Saturday, March 3, 2012

Tiga suspek kertas bocor

Kalau baca New Straits Times hari ini, laporannya sebut ada tiga suspek bagi bocor laporan panel siasatan kes lari doping membabitkan enam atlet dan ketua jurulatih Harun Rasheed Othuman.

Mereka ialah Shahidan Kassim, Karim Ibrahim dan R. Annamalai. Siapa agaknya bagi bocor media, kebetulan hanya dua akhbar The Malay Mail dan Harian Metro siar berita pada hari yang sama.

Shahidan
 Karim

Annamalai

Baca Karim berdepan satu lagi perbicaraan.

Sementara itu, sedikit nasihat buat 42 jurulatih dan 16 atlet yang bikin petisyen mahu Karim disingkir. Buat laporan kepada Pesuruhjaya Sukan. Kalau dia tak ambil tindakan, kita boleh salahkan dia. Kita test tengok sama ada dia berani atau tidak. Hahah.

 Kalau tanya Yi Ling, Norjannah, Siti Zubaidah dan Nurul Sarah, agaknya siapa yang mereka sebut jadi dalang lari daripada ujian doping?

7 comments:

Elyas Nik Yasin said...

Pengerusi Panel tu brader Karim. Mestilah buat laporan yang tidak membabitkan Karim walaupun banyak tuduhan dan pendedahan dibuat terhadap Karim. Tak caye cuba tengok rekod soal jawab ketika inquiry itu. Aku gerenti dia orang tak berani bagi rekod tu. Ini semua wayang kulitla bro.

POM kena dioverhall la bro. Eh eh..macam kereta proton aku lah yang nak kena . Atau lagi baik tukar enjin. Lagi baik tukar kereta lain..hah!

POM kena tukarla jadi Persatuan atau 'OLAHRAGA MALAYSIA' = OM. Macam Taekwando la dari Persatuan dia jadi TM. Tukar pemimpin dan sistem perwakilan.

HSKAMAL said...

Boleh tak, kita labelkan 3 org yg pemimpin Maau ini sebagai PENGKIANAT SUKAN NEGARA?

Kalau di China, mampuslah depa, kena hukum tembak. Mujurlah malaysia demokrasi, selamatlah depa semua.

"Bukan kertas aje bocor, otak mereka pun bocor"

Nampak sangat mereka ini, tak mampu mengawal otak mereka sendiri, sehingga laporan tersebut mengalir keluar kepada umum melalui saluran2 badan mereka. - Sebab tu lah the whole affair is stinking!!

Aku tak yakin pihak Pesuruhjaya Sukan dpt bertindak. Memandangkan, negara kita mengamalkan budaya BODEK DAN AMPU. Maka mustahil untuk kita nak jumpa org2 yg berjiwa murni,amanah dan semua ciri2 yg di perlukan sebagai pemimpin sukan.

Parti Sukan said...

Bocor tu mestilah oleh Karim. Takkan Mumtaz. Kok Chi mungkin jugak pasal dia yang sibuk2 kat mesyuarat KOM suruh dia orang dedahkan laporan tu. Aku dengar KokChi kena sound kat mesyuarat MOM hari tu. Semua tahu dia kawan baik sehidup semati Karim. Dia pegi meeting dan buat kenyataan seolah-olah itu pendirian MOM. Kenalah dia. KokChi dah kena ban drp menghadiri mesyuarat KOM. Padan muka.

Bertepuk Tangan dan kakila ZolEmbong pasal Karim kehilangan KokChi. Kesian Karim.

Ramai yang tak tahu siapa yang sponsor pil-pil yang mahal tu. Jawapannya senang aje. Sejak kebelakangan ni siapa banyak duit. Tiba2 jadi kaya gila..mendapat ijazah kedoktoran walaupun gagal SPM..hehe..siapa ye?
Aku dengar tak lama lagi MACC nak cekup dia.

Yang Karim pulak aku dengar PDRM dah mula menyiasat. Bagusla tu kalau tidak teraniayala atlet2 kita yang diberi dadah2 yang tak baik untuk kesihatan dlm jangkamasa panjang. Jangan dia orang kena macam ratu pecut US dulu..FlorenceGriffith. Aku kalau jadi keluarga atlet2 ni sudah pasti aku buat laporan polis kerana KOM memudaratkan kesihatan ahli keluarga aku yang berlari utk negara dengan memberi mereka makan dan menyuntik racun kedalam badan mereka.

Masalahnya budaya orang kita ni macamtu lah. Dah takdir, Allah menentukan semuanya. Bagi aku..itulah jalan paling mudah bagi pergecut, pemalas dan yang tidak bertanggungjawab. Takkan dia orang nak tunggu anak dia mati baru nak bertindak. Tak tahuke dia orang ni efek jangkamasa panjang ubat2 tu.

Takkan ISN tak buat research ke atas dadah yang dijumpai dalam air kencing budak tu. Tunggu ape lagi? Tunggu budak2 kita jadi cacat atau sakit otak baru nak bertindak? Kalau tak ISN macam mana dgn MSN..nak Tunggu jugak?! Nampak sangat pegawai kerajaan kita semua tak gitu arif dalam bidang ini. Masing2 dok tunggu. Bangang2 semua..BUAT LAPORAN POLIS LA!! Suruh polis tangkap suspek2 yang telah dan cuba untuk mencederakan atlet2 negara dan tuduh mereka di Mahkamah je. Tak payahlah guna ISA.

Ambil lah iktibar drp Parti2 politik, bila Ada saja isu dia orang buat laporan polis beribu-ribu jumlahnya. Kenapa tidak semua atlet2 dan jurulatih2 start the ball rolling kata orang. Lepas tu Ajk2 negeri, lepas tu blogger2 sukan, lepas tu wartawan, lepas tu peminat2 sukan...barulah betul..pasal isu ini lebih SERIUS drp politik.. ISU NYAWA!

Tunggu ape lagi..? Takkanla semua nak tunggu Rizal Hashim untuk membuat laporan polis yang pertama..Aku tahula budak2 tu bukan anak raja atau anak menteri tapi mereka juga bernyawa dan warna darah dia orang merah...mana tahu lepas kena ubat tu tukar jadi biru kot
Astagar..

Anonymous said...

Bro, u tahu tak kerja dia orang kat POM macam ni, satu utk kau & satu utk aku, dua utk kau & dua utk aku.. Asyik sibuk pasal siapa nak ke liar negeri dan acara mana?

Dia orang tak kisah langsung tentang kebajikan atlet2. Tak caye tanya Zaiton dan Marina. Dia orang semua tahu. Hah ni dah bersiap nak ke London utk Olimpik. Karim pulak dah janji kat beberapa orang geng dia. Sekarang ni dia orang nak cepat2 buat AGM dan pilih AJK utk 2 tahun lagi. Pilih siapa lagi, I scratch ur back & u scratch my balls la nampaknya. Ini tidak boleh dibenarkan bro!!!

Bertindak cepat bro, u have the power! Use your influence and stop this rubbish.

Anonymous said...

salam rizal,

kalau kepentingan peribadi banyak sangat ketika memimpin persatuan inilah hasilnya.. yang jadi mangsa atlet dan peminat sukan negara.. makhluk2 ni elok di ikat tangan mereka dan dijemurkan di tepi jalanraya untuk tatapan masyarakat.. baru dia tau rasa penghinaan.. tak lama lagi kalau takde perubahan dalam KOM maka lingkuplah terus sukan olahraga di negara kita.. terima kasih kepada bakal tukang pelingkup..

Anonymous said...

Abg rizal,

bgtau kat parti sukan said yng sponsor pil-pil mahal tu yang benornya tak lulus LCE la...bknnye x lulus SPM....

tokman said...

Pada masa dulu olahraga menjadi kebanggaan rakyat Malaya/Malaysia kerana athlit2 kita bergaya dan berjaya diperingkat Olimpik dan Sukan Asia kerana pihak pengurusannya jujur dan ikhlas.....tapi sekarang kerana banyak sangat campur tangan pihak pengurusan dengan jurulatih2 dan athlit2 maka semuanya hancur! Pilihlah mereka yang ada 'passion' dan berlatarbelakang sukan olahraga sebagai Presiden dan J/Kuasanya!