Bersama ratu skuasy, Datuk Nicol David...aku tanya juara dunia, boleh jadi jurulatih bertaraf dunia? Ada boyfriend? Naik basikal di Amsterdam?
Pernah aku cakap dengan Datuk Hamidin, masa tu dia belum Datuk, "minta maaf, saya tidak menyokong tuan,"...tapi Hamidin PR kelasssss....itu aku respect dia. Di Kafe Sukan, kami bincang kesediaan FAS melepaskan Safee Sali dan akan merelakan pemain lain ikut jejak langkah penyerang kebangsaan itu selepas Selangor lebih stabil.
Sejak pasangan kembar ini mewakili pasukan Bawah 16 kebangsaan di bawah Aminuddin Hussin, aku mengikuti kerjaya mereka...jangan lupa Akbar Sahari pun kembar...dari Nogori jugak...pasangan kembar biasanya ramai peminat
Kafe Sukan edisi Eidul Fitri tahun lalu dirakam awal agar krew boleh balik kampung...
Ah Datuk Misbun...bila lagi hendak ke Kafe Sukan? Mustahil kot...
Krew Kafe Sukan masih menunggu Legenda 17 hantar sekoyan nasi ayam hainan
Dalam program ini aku dedahkan nick FB Pandelela Rinong, Lulu Dolphin...dua jantan mengapit dua awek...
Alex Liew dan R. Puvaneswaran antara atlit yang mewarnai Kafe Sukan
Datuk Danyal Balagopal Abdullah tidak setuju dengan latihan pusat di Ranau manakala Noraseela Mohd Khalid harus berhati-hati kalau tidak mahu jadi mangsa. Aku duduk diam saja
Datuk Ahmad Ismail timbulkan kontroversi apabila dia belasah pemain sepak takraw dalam Kafe Sukan...
Bersama bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad dan bekas pengarang sukan Berita Harian, Norbakti Alias. Bakti pakar badminton. Dia juga wartawan yang ambik diskette aku untuk dipindahkan ke sistem komputer. Esoknya byline aku keluar, story bek kiri Kuala Lumpur, Nazim Din, berbekam...
Dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Rexy Mainaky dan Fairuzizuan Tazari...masa tu kecoh isu Ganga Rao kena pecat...


