Friday, March 2, 2012

KOM-POM ke, pejalan kaki jadi pembekal pil?

Dalam laporan panel siasatan kes enam atlet mengelak ujian doping Mei lalu, tertera perkataan Malaysian Athletics Federation (MAF). Bermakna dalam bahasa kebangsaan, MAF dikenali sebagai Persekutuan Olahraga Malaysia (POM)...jadi bukan KOM tapi POM la...KOM-POM (bunyinya confirmed - keh keh keh)...sekarang POM kena ada POM-POM girls...

Confirmed ke Harun Rasheed Othuman petualang sebenar kes enam atlet elak ujian berdasarkan laporan panel siasatan (dalam laporan Investigative Interview) dipengerusikan R. Annamalai, pegawai olahraga dari Pahang, pada 12 September 2011? Kes berlaku pada 24 Mei, lebih tiga bulan terdahulu.

 Laporan muka depan The Malay Mail semalam

Baca pendedahan The Malay Mail dan Harian Metro kebetulan pada hari yang sama,  Shahidan enggan ulas, pendedahan Harian Metro, pendedahan the Malay Mail, apa Shahidan kata dulu.

Panel siasatan yang dianggotai Annamalai, Mumtaz Begum Abdul Jaffar, P. Solomon (bekas timbalan presiden KOM/POM), Prof Rabindarjeet Singh (betulnya Prof, bukan Dr beli) dan Datin Seri Ismalina Ismail (wakil YAKEB, geng Mumtaz lah kot). Kena panggil mengadap Datuk M. Magendran (pendaki Everest yang jaga olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN), pegawai Institut Sukan Negara (ISN) Nisal Kumar, enam atlet - Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Noor Imran Hadi, Nurul Sarah Abdul Kadir - selain Karim Ibrahim, Harun dan penolong jurulatih, Balamurugan.

Mengikut laporan yang bertarikh 27 September bawah tajuk PRIVATE AND CINFIDENTIAL (salah eja kot Annamalai), patut CONFINDENTIAL, Magendran dilapor sebagai berkata, Harun hubungi dia pada pagi 24 Mei memaklumkan atlet menjalani ujian perubatan di ISN. Tapi dia gagal hubungi Harun selepas itu apabila ISN maklumkan bahawa lima atlet tidak buat ujian doping, sedangkan tiga atlet - Noraseela Mohd Khalid, P. Yuvraaj dan Tan Song Hwa berbuat demikian. Harun sudahpun dimaklumkan pada 20 Mei dan 19 April bahawa semua atlet yang dijadual berlatih di luar negara diwajibkan menjalani ujian perubatan.

Keterangan Nishel (sekejap Nisal/sekejap Nishel, yang taip nama pun tak particular la), menyebut Noor Imran Hadi langsung tidak menjalani ujian perubatan, manakala lima - Siti Zubaidah, Siti Fatimah, Nurul Sarah, Yi Ling dan Norjannah jalani ujian perubatan, ujian darah, ECG dan x-ray tapi hilang selepas diberitahu buat ujian doping. Pada 26 Mei, Siti Zubaidah, Siti Fatimah dan Yi Ling menjalani ujian doping, manakala tiga lagi dianggap berada di Bulgaria. Agensi Anti Doping Malaysia atau ADAMAS dapat berita pada 31 Mei, bahawa keputusan ujian air kencing dibuat di New Delhi negatif. Pada 2 Jun, jawatankuasa pengurusan keputusan ADAMAS memutuskan:

1. Nurul Sarah, Norjannah dan Noor Imran melanggar kod 2.3 Agensi Anti Doping Dunia (WADA) kerana tidak memberi sampel air kencing. Tiga lagi atlet Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Ling juga bersalah mengelak daripada memberi sampel.

2. ADAMAS meminta KOM-POM buat siasatan. Minit mesyuarat ini dikirim kepada KOM-POM pada 3 Jun.

Siti Zubaidah dilapor sebagai berkata: Pil/kapsul berwarna merah jambu diambil sejak April 2011di depan jurulatih Bulgaria (Vasko Tsetanov Nedlyakov) selepas latihan. Harun juga nasihat Siti Zubaidah bawa sampel air kencing orang lain, jadi dia bawa sampel air kencing kawan Siti Fatimah.

Siti Fatimah pula memberitahu panel dia ambil pil berwarna hitam anabol loges sejak Januari 2011, selain pil merah jambu tiga kali seminggu sejak kehadiran Vasko. Tiga botol pil herba bernilai RM350 dibekalkan oleh seorang bekas pejalan kaki dan Siti Fatimah mengambil pil herba. Siti Fatimah juga bagitahu perbualan Karim, Harun dan atlet terbabit di Serdang Steak House pada 24 Mei dirakam dan CDnya dalam simpanan Mumtaz Jaffar.


Noor Imran bagitahu panel dia tak pergi ujian kerana tidur di rumah kawannya di Damansara dan akhirnya ujian doping di Bulgaria negatif.

Harun, apabila ditanya panel kenapa dia tidak mempertahankan atlet jagaannya sedangkan media sudah melaporkan kes itu, hanya diam dan tidak menjawab soalan. Selain itu dia kata dia hanya beri anabol loges dan centrum dan multivitamin kepada atlet, untuk recovery atau memulihkan tenaga.

Karim kata ISN tiada hak buat ujian doping di luar pertandingan secara rambang kerana tiada pemberitahuan secara bertulis. Ditanya kenapa ada atlet jalani ujian doping, ada yang tidak, Karim kata kerana yang jalani ujian ditemani jurulatih masing-masing.

Rumusan panel siasatan dapati ada elemen syak wasangka yang boleh ditimbulkan terhadap Harun atas beberapa sebab, antaranya:

1. Dia diam dan tidak memberi penjelasan mengapa dia tidak mempertahankan atlet ketika nama mereka disiarkan dalam media

2. Bertanggungjawab mengarah atlet elak ujian doping.

3. Jikapun jurulatih tidak ada atas pelbagai sebab, Harun sepatutnya mengarah mana-mana jurulatih atau wakil untuk menemani atlet ketika menjalani ujian doping.

4. Pil dan kapsul yang diberi oleh Harun dan Tsetanov menimbulkan syak wasangka.

Hasil siasatan panel ini, Harun dikenakan hukuman gantung setahun...

Bersambung...

8 comments:

HSKAMAL said...

Hi Bro Rizal,

Aku syorkan agar semua pegawai sukan di KOM-POM -(eeee, malunya gelar pegawai sukan negara)diberikan suntikan pil hayal dan pasangkan lie detector machine untuk mendapatkan kebenaran.

Si shahidan pula, hari tu muncul kat s.board menggunakan ugama untuk mencerminkan diri seolah-olah dia pemimpin yg warak. - betul ke dia warak dan berwisdom?

Tebal betul kulitnya. Masih nak tegahkan tali tug of war yg berat gila...hehehe.

Apa hal dgn PM najib, buatlah sesuatu yg boleh selesaikan kemelut ini... sukan kita semangkin lama semangkin kebelakang with all the donkeys around...

In-house panel tak boleh pakai. Mereka tiada hak untuk menentukan apa2 memandangkan rumah mereka seperti tong sampah.- busuk gila!

Biarkan isn and msn untuk menjalankan siasatan dan rekomen tindakan sewajarnya.Pandangan Dato zul dan Dato ramlan boleh pakai guna kot? Dato ramlan sudah pasti boleh.

Penat betulah dgn org2 KOM-POM ni... Boleh tak kita mummifiedkan mereka dan simpan kat musium negara untuk dijadikan sejarah bagi generasi2 yg akan datang. Mereka sama dgn firaun,degil dan enggan mengaku kesesatan mereka dlm sukan tanahair.

Taubatlah cepat2 sebelum wabak melanda kamu semua.

Anonymous said...

akhirnya nama harun juga yang busuk dan nama karim dibersihkan oleh konco-konconya

ZLATANERA x said...

cobaannn

Elyas Nik Yasin said...

Pengerusi Panel tu brader Karim. Mestilah buat laporan yang tidak membabitkan Karim walaupun banyak tuduhan dan pendedahan dibuat terhadap Karim. Tak caye cuba tengok rekod soal jawab ketika inquiry itu. Aku gerenti dia orang tak berani bagi rekod tu. Ini semua wayang kulitla bro.

POM kena dioverhall la bro. Eh eh..macam kereta proton aku lah yang nak kena . Atau lagi baik tukar enjin. Lagi baik tukar kereta lain..hah!

POM kena tukarla jadi Persatuan atau 'OLAHRAGA MALAYSIA' = OM. Macam Taekwando la dari Persatuan dia jadi TM. Tukar pemimpin dan sistem perwakilan.

Anonymous said...

Salam. pelik betul dgn pemimpin kom-pom nie.Satu malaysia dah muak dgn mereka..berhenti jerlah bagi org luar ambil alih..buat malu bangsa jer.

Anonymous said...

Abang Rizal,
Cara Shahidan ini tak baik lah bang. Dia ni Pandai kowtim orang. Biasalah orang politik. Kalau pi miting dia aku gerenti dapat duit kurang2 pun rm 200. Macam mana orang politik ni banyak duitye?

Macam kawan you dulu Azalina. Bukan main kaya dia.

Hah sekarang aku dengar dah ada pemimpin sukan ikut style Shahidan. Bagi duit dulu kat reporter. Mana tak ikutnya. Kemana dia pi fuyooh semua ikut. No 1 biasala mestilah Arena.

Anonymous said...

laporan daripada panel siasat TIDAK begitu jelas tetapi dirangka bagi sedap sahaja| Soalan saya adalah:
1. Bagaimanakah seorang Jurulatih engan memberi arahan atau nasihat kepada atlet asuhan beliau?
2. Harun ada pernah ke Bulgaria beberapa kali termasuk ke Norway. Bukanke beliau arif dan tahu tentang prosidur WADA sewaktu Doping dijalankan ?
3. Jurulatih peribadi atlet adalah bertanggungjawab penuh terhadap DOPING bagi atlet dan bukan melarikan diri daripada hakikatnya ?
4. Pil berwarna pink atau hitam diketahui oleh Jurulatih peribadi, makaitu, mengapa Jurulatih tidak memberikan pil tersebut kepada ISN bagi menjalankan ujian terlebih dahulu.
5. Karim Ibrahim yang sering gaduh dan tidak secucuk dengan ISN atau NSC mustahil akan elak ujian kerana dia pun seorang bekas atlet WP dan tahu tentang Doping.
6. Siapake dia bekas atlet Jalankai yang rupanya timbul dalam siasatan panel? Mengapa panel heret beliau menjawab soalan yang melibatkan dia ?
7. Bolehke ahli-ahli Panel boleh di percaya sedangkan mereka yang banyak adalah kawan dan lawan si Karim sewaktu di KOM-POM? Kurang pasti tentang kesahihan dan isi laporang. Pasti Harun tahu mengenai Doping dan mengasut atlet elakkan nya kerana diapun mahu pergi bersiar-siar di Bulgaria., la

Anonymous said...

Karim sebenarnya adalah seorang pegawai sukan yang amat berjasa kepada KOM. Beliau juga tak pernah sesekali pun setahu saya, memilih jalan yang salah ketika berkhidmat di KOM. he s an innocent man.....piiiiiiiiii dah!!!!