Wednesday, January 16, 2013

Penghijrahan perkara biasa

Penghijrahan Hafizal Hamad dari RTM ke Astro Arena mengejutkan banyak pihak yang menganggap penyampai, hos dan perantara itu sebati dan sinonim dengan stesen penyiar kerajaan itu. Namun sebagaimana bintang bola sepak bertukar angin atau haluan, personaliti TV juga tidak ketinggalan mencari tempat baru. Tapi tak tahulah pulak ada yuran perpindahan atau singning on fee...

Kini sudah hampir dua minggu anak jati Kedah itu menjadi hos kepada program pra-rancangan dan pasca Arena Bola selain berinteraksi dengan peminat menerusi Dua Hala di platform google hangout dan menerusi corong radio di stesen era.fm.


Bintang yang menyinar di RTM kini berhijrah ke Astro



Belakang dari kiri Asmawi Bakiri, Zainal Abidin Rawop, Azlan Johar, Nurjannah Ali, Richard Scully. Depan dari kiri Nazzab Hidzan, Reduan Abdullah, Rosli Hussein, Hafizal dan Dez Corkhill.

Selain Hafizal yang bertugas di studio, Astro Arena menampilkan dua otai Shaukei Kahar dan Zainal Abidin Rawop selaku perantara dan pengulas secara langsung, ditemani penganalisis seperti Reduan Abdullah, Rosli Hussein, Azlan Johar, Nazzab Hidzan dan, Asmawi Bakiri. Nurjannah Ali pula wartawan di tepi padang untuk buat flash interview dan lintas langsung ke studio. Astro juga menyajikan ulasan dalam Bahasa Inggeris diketuai pengulas Dez Corkhill yang juga Pengarang Urusan Astro Arena.

Bagi menghidupkan kempen menyokong bola sepak tempatan, Astro melancarkan Liga Super Fantasi 2013. Maklumat lanjut di www.arena.my.


Pengurus tajaan dan pemasaran Astro Arena, Azman Fahmi Osman (kanan), bersama Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Abdullah, pada majlis pelancaran Liga Fantasi 2013.


4 comments:

Anonymous said...

Hafizal antara pengacara yang ada masa depan dalam bidang penyiaran. Cuma...kena tukar sedikit penampilan seperti kumis, make-up, pakaian dan yang paling penting penyampaian supaya tak nampak la macam dari RTM. Di Arena kena cara stesen swasta yang lebih rilek dan tak banyak protokol.

KERMIT THE SPIDER

Unknown said...

Hasbullah Awang nila lagi.

Tiger Mizie said...

Sesuatu yg bagus membawa masuk Hafizal. Satu yg segar. Walaubagaimanapun sebaiknya utk sepanjang musim ini, boleh digilirkan dgn pengacara lain atau sekali sekala adakan Duo Pengacara agar nampak kelainan.

redzuanawok said...

astro arena mohon ambil abu bakar atan dari tv3.kompem makin popular lpas ni.