Wednesday, March 21, 2012

Nik Mahmud lagi...

Bagi yang berjawatan ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah atau ketua pegawai eksekutif dalam mana-mana agensi yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ada beberapa jawatan penting dalam sukan menanti golongan elit ini selepas pencen.

Sebagaimana Nik Mahmud Nik Yusof kini kembali menduduki kerusi pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP). Bekas KSU zaman Azalina Othman Said, Nik Mahmud pernah jawat tugas Pesuruhjaya Sukan. Rupa-rupanya pusing situ juga, macamlah tiada orang lain di kalangan penjawat awam yang sedang dalam perkhidmatan, atau apa salahnya ambil orang luar, tidak kisah sama ada dia ada latar belakang undang-undang atau sukan untuk kerusi Pesuruhjaya Sukan. Untuk SAP pula, kenalah ambil yang ada "inside knowledge" dalam sukan. Kalau Perdana Menteri boleh lantik Datuk Ranjit Ajit Singh selaku Pengerusi Baru Suruhanjaya Sekuriti, dalam sukan lagi patut ambil orang yang layak, bukan?

Kalau tidak lepas ini aku boleh bayangkan Datuk Zolkples Embong atau Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya Sukan manakala Datuk Mohid Mohamed sebagai Pengerusi SAP...

Pesuruhjaya Sukan pertama Datuk Ahmad Bakri Shabdin, disusuli Datuk Mahamad Zabri Min dan Tan Sri Elyas Omar sebelum diganti oleh Nik Mahmud.

Baca serba ringkas New Sports Commissioner

21 comments:

Anonymous said...

saya cadang ssdaliwal jadi pengerusi sap dan perusuhjaya sukan.

Anonymous said...

Dipilih kerana terlibat dalam SUKOM 98 Bhd yang baru-baru ini dilaporkan akan tutup akaun mereka. Konon satu kejayaan yang BESAR atau MEMALUKAN????

Anonymous said...

kita lantik saudara rizak sebagai ahli

HSKAMAL said...

Kalau nak duduk SAP pastikan bukan kecil org!!

Kalau bekas ksu bolehlah. Tapi kena lihat juga bagaimana peranan mereka semasa memegang jawatan tersebut?
Ada pernah soal menteri dlm hal2 dasar yg dikemukakan kepadanya?
Dlm pemerhatian aku rasa2nya tiada dan tak berani kot. Maklumlah, kitakan mengamalkan budaya ampu dan bodek.

Jgn jadi rubberstamp aje...kena berani untuk teguh dan soal menteri dlm proses membuat dasar dan blueprint. Jgn jadi umpama lembu di cucuk hidung,,,jadilah ikan lumba2.

Anonymous said...

saya nk tanya dah memang jadi tradisi kerrr....untuk jawatan Pesuruhjaya Sukan dan Pengerusi SAP hanya untuk orang dlm kbs dan agensinye, walaupun orang itu memang tidak layak samada ianya ksu or ketua pengarah. carilah luar dari kepompong kbs. kita kena ingat orang luar dari kepompong kbs ada juga yang bijak.....kalu setakat nama dato zol n dato mohid lebih baik x payah abiskann boreh jerrrl....depa dok kejaq glammmmm....jer...

Anonymous said...

saya nk tanya dah memang jadi tradisi kerrr....untuk jawatan Pesuruhjaya Sukan dan Pengerusi SAP hanya untuk orang dlm kbs dan agensinye, walaupun orang itu memang tidak layak samada ianya ksu or ketua pengarah. carilah luar dari kepompong kbs. kita kena ingat orang luar dari kepompong kbs ada juga yang bijak.....kalu setakat nama dato zol n dato mohid lebih baik x payah abiskann boreh jerrrl....depa dok kejaq glammmmm....jer...n nik mahmud suruh pi buat amal ibadat jer....

Anonymous said...

Hang ni rizal dok asyik komplen je..situ tak kena..sini tak kena..hang je la jadi ketua..kita tgk..hang boleh handle tak?

rizal hashim said...

anon 9.10pm,

tak baca ke posting lain yang tidak ada kena mengena dengan komplen? asyik komplen aje?

Mr Lonely said...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

rizal hashim said...

mr tofu I'm smiling back to you...thanks for visiting. have a nice day too

tokman said...

Kita masih mengamalkan budaya ampu mengampu....jadi kalau nak 'hidup' selepas bersara kena 'pandai' bawa diri semasa bekerja baru hidup terjamin dan beruntung tapi bidang sukan yang rugi!Jika Kerajaan terbuka ambillah orang yang ada 'passion' dan berwibawa untuk meningkatkan bidang sukan untuk negara tanpa memikir tentang sikapnya yang agak berani dan tajam pemikirannya!

Anonymous said...

so then? who do u think is the right person?

Anonymous said...

Dato SIeh Kok Chi ada, Tun Ahmad Sarji ada, Tan Sri Jega ada, Dato Sani Karim ada, Tan Sri Anuar ada, Dato Danyal ada, Dato Naim ada, Akhbar ada, Rizal Hashim ada, Dato Nathan ada, Dan banyak lagi.

Tapi depa pilih orang bodoh jugak.

Aku gerenti Pesuruhjaya Sukan seterusnya ialah Mohid. Lepas tu Yasin ambil tempat Nik, Nik nak jadi apa lagi pulak ya!

Anonymous said...

Jelaslah kini bahawa KBS adalah kementerian yang paling BODOH antara kesemua kementerian di Msia.

Anonymous said...

KBS - Kementerian Bangang Sekali
Menteri nye pun gila glamor bermula dari zaman Azalina lagi....sama juga dengan KP MSN sekarang yang gila glamor.

Kita kena berhijrah untuk mendapatkan yang lebih positif dalam memajukan sukan negara.

Anonymous said...

Kalau satwant jd panel penasihat sukan...makin sakit la sukan kita...

Bukan kecik2 org bulih duduk seat tu...nak deal dengan persatuan yg asyik bg problem dari begi result....

Yihaaa

Anonymous said...

Why no story on Datuk Ramlan bro? Let him be the Sport Commissioner la after ISN.

Anonymous said...

Kementerian serta Persatuan sukan di malaysia ni hak milik org2 tertentu je...selagi kumpulan2 mereka tidak pupus dlm keenterian/persatuan tersebut maka asyik bertukar2 portfolio sama sendiri jelah untuk bebrapa tahun. Cuba tgk FAM, KBS, PHM...dll....prestasi sukan semasa tidak kemana.

Anonymous said...

suruh lah nik gi masjid buat amal ibadat jerrr....

muhammadizhar23 said...

http://sembangbolasepak.wordpress.com/2012/04/11/lions-xii-hebat-sangatkah-mereka-ini/ jemput baca & komen..tq

Anonymous said...

Aku boleh conform Mohid akan jadi PJS tak lama lagi. Yasin dijemput jadi Pengerusi Panel Penasihat Sukan.
Malaysia ketamdusan orang ke nak jadi Pengerusi Panel tu. Yang Menteri panggil bahlul jadi Pengerusi apahalnya. Rizal, engkau bisek sikitla kat Saberi tu..

Jahanamlah pengurusan Sukan Malaysia kalau macam ni