Thursday, January 17, 2013

Bola sepak Malaysia - barah tahap 4

Selaku perantara rancangan Dengan Izin, penulis teruja apabila Malek Rahman bersetuju menjadi tetamu untuk episod pertama musim ketiga pada September lalu.

Bekas kapten pasukan Selangor itu membuat pendedahan berani, antara lain mendakwa ada beberapa kelab tempatan dikendalikan oleh bookie selain mengaku menerima sogokan yang mengakibatkan dia digantung satu setengah tahun di tengah-tengah skandal rasuah bola sepak pada 1994-95.

Malek dengan beraninya mendedahkan beberapa perkara berkaitan rasuah yang harus dijadikan renungan pencinta bola sepak tempatan. Dia mendakwa rasuah dalam bola sepak hari ini lebih besar daripada skandal 1994-95 yang menjerat lebih 120 pemain dan jurulatih kerana sekarang ada perjudian atas talian.

Menurutnya, kaji setiap perlawanan dan tentu ada beberapa individu dengan telefon bimbit akan memberi beberapa isyarat kepada pemain untuk “buka” perlawanan, bermakna mengatur keputusan.

Sedutan progam Dengan Izin itu turut dimuatkan dalam program bual bicara Bola@Mamak terbitan Astro SuperSports. Rata-rata peminat memuji pengakuan Malek.

Pendedahan Malek sekadar menguatkan hujah penulis bahawa di sebalik keghairahan kita bercakap mengenai saingan Liga M dan prestasi Harimau Malaya, bola sepak Malaysia sedang dilanda penyakit barah tahap keempat.

Bukanlah rahsia bahawa ada pemain menerima sogokan untuk tidak menjaringkan gol, untuk memberi ruang kepada pemain lawan menyumbat gol dan ada pula yang dibayar untuk menjaringkan gol pada detik-detik tertentu.

Bayaran dibuat menerusi pelbagai bentuk. Dalam sampul surat dihantar ke rumah, diletakkan dalam kotak kasut dan dimasukkan ke dalam akaun.

Bagi mereka yang tidak menerima bayaran, mereka rela hutang piutang atau ansuran rumah dan kereta dilangsaikan secara bulanan oleh pembiaya. Masalah ini bukan saja menghantui bola sepak Malaysia.

Saingan bola sepak di Eropah turut dibelenggu barah ini. Sekalipun ramai bookie didakwa di mahkamah, prosesnya mengambil masa yang panjang.

Pihak berkuasa pula memerlukan bukti kukuh untuk mengambil tindakan.

Bagi pemain yang tidak mahu terbabit dalam dosa ini, mereka berada dalam dilema. Kalau mendedahkan perkara ini, rakan-rakan sepasukan akan dihukum. Mereka juga akan diugut. Jika berdiam diri, ia akan memakan diri.

Kesudahannya, rasuah bola sepak akan terus menghantui kita selagi material menguasai diri manakala iman ditolak ke tepi.

4 comments:

Anonymous said...

Baru semlm saya bersembang dgn saudara saya yg kebetulan berkawan baik dgn ahli media negara jiran kita. Topiknya: Rasuah. Macam2 rahsia yg baru saya tahu. Hmm.. rasa serba salah pun ada. Ada sesetengah tu individu memg tak layak untuk sarung jersi malaysia mahupun pasukan dlm liga Malaysia. Saya ni penyokong (dan peminat) bolasepak di Malaysia. Rasa sedih la.

Anonymous said...

what is ur opinion berkenaan tiket sport betting yang telah dijumpai semasa perlawanan perak Vs JDT sebelum ni?

HSKAMAL said...

"MIRACLES COMES FROM ALLAH"


Ramai individu di Malaysia menjadi kayaraya melalaui pengumpulan harta secara haram. Org2 seperti ini jugalah yg kononya dpt membawa perubahan dlm sukan Malaysia (b. sepak khususnya).

Semasa dan sebelum the late Tan Sri Hamzah menerajui FAM kita berada di ranking sekitar 80 pasukan terbaik dunia, layak ke olimpik dua kali dan menang pingat gangsa di peringkat asia dua kali. Sejurus rampasan kuasa dilakukan pihak istana, barah tahap satu mula menjangkiti b.sepak Mlaysia.

Dlm jangkamasa lebih dua puluh tahun...selepas rampasan berlaku, hari ini,... kita berada di ranking 158 dunia dan hanya juara peringkat asia tenggara sahaja-itu pun di katakan ada unsur2 mengatur perlawanan oleh sindikit judi bola yg di restui pengampu dan pembodek dari Malaysia.

Hasil drp perbuatan mereka selama ini,...skrg mereka menghidap barah tahap 4.(bernyawa tetapi sudah mati).


HANYA TUHAN SAHAJA MELALUI ORG2 YG AMANAH DAN JUJUR (NILAI2 KEROHANIAN) DPT MERAWAT DAN MEMULIHKAN BARAH TAHAP 4.

Anonymous said...

D malaysia, perlu ada suara lantang & berpengaruh yang boleh menegur kesilapan FAM..Dan dia juga mestilah ada minat & pengetahuan luas dalam dunia bola sepak d Malaysia mahupun antarabangsa. Tetapi suara & pengaruh itu tidak ada..Siapa yg berani?