Tuesday, February 14, 2012

Yunus salahkan Karim

Anggota kuartet 4x400m yang menang emas di Sukan SEA di Palembang November lalu, Yunus Lasaleh, antara 58 individu yang menandatangani petisyen mendesak Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyingkir timbalan presiden, Karim Ibrahim.

Anak jati Sabah itu turut menggemparkan arena sukan negara dengan mendedahkan bahawa dia mengambil  dadah perangsang atas arahan Karim. Baca laporan the Star di sini. Semalam sekumpulan atlet dan jurulatih beramai-ramai "menyerang" KOM dan presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Baca laporan Utusan Malaysia (gambar sebelah) di sini



Baca catatan blog ini pada 6 Januari lalu Apakah ini skripnya. Skripnya lebih kurang sama.

28 comments:

Anonymous said...

Presiden pn sama je...dia pn kena letak jawatan skali (kalo gentle la)...dia spttnye pantau semua org trmasuk timbalannya...kegagalan n kesalahan ini harus dipikul pleh presiden jugak...kalo timb bt salah, presiden harus tanggung sama...pls shahidan, you shld resign also...

kemahkemim...

mimya said...

aduyai....sukan di negaraku.x abih2 dgn isu dalaman dan politik, baik olahraga,badminton,takraw,bola,dan lagi dan lagi dan lagi....

aku meluatlah...dan aku haramkan mana2 bahagian duit tax yg aku bayar yg disalahgunakan oleh org2 mcm gini.

sukasukan said...

Salam bro,

Drama KOM semakin menarik tp memang dh dijangka krn semuanya didakwa berpunca oleh seorang yg bernama Karim Ibrahim.

Karim adalah director filem pembikinan KOM sampai Penerbit Shahidan pun tak tau apa yg terjadi di set penggambaran.

Versi belum edit (un-cut version) filem kategori 18SX ini apabila dh berada di pasaran, sepatutnya mrk yg terbabit perlulah mengundur diri...takkan x paham lg kecuali mukanyer memang muka tak malu mcm Karim Ibrahim yg sblum ini memang tak pernah malu pun dengan segala tindakannya.

Saya x dpt bayangkan apa jenis punya org la kalu Karim ada hati lg nk bertanding untuk next election KOM tak lama lg. Lebih malang lg kalu ahli KOM masih lg memilih Karim untuk berada dlm badan onduk itu selepas semua babak lucah filem KOM adalah menurut arahannya.

Tp secara jujur, sayangnya filem KOM ini, atlit yg menjadi mangsa krn dalam kes ini diarah berlakon filem lucah yg akhirnya digantung drp berlakon buat beberapa tahun. Pengarah dan penerbit pula tak kena apa-apa hukuman dengan matlamat, dua tiga tahun lg orang akan lupa segala-galanya.

Susahla kalu ada org mcm Karim Ibrahim ni, dpt datuk lg pulak tu, krn sumbangannya hanya untuk pembikinan filem porno je yg tidak bermoral.

Penerbit pun kena la bertanggungjawab, jgn men lepas je kat director buat sesuka hati.

So skrg, tgk apa dh jadi.

P/s: Sdr Rizal pun bintang juga, bintang Astro Arena, nasib bek bukan bintang filem porno.

Anonymous said...

BRO - letihlah hari-hari dengar isu masalah sukan kat Malaysia. Negara lain makin maju - kita pula makin mundur kat belakang. Afrika pun dah jauh maju dan PRO. Pegawai2sukan kat sini ramainya yang MANGKUK AYUN belaka.............

Anonymous said...

Presiden pon kena letak jawatan..cukuplah..bila Boss LEMAH TAK ADE PENGALAMAN TAK PAYAH LAH NAK PEGANG jAWATAN TU..CUKUP LER!!..Pegang jawatan politik dah ler...itu pon belum tau lagi tu boleh menang ke tak dlm PRU13...Bagi orang yang lebih layak ler...

Inilah kalau politikus pegang jawatan dalam organisasi sukan..bukan politikus jer..yang Golongan yang lebih tinggi dari itu pon tak payah la pegang jawatan dlm sukan...bagi kat orang Professional ler....

Kurast said...

Apa hebatnya jurulatih dn pegawai dari Bulgaria tu? Sape yg lantik harus bertanggugjawab!

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

emas sukan olimpik.
emas sukan asia.
emas sukan sea.
KOAM>KOM sama je...gaduh tak pernah habis.
Atlit semakin kurang.
Apa cerita?

Tiger Mizie said...

Drama ciptaan dan arahan Karim mmg sudah dijangka oleh rakyat Malaysia. Sayangnya Presiden aka penerbit drama yang berpengalaman seperti Shahidan Kassim. Kalau masuk Anugerah Skrin confirm menang.
Pendek cerita, secara bermoralnya, Shahidan pecatlah Karim dan laporkanlah pada badan olahraga antara bangsa. Bila kes selesai disiasat, Shahidan undurlah diri. Jika kemudian nak tomoi karim, tomoi lah..

Anonymous said...

Kalau semua resign,siapa nak belanjakan duit RM500k setahun dari Octagon tu?

Anonymous said...

ahli politik yang pegang kebanyakan persatuan jadi semuanya di politikan dan nak cari keuntungan politik sahaja

Ibrahim K said...

Semua yang saya lakukan untuk KOM telah mendapat restu dan pelepasan drp Presiden saya. Jadi tak payahlah nak salahkan saya seorang. Malah seluruh AJK KOM tahu tentang apa yang berlaku dlm KOM sejak bertahun-tahun dulu. Ini nothing new la. Cuma nasib kurang baik kali ini sangkut ujian rambang. Tapi takpe. Kami di KOM akan mengatasi masalah ini dengan mengambil tindakan terhadap atlet yang telah membawa kemaluan yang besar kepada Malaysia.Tak payahlah nak gunakan coach dan atlet2 untuk paksa saya dibuang. Presiden saya tak Akan buat begitu. Sebab dia pun tahu the whole story. Nanti kalau saya buka mulut, semua kena.

Rancangan rapi budak bujang tu takkan menjadilah. Jangan sesekali dia ingat orang tak tahu ini angkara dia. Atlet2 pun dah bersuara siapa dalang yang ajar buat petisyen. Tunggu dan nantikan respon drp kami.

epain said...

bukan Karim sorang je kena resign...semua...

sebab selama ni, Karim mampu terus berdiri dlm KOM sebab ada backing kuat drpd yg lain...

N DS Shahidan pulak umpama x de pilihan...1 vs 10...so kena ikut ckp yg 10...

tiba masa utk KOM dibentuk semula...

Anonymous said...

Hoi Ibrahim K 5.24 pm itu wang 500 ribu setiap tahu apa Lu buat ah?

IbrahimK: itu lah yang saya nak pecah lubang ni

Maksud lu?

IbrahimK: ssshhhh...sini tak boleh cakap la, mau cakap kalu mesti dengan izin la

Sudahlah! Cepat bilang..mana itu duit?

IbrahimK: Pandai makan Pandai simpanla blader.

Anonymous said...

Ibrahim K @ Karim Ibrahim...podah!! Chait!!! Baik lu belah la dey!!! Lu menyusahkan dan membusukkan nama sukan Malaysia da. Pi da dey!!

Ibrahim K said...

Halo blader 11.29, kalau you minta PM pun tak jalan tahu. Saya hanya boleh disuruh letak jawatan oleh Mesyuarat EGM. Kalau u rayu kalu mungkin saya akan pertimbangkan.
Jangan suruh atau paksa. Semua baik dan cemerlang yang saya lakukan semua sudah lupa. Ini lah orang Malaysia punya budaya. Ptuii

Anonymous said...

The whole KOM should be revamped. This doping revealation is a major embarrasment for Malaysia.

Anonymous said...

Dengar cite KOM buat penyiasatan guna Jawatankuasa dengan dipengerusi oleh bekas hakim yang dikenal pasti KOM. Dikenalpasti oleh siapa pulak ni?

Hancur bang hancur

Ibrahim K said...

Saya sepatutnya tak hantar pasukan 4x400 tu. Walhal mereka tidak dipilihpun ketika mesyuarat pemilihan di MOM. Tapi pasal saya kesian kat atlet dan last minit kawan baik saya SU MOM bagi hantar, saya pun hantarla. Tak sangka pula nak jadi macam ni. Mula2 saya kena sound pasal tak terima pingat di Palembang. Ok la tu. sekarang bertambah berat lagi. Hai..cubaan

tokman said...

Sebenarnya KOM patut ada mesyuarat agung tergempar dan tukar jawatankuasanya termasuk Presidennya sekali yang tidak ada minat dalam olahraga!

Anonymous said...

Kenyataan Ibrahim K Feb 16 11.52PM kiranya nak tunjuk yang dia hero la tu...chait podah la dey.. ptui

Anonymous said...

Halo Dato' Ibrahim K, aku kesian kat engkau la Dato'. Baru dapat Dato, dah nak kena tarik balik. Takde rezeki la bro.

Kantoi said...

Bro, I dengar cite Harun yang kena gantung tu akam dipanggil balik oleh Presiden. Aku dengar dia takut ter keluar cerita bahawa dia juga terlibat. Ya la macam mana nak jawab kalau orang tanya siapa biaya Doctor Bulgaria tu? Takkan la Prsiden dan AJK KOM tak tahu menahu kehadiran doktor tersebut. Rupa2 nya Presiden takut dia diheret sekali. Lebuh2 lagi Doktor tu tak ada pelepasan untuk kerja atau work permit. Sebagai doktor kenalah daftar dgn MOH. Huh ISN pun tak tahu akan wujudnya doktor tersebut. Nampak gaya No1 dan No2 kena get out!

Berapa gaji doktor tu ye? Duit siapa yang dia orang guna? Kalau guna duit KOM namanya CBT kan? Tak baik tau

Takda Izin said...

Bro, itu Harun Rashid sudah kelentong engkau la. Dia kata kononnya dia nak tumpu perhati SPM anak dia dan belum bersedia nak ambil tugas. Poodah, Shahidan dah lantik dia untuk jawatan lain bro. Cuba you chek sendiri. Dia pastikan dia tak sebut Presiden terlibat sekali dalam DI bersama you bro. CELAKA

Ibrahim K said...

"Takda Izin" cakap tepat sekali. Sekurang-kurangnya Ada juga hamba Allah yang tahu isu-isu.

mimya said...

bro rizal,cuba usahakan panggil datuk karim ibrahim masuk rancangan "dengan izin".kalu berjaya jemput...kami serah pd lu bro utk jalankan tugas.kasi kow2 punye.

lan_sensei said...

kesimpulannya satu ja...presiden x brani ambil tndakan sbab presiden pun sama2 ada kpntingan pribadi dalam KOM....sbb tu apa yang timbalan buat semua dia cover....kalau ikut logik presiden perlu buat kenyataan sebab kes ini melibatkan kredebiliti beliau sbagai pmimpin....kalau lepas ni presiden dan naib presiden terus teraju KOM...harap semua atlit dan jurulatih terus boikot KOM...biar presiden ngan timbalan dia main lumba lari dua orang....

Anonymous said...

No 1, No 2 dan kroni kroni tolong get out!. Tak lama lagi PesuruhjayanSukan Akan guna kuasa beliau untuk gantung KOM. Baru padan muka kedua-duanya.

Muaklah aku tengok dia orang ni nak pegang kat jawatan. Aku dengar dulu bila tak dapat jadi MB dia pergi tendang2 pintu istana. Samsenglah tu.

Berapa dia mahu. Renang dia, olahraga dia, kabaddi dia, nasib baik tak masuk FAM..alahai..aku give up dah nak cite pasal bangang ni. Engkau cubalah buat sesuatu.

Anonymous said...

Kalau Ada kuasa politik, PJS tak berani ambil tindakan rupanya..