Sunday, November 1, 2009

Piala Malaysia milik Kelantan akhirnya?

Kerja tangan Epiq

Dari kelate.net.

Final Piala Malaysia Sabtu ini bertuah kerana dihiasi Kelantan, seperti yang aku ramalkan sejak awal musim sama ada di kaca televisyen, di atas kertas mahupun di blog ini.

Kalaulah pertemuan ini membabitkan Terengganu, sudah tentu peminat bola sepak kedua-dua negeri berduyun-duyun memeriahkan majlis.


Aku memang mengharapkan salah satu mara ke final. Bukan apa sangat, aku tahu peminat-peminat mereka fanatik dan sentiasa berdiri di belakang pasukan. Kalau boleh setiap inci stadium akan diisi.

Generasi yang lahir pada 40-an dan 50-an sudah tentu diulit nostalgia. Sama ada mereka dari Kelantan atau tidak, di bibir mereka meniti nama seumpama Mohamed Che Su, Dali Omar, Hamzah Hussein, Wan Zawawi Wan Yusoff, disusuli generasi Nik Fauzi Hassan, Kamaruddin Mohd Noor, Mohd Noor Yaakub, Yassin Noor, Salim Mahmud, Wan Anizan Daud, Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail.

Persinggahan aku ke Kota Bharu atas nama tugasan sekitar 1993-95 menjadikan aku rapat dengan Mahadi dan Zahasmi. Zahasmi antara sweeper yang diminati oleh Claude Le Roy yang menyifatkannya sebagai tenang tapi baran.

Tenang tapi baran...macam mana iya? Tenang dalam mengawal benteng dan bijak mengeluarkan bola dari zon bahaya tapi baran apabila situasi tidak memihak kepadanya.

Kota Bharu banyak memberi kenangan manis. Lagipun aku mengagumi bola sepak Kelantan. Anak jatinya menggabungkan kekentalan dan skil. Betapa ramai anak Kelantan yang mewakili negara satu ketika dahulu. Nik Fauzi, Kamaruddin Mohd Noor, Salim Mahmud, Yassin Mohd Noor, Zahasmi sudah tentu sukar ditembusi. Wan Zawawi, Hamzah Hussein, Wan Hassan, Mahadi, kecil tapi berbisa, Mohd Noor Yaakub sentiasa panas di penjuru kiri dan Hashim Mustapha pemburu gol. Seterusnya Zami Mohd Noor, Zulkifli Abdullah dan Zamri Mohd Nor.

Ditambah pula perencah asing seperti Marco Kraljevic, Alex Freeman, Boonphup Praphut. Ingat lagi kontroversi penswastaan KDSB, Zaid Ibrahim dan bekas presiden KAFA, Wan Hashim?

Boonphup Praphut

Sambil menghitung hari ke final, banyak angle dalam membikin story. Kalau aku masih di arus perdana, antara topik yang harus dinukilkan:

Halim Napi - gembala lembu kepada wira

Halim Napi dan kembar Abdul Radzak - bergaduh tapi kini berdamai menjelang final

Di sebalik tabir presiden KAFA - Tan Sri Annuar Musa - pelari STAR dan UTM, Menteri Belia dan Sukan dan menyemat impian menerajui FAM

Datuk Seri Utama Mohamed Hasan, MB Negeri Sembilan - pernah menyarung jersi Universiti Malaya dan Melayu Negeri Sembilan, saudara kandung kepada bekas pemain NS, Ghani Hasan

Presiden NSFA

Presiden KAFA

Baca previu final Piala FA lalu yang aku coretkan di sini dan laporannya.

Biarpun kadangkala ramalan ku tersasar, aku memilih Kelantan menaiki pentas kemenangan Sabtu ini. Maaf rakan senegeriku, Wan Jamak.

Ingat lagi aku menghantar Wan Jamak ke Lapangan Terbang Subang dengan menaiki Suzuki Swiftku. Ketika itu dia jurulatih pasukan kebangsaan!

Aku tidak dipengaruhi sentimen kenegerian. Bagi aku, Kelantan berhak menang! Itu saja.

Marco Kraljevic (facebooknya)

13 comments:

aku budak keramat said...

Salam ceria LC,

sungguh tertarik topik yang saudara LC kemukakan yang menyentuh minat saya untuk mencoretkan sedikit pandangan saya terhadap perlawanan akhir piala malaysia sabtu ini.

well, untuk pengetahuan yang semua peminat bolasepak negara ini pun yang mungkin dah tahu, ini adalah kali pertama sejak kira2 40 tahun kelantan berjaya mara ke final piala berprestij ini.

namun, semangat sahaja mungkin tidak mencukupi, malah team negeri sembilan bukan sahaja lebih berpengalaman di perlawanan akhir tetapi juga dengan demografi negerinya yang berhampiran dengan kuala lumpur yang memungkinkan lebih ramai penyokongnya akan membanjiri stadium di perlawanan akhir nanti.

anyway, to me, kelantan deserve a chance kali ini sebab they did well pada saringan untuk ke gelanggang akhir ini. tahniah kelantan!

apa pun, saya percaya pada malam final itu nanti warga bandaraya akan hampir lumpuh sepenuhnya apabila tiada kedai kedai makan tomyam yang akan dibuka kerana warga kelantan ini akan menjadikan acara final ini satu perkara wajib dan haram jika mereka tidak menghadirinya... apa pun tahniah sekali lagi buat kelantan dan untuk negeri sembilan yang ambil mudah perlawanan ini.... wasalam LC..

Anonymous said...

Memang menjadi tandatanya subkiddin salleh hanya diberi tugas sebagai pegawai keempat untuk world cup U-17 di venue Kano, negeria bagi kumpulan E.
Beliau sudah 6 kali duty sebagai pengadil simpanan. Apa Dah jadi?

john GG said...

bagi aku keadaan 50-50 ( walau pun ada darah kelantan) sea keseimangan kelantan tak berapa menyerlah bila di lihak sewaktu perlawanan menentang perlis tempoh hari. Bahagian pertahanan dan tengah perlu di baiki dengan segera.

gomo kelantan gomo

Renjuna said...

Salam, Syukur alhamdulillah Kelantan ke Final. Walau bagaimanapun perjuangan masih belum selesai untuk mengharungi minimum 90 minit lagi bagi menjulang Piala yang paling menjadi tumpuan dalam arena bolasepak Malaysia. Di atas kertas buat masa ini memang Kelantan berpeluang penuh menjulang Piala Malaysia, tetapi harus diingat yang sukan yang sama-sama kita semua dambakan ini menjadikan pasukan kuat menjadi kerdil atau daripada pemain lemah menjadi 'hero' .

Berbalik kepada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 .. Kelantan Vs Negeri Sembilan… pertemuan Halim Napi vs Si Kembar N9 .. pertemuan antara midfielder generasi lama (Rezal Zambri, Idris Karim ) dengan perancang baru (Daudsu, Khairan, Indra, Rizal ) … pertemuan Wan Jamak vs B Sathia … semua ini memungkinkan pertemuan klasik penutup tirai Piala Malaysia dekad ini.. Walaupun N Sembilan dengan ramai pemain dan bekas-bekas kebangsaan dibandingkan dengan Kelantan hanya mengharapkan Indra seorang yang menjadi first-eleven Malaysia. Begitu juga anugerah 100 Plus FAM yang baru-baru ini membariskan hanya 2 orang pemain Kelantan (Indra dan Ezrie ) menampakkan sedikit pilih kasih panel pemilihannya.
Tidak adakah pemain Kelantan lain yang berkaliber yang boleh dicadangkan dalam senarai Anugerah 100 Plus FAM itu… kemanakan Zamri ( bagi pemain harapan ), kemanakah Farhan ( yg membuktikan kepada Rajagopal baru2 ini )….. dimanakan taraf Farisham, pertahanan Kelantan yang pada saya sangat ‘cool’ atau ke manakah Halim Napi yang jikalau satu lawan satu memberikan lawan kurang 5 % kebarangkalian untuk melepasinya…. Itu hanya sedikit … kerana sebenarnya terdapat pemain lain juga berpotensi ( lebih-lebih lagi yang muda seperti Nizab Ayub, Ailim, Rojo, Daudsu, Khairan, Rizal dan Hanif )
Faktor ‘Piya’ juga memainkan peranannya yang tersendiri buat pasukan Kelantan. Kapten yang cedera teruk (patah kaki) ini menjadikan peminat lebih ‘mendekati’ Kelantan kerana kaptennya orang Kelantan. Namun sekarang tidak begitu… oleh kerana Kelantan tengah ‘naik syeikh’… dan Indra juga bijak memainkan peranannya, dengan karektornya yang semakin ‘gedebe’ dan agak ‘robust’ menjadikan beliau semakin menyelami budaya ‘gedebe’ masyarakat Kelantan (nota: Gedebe dalam konteks orang Kelantan bukan membabi buta sebenarnya tetapi apabila rasa diri ditindas atau di anak tirikan seperti yang sama-sama dirasakan penyokong Kelantan selama ini oleh FAM ( ini pendapat peribadi ).
Sabtu ini memungkinkan segalanya buat Kelantan .. menang akan menjadi suatu sejarah.. kalah juga menjadi suatu sejarah.. Memang kesian kepada wargakota Sabtu ini kerana semua chef-chef tomyam akan berkampung di Bukit Jalil….. Walaupun apa-pun, untuk penyokong Kelantan, harap jangan mengabaikan Solat pada hari perlawanan tersebut… InsyaAllah kemenangan akan dipihak Kelantan… kerana ini lah yang kita semua doa-kan dan buat semua pemain Kelantan, tiada lagi kemuncaknya selain daripada hari sabtu ini. Bermainlah dengan penuh semangat dan jagalah psikologi pihak lawan ( seperti biasa mereka akan bermain robust dan akan berpura-pura sakit atau melambatkan permain ; buktinya ialah Separuh Akhir Piala FA di Kota Bharu)
Buat penyokong dan penonton bolasepak serta pencacai bolasepak .. nikmatilah perlawanan akhir ini dengan semangat penonton yang sejati … kita boleh jadi ‘ULTRA’ tapi jagalah jatidiri masing-masing.. semua mata akan tertumpu kepada game ini.. Tunjukkanlah contoh yang baik kepada anak-anak kita yang menonton perlawanan ini, kerana merekalah yang akan menjadi tali hayat kita nanti bagi menjadikan Malaysia sebagai ‘contender’ dalam Piala Dunia.
Akhir sekali buat Rakyat Kelantan ; Buat apa kita berfikir panjang lagi… Ayuh ke Bukit Jalil Sabtu ini…. Peristiwa perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan ini bukan boleh berlaku setiap minggu … Jadi … marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada Kelantan dan bolasepaka Malaysia khasnya … InsyaAllah KELANTAN AKAN MENJADI JUARA dengan DOA TUAN/PUAN…
GOMO KELATE GOMO….

Anonymous said...

Both teams can lift the Malaysia Cup. Enjoy the Final.



For the Game. For the World.

Unknown said...

..salam, lc..benar kata-kata tuan..generasi pakmat diulit nostalgia..dan nama-nama tuan senaraikan memang di bibir..tergerak rasa untuk ke Bukit Jalil..tapi tidak..sekadar wakil generasi muda..Kelantan on the ascendant..dari segi skills sebagai satu pasukan mungkin terdapat kelemahan..kurang cohesion..tetapi semangat menyatukan mereka..InsyaAllh..I am seeing glimpses of that spirit of yore..

rizal hashim said...

Azian, you boleh masak tomyam, apa susah...

John GG, kadangkala dalam final semangat saja boleh membantu!

Renjuna, blog saudara berwarna warni, merah kebanyakannya!

PakMat, come and bring along the whole clan from Bachok! Be a witness to what could well be Kelantan's most glorious moment in its sporting history!

john GG said...

rizal

aku setuju semangat kelantan kalau di kira pakai meter is more than 100% semangat juang mereka tinggi, tapi takut kealpaan boleh mengundang padah

TQ Kelantan jualan tiket tertinggi tahun ni

Anonymous said...

Saya cuma berharap final kali ni benar - benar final idaman. Maksudnya begini, penonton dan penyokong kedua pasukan datang penuh semangat menyokong pasukan masing - masing tanpa mahu mencetuskan suasana tegang. Kutuk mengutuk perkara biasa tak payah diringi dengan balingan botol air atau mercun. Beradablah atau lebih tepat jadilah penonton yang dewasa dan BERTAMADUN. Permainan biarlah berkualiti sepanjang 90 atau 120 minit. Malah biarlah babak suspeng berterusang jika berlanjutang ke sepakang penalti macam Istanbul 2005. Halim Napi usah dok fikir nak 'makan' si kembar. Demo mula buat pasal satu stadium jadi huru hara. Ini bukan pertandingan 'tomoi'. Bebudak muda sila hormat pemain - pemain senior yang mungkin beraksi final yang terakhir dalam karier mereka. Pihak polis jangan sekadar jaga VIP, tolong tengok dan jenguk kat penonton - penonton sama. Pandang mereka bukan tengok game. Gaduh di padang ada pengadil. Gaduh kat galeri penonton bukan pemain yang tolong leraikan. Eko yang kena uruskan. Para VVIP tak payah bawak satu lori nak duduk kat royal box. Tukang masak dan tukang kebun tak payah diundang, tengok je kat TV. Dah lah kecik sempit pulak. Pas2 sapa yang ada kad jemputan tak dapat duduk sebab geng-geng ni dah penuhkan segala ruang. Gitu jugalah masa penyampaian hadiah, semua nak turun. Jakun betul la dia orang ni. Tu je la yang ese nak kobar kek sini. Ambo tak sokong 2-2 team ni sobab team ambo dah kelik sejak awal (masalah dalaman). Harap semua berjalan lancar dan selamat bertanding. May the best team win.

XABI ALONSO
LARKIN

rizal hashim said...

Xabi Alonso,

Kita harap saranan saudara ini dipatuhi, malangnya VIP akan bawak berkoyan-koyan cucu cicit, confirm punya! kita kan kaki freebies dan freeloaders! yang kelakar, yang masuk free tu semua kaya-kaya belaka!

mAtroCk said...

DARIPADA menyemakkan pentas VVIP dengan membawa satu bas saudara mara, adalah lebih baik FAM menjemput wira-wira kita yang pernah mewarnai pentas Piala Malaysia sedikit masa dulu.
Adalah lebih molek dijemput (sekadar menyebut beberapa nama) Hassan Yahya, Tukiman Bahari, Rusdi Sulong - (Johor,) Ramli Junit, Wong Kou Foo (Melaka), Zainuddin Hussin (NS), Wong Choon Wah, M. Chandran, Chow Chee Keong (Selangor), Baharin Kamis, Syed Ahmad (Perak).

Namat dan Shahruddin Abdullah, Isa Bakar, Chen Woi How, Shukor Salleh (Penang), Vithilinggam, Roshidi Shaari (Kedah), Saidin Osman, Marimutuhu, Ibrahim Saad (Perlis), Wan Zawawi, Anizan Daud, Dali Omar, Nik Fauzi (Kelantan), Harun dan Yahya Jusoh, Abdullah Ali, Marzuki Ismaun, Abdah Alif (Terengganu),
Rosmaini Mohd. Shah, D. Devendran, Ahmad Bab, Abdullah Akil, Hamidon Abdullah, Tok Penghulu Talib Sulaiman (Pahang)

Hassan Sani, Matlan Marjan, Peter Rajah, James wong (Sabah), James Yakub (Swk), Ibrahim Hj. Din (Tentera)

Syed Mutalib, Mohd. Noh, Nasir Jalil, Ahmad Paijan, Pathmanthan, Quah Kim song, Eric Paine (spore)

Paling tidak, peminat akan kenal siapa mereka ini. Wira-wira ini pula pastinya teruja menonton Final Piala Malaysia - perlawanan yang diidam-idamkan mereka dulu

Anonymous said...

Sdr LC terima kasih kerana respong, harap dapat disiarkan dalam EPL Kosmo agar mereka membaca dan MEMAHAMINYA. Nak undang beas pemain tu memang dialu-alukan namun ... tunggulah saya berkuasa kat FAM tu. Nak harapkan pemerintahan sekarang, ah lupakan..

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

majulah sukan..jgn rosak moral kerana sukan sudah.malam ni sokong n9!yey!