Aku sudah lama tidak buka akaun FB kerana dilanda virus spam dan pelbagai.
Tapi tadi aku singgah sebentar. Ini kerana kelmarin aku menerima sms daripada seorang ahli kariah yang juga orang Kelantan. Dia peminat The Red Warriors.
"Abang ada tulis dalam Utusan Malaysia ke?"
Jadi aku menjawab tidak ada. Aku pun hairan.
Tangan aku pun gatal nak buka semula akaun FB aku yang kali terakhir dikemas kini pada 19 Disember 2012. Aku dapati aku telah ditag peminat The Red Warriors.
Ada yang menuduh aku menulis atas nama Hussein Ismail di ruangan forum Utusan Malaysia di sini.
Tan Sri Annuar Musa menulis pada Selasa lalu
"Hari ini seorang "HUSSEIN ISMAIL" menyamar sbg ORANG JOHOR BHARU dan menulis di akhbar UM..setelah di teliti tulisannya didapati beliau bukan seorang yg TULIN tapi menyamar dan beliau bukan orang biasa tapi ORANG YG TERTENTU..justeru tulisannya tak perlu saya ulas kerana ia berbaur sentimen dan hujahnya TAK BERBALOI DIBERI KOMEN apa apa..Apa pun terima kaseh kerana bersusah payah buat research sampai waktu saya jadi menteri dan terima kaseh juga kuat membela FAM..mcm kenal je penulisnya..tak payah la menyamar.."
Antara yang memberi komen, Tukiman Surip:
"tgk pada ayat, macam tulisan dan gaya Muhammad Rizal Hashim , ntah ler...mungkin iye mungkin tidak...biase rizal je yg suka buka2 cite2 lama sampai ke menteri...cite yg die hebat smp azlina (menteri sukan) dulu jatuhpun sbb dia...poyo betull... rizal x cite pulak zaman nuar musa ni jadi menterilah masa tu berlakunya insiden raja dari selatan memukul pemain/penjaga gol hoki...punca dr tindakan raja yg ada rekod melebihi 20kes jenayah itu la menyebabkan Tun Mahathir membuat keptusan mengurangkan kekebalan raja melayu dan boleh didakwa dimahkmah..tu dia x cite pulak"
Di sini ingin aku ingin ambil kesempatan menafikan tuduhan sebegini.
Bagi orang besar yang ada connection dengan orang akhbar, bolehlah tanya kawan-kawan di Utusan Malaysia, siapa yang mengirim emel dan check alamat IPnya. Lazimnya untuk ruangan surat pembaca atau letters to editor setiap kiriman surat atau emel disertakan nama dan alamat penuh sebagai syarat. Rasanya masih kekal syarat itu.
Aku pula diberi rezeki Allah SWT ada ruang menulis dan bercakap menerusi beberapa forum dan platform media arus perdana dan internet secara jelas dan berdepan menggunakan nama aku sendiri, tanpa berselindung di balik nama samaran atau di belakang orang tertentu tanpa ada agenda politik atau peribadi.
Apa yang Tukiman tulis mengenai aku dan Azalina itu betul, tapi dia tidak terpilih sebagai Menteri bukan atas kuasa aku. Aku sekadar membuat beberapa pendedahan yang dianggap memburukkan Azalina sepanjang tempoh dia menjadi Menteri Belia dan Sukan. Aku sekadar menjalankan tugas sebagai wartawan dan bukan penyokong atau peminat yang taksub dan obses dengan tokoh tertentu.
Sebagai bukti aku objektif dan tidak memilih bulu, Azalina orang Johor, macam aku. Kalau kata aku penulis upahan yang menyokong pasukan atau mana-mana individu, cuba baca tulisan aku yang terdahulu.
Eloklah sebelum melontar sebarang tuduhan, kita bermuhasabah diri. Sekalipun kita di puncak kejayaan, ia bukan lesen untuk menuduh atau memburukkan orang lain. Sebagai public figure kita ada tanggungjawab besar membentuk pendapat orang ramai tanpa mengira ras dan darjat. Kalau ikhlaslah....kalau ada agenda tertentu itu aku tidak boleh bantu...
Apapun kepada semua pemimpin sukan, kalau kita suka menegur, haruslah sedia menerima teguran. Kita manusia, bukan maksum.
Seperkara lagi, NOBODY is bigger than the game, sama ada kerabat diraja, politikus, bekas Menteri, atau penjual kacang dalam stadium. Mungkin tulisan Hussein Ismail ada logiknya HAHAHAHAHAHAHAH!
9 comments:
yg x tahan ngn nuar muse ni, kalo die kritik org lain xpe, itu ini semua x betul, die sorg je yg pakar pengurusan bolasepak, die sorg je yg pakar undang2 dan urus tadbir, tp kalo org lain kritik die bengang, die post status2 kt FB mcm budak pastu bila org sound perangai mcm bdk2 die bengang plak.. kekekkekeke.. nnt ada plak yg kate gua org johor
TSAM ckp yg Hussein Ismail ni org samaran.Yg ckp Hussein Ismail ni adalah saudara Rizal adalah Tukiman Surip.So, mereka adalah org yg berlainan,jd jgnlah kata TSAM pula yg tuduh saudara Rizal yg menyamar.Jgn ada pula lps ni yg kata TSAM menyamar sebagai Tukiman Surip.HAHAHAHAHA
OH MY ENGLISH
BANkami
Rizal,
Ini ada request.
Boleh ke buat artikel tentang modus operandi (MO) FAM masa Tan Sri Hamzah jadi Presiden dulu?
Terutama aspek perlantikan ahli pengurusan, penjanaan sumber kewangan dan penajaan, pengurusan pasukan, pengelolaan liga selain pembangunan bakat baru.
Atau kalau mampu buat buku, saya akan beli.
Saja nak banding-banding.....TQ
Kamarul
tak pasal dapat dosa.fitnah orang itu orang ini
ts anuar musa memang suka cari pasal.. tipikal orang kelantan
Salam Rizal,
komen saya tidak ada kaitan dengan topik ini tapi saya inginkan pendekatan bagi isu-isu yang berlaku belakang tabir.
1.Pencalonan presiden BWF ada dalang (bekas Setiausaha BAM) komplot membantu calon Denmark sebagai Presiden dan Momi (dari Jepun) sebagai Naib Persiden.
2.Kelibat bekas Setiausaha (GR) berkomplot dengan bekas Jurulatih Peseorangan dan bekas bergu pingat gangsa Olimpik yang juga suami selebriti untuk keluarkan Misbun Ramdan. Malang bagi budak itu, dia tersepit kerana dia kata dia serasi dengan Jurulatih dia.
Mungkin, pengunduran budak itu ada kaitan dengan dana yang diberikan kepada Nusa Mahsuri..
3. kelibat Jurulatih Bergu lelaki BAM Kim Her, dalam memisahkan bergu kononnya sedang mencuba cuba, walhal ada motif yang tidak enak didengar. Cuba lihat apa yang diperlakukan pada Vountus ?? Tak tahulah BAM tahu atau pura-pura tak tahu.
4. Penglibatan bergu wanita Huiling dan Huiern dalam latihan di BAM. mengapa tidaknya yang lain diberi peluang yang sama...mengapa dua pemain ini mendapat layanan baik. Mereka belajar di Eng. dan bukan pemain BAM. mengapa peluang tidak diberikan kepada ramai pemain-pemain lain..?
Harap telusi dan bawak ketengah untuk dibincang.
W.Salam
Pak Uda
salam rizal "si lembu buruk FAM".....!!kalau kau bukan lembu FAM ulas la skit pasal kenyataan kritik FAM dari TMJ....berani ker???kah3
bola sepak memerlukan lbih ramai pmikir seiring rminy pemain.. xkira tsam, sdr rizal hashim, atau mne2 individu yg sdg mnyalur buah fikir msing2 kearah pkmbngn bola sepak, mereka adlh pemikir yg kita ada dan hmpir pupus..
Post a Comment