Cabaran besar buat FAM pada 2013 mengurus persepsi dan memastikan semua pihak ikut peraturan, adab dan etika tanpa mengira darjat
— rizal hashim (@rizalhashim801) December 5, 2012
Ini tweet aku pada 4 Disember lalu. Tiba-tiba berlaku pula isu kehadiran anggota JMF dipersoal.
Apakah bola sepak kita terjerat dalam zon perang?
Komen kelab penyokong Kelantan juga ada sebab-musababnya.
Baca pula reaksi penyokong Johor.
Saingan bola sepak Malaysia diwarnai pelbagai karakter, termasuk dua tokoh dengan aura tersendiri. Baca TMJ v TSAM.
Tidak mustahil Tan Sri Annuar Musa berganding bahu dengan Khairy Jamaluddin untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) satu hari kelak. Ataupun Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menyimpan cita-cita yang sama?
Harus diingat, dalam mewarnai bola sepak Malaysia, janganlah adab, etika dan peraturan diketepikan. Bola sepak juga tidak mengenal darjat. Tanya Sultan Ahmad Shah dan anakandanya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah - berapa kali disindir, diperli dan dikritik dalam akhbar arus perdana (tapi ada budak-budak sekarang fikir mereka saja yang berani suruh Presiden FAM letak jawatan)...
Peribahasa Melayu gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Eh, jangan marah...aku tak label sesiapa pun gajah atau pelanduk, apalagi anjing hehehe
Namun seperti yang aku nukilkan Disember lalu, FAM berdepan cabaran setinggi Gunung Kinabalu. Entah-entah tidak terdaki.
10 comments:
OH MY FAM!
Aku harap saudara Rizal dapat menerbitkan buku cerpen/novel yang bertajuk "28 Tahun Ke Laut". Hadiahkan satu kepada FAM...
Salam Bro Rizal,
Ada banyak peristiwa2 memalukan melibatkan istana Johor dlm arena sukan negara. Aku sedikit pun tidak terkejut dgn kelibat mereka. Ianya merupakan ilmu peninggalan Raja2 kepada pewaris-pewarisnya.
Nampaknya, KEDAULATAN Raja-Raja mangkin hari mangkin terhakis akibat drp perbuatan mereka sendiri. Ianya sudah sampai ke satu tahap dimana rakyat biasa secara umum rasa "meluat"
Aku syorkan campurtangan Rulers Council agar segera meeting untuk menegur dan menasihati mana2 Raja yg tidak sensitive,angkuh,sombong dan salahlaku.
Selamatkanlah Kedaulatan Raja-Raja. Jgn terlibat dlm mana2 badan yg ada kepentingan umum(tax payers money) Tumpukan pada halehwal kebajikan sahaja.
AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN
Hello rizal
Membawak askar gerak khas mengiringi pasukan johor sudah melampau. Lepas ini tiap2 pasukan akan membawak askar masing2 untuk menjaga keselamatan pasukan. Semua sultan di negeri ini menjadi pemerintah kehormat bagi berbagai pasukan tentera. Jika ini terjadi apa akan jadi perlawanan bola sepak kita. Harap2 menteri pertahanan keluarkan arahan bataskan kuasa kepada pemerintah kehormat askar kita. Pemerintah ATM perlulah ambil tindakan kepada pegawai pemerintah rejimen gerak khas.
FAM jangan ambil mudah. Membawa komando ke kota bharu adalah tidak kena. Sekurang - kurangnya pasukan johor DT perlulah dikenakan amaran supaya insiden ini tidak berulang.
Salam bang,
Sorry off topik. Tp memandangkn bang rizal slh sorg geng astroarena, so nk tya kenapa astroarena susah nk miss tayang game LIONS? Da mcm channel singapore la plak...tp pelanggan astroarena adlh Malaysian....
Kemahkemim...
Bro Rizal,
Politics and royalty is a potent mix for the detriment of sports.
Sitting ducks FAM are becoming the laughing stock of sports.
Have we shifted ourselves to somewhere near Eriteria to have gunmen in our midst for an evening game ?
I grew up when Malaysia qualified for the Munich Olympics.
And the late Datuk Harun did not like guns at games.
Arsenal JDT....sounds frightening bro !!!!
Cheers
Once Malaysia Soccer Fan.
Kalau di negara bergolak dan penyokongnya fanatik macam colombia dan Mesir tu lain la..rusuhan & pembunuhan kerana bola sudah selalu terjadi...Ini negara yang aman damai, even demonstrasi jalanan pun tak ada sampai tahap bunuh-membunuh..kenapa perlu ada tentera..pakai peluru hidup pulak tu..tak kan kalau dah ada penonton yang terbunuh baru FAM nak ambil tindakan..
Ini yg di katakan, extreme football. ntah apa yg di pikirkan bawak komando & rifal. Kalau ya pun nak mengiringgi VVViP, pakai la baju biasa dan bawak paper spray shj.
Oleh itu buleh di ringkas kan " Mcm Bagus sangat la".
harus ada arus perubahan pada fam dalam banyak sudut...Contohnya aspek liga kita...sekarang liga kita nampak kompetitf tp mutu pgandilan tampak ke laut,...banyak keputusan yg meragukan..satu lagi aspek peerundagn..perlu diperhalusi setiap peraturan yg dikenakn adakh mendtgkn kebaikan untuk sukan bola sepak kita...Contoh terdekt artikel 88...rang undg2 ini seperti memberi kekblan buat fam untuk dtgur,....jika pemimpin beribawa bagi setiap ngri digantung apa akn jd pada hala tuju persatuan tersebut...Faktor kewangan pasti akan berlaku..dan ia berbalik kepada sebab menegur FAM...
Salam...bole x tukar font colour..ssh nah baca..maaf..
Post a Comment