mengenai kemungkinan pemain import dibenarkan kembali untuk bermain di Liga M, saya menyambut baik cadangan tersebut, cuma perlu dihadkan kepada dua atau tiga pemain sahaja, seperti dulu dan kriteria pemilihan pemain import perlu ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pertandingan supaya tidak akan timbulnya masalah pemain import tidak berkualiti.
Post a Comment