Dalam mencari jalan menghapus hantu KOM KOM yang membelit tengkok Kesatuan Olahraga Malaysia, jom tengok watak-watak di sebalik kesatuan ini.
Selain menjadi presiden KOM, Shahidan Kassim presiden Asum, bola Perlis, kabbadi, dulu pernah jadi presiden petanque ...Terajui KOM sejak 2006 selepas menang dari Sipadan
KOM kalut tapi Shahidan dulu Ada hati nak pimpin MOM, dan kononnya sudi lepas jawatan kalau persatuan kucar-kacir. Amacam, ada sudi lepas jawatan sekarang atau KOM bukan kucar-kacir, setakat kucar saja? Dulu Panel Penasihat Sukan ada sebut, seorang individu tidak wajar pegang jawatan dalam terlalu banyak persatuan. Mungkin syarat ini harus diselitkan dalam pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997. Dia kata Astro Arena tak jemput dia, agaknya lupa dia suruh aku makan nasi goreng telur mata lembu di Wisma Bernama, dengan Karim Ibrahim jadi saksi berserta bekas wartawan the Star, A. Subramaniam, bagaimana aku meminta lampu hijau daripada Shahidan untuk beri izin Karim muncul dalam Dengan Izin. Politikus biasanya ada selective memory...
Karim Ibrahim, bekas kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia, menewaskan N.A. Baskaran untuk jawatan setiausaha KOAM pada April 1993. Baskaran frust, nasib baik jadi pegawai di Majlis Olimpik Malaysia. Karim selalu menyalahkan jurulatih asing dari Russia dan China dan bertekak dengan Majlis Sukan Negara (MSN). Sudahnya apabila Edwin Ozolin dan Sergei Sidorenko, dua jurulatih olahraga yang memiliki kedoktoran, dianggap tidak layak kerja untuk KOAM, mereka diserapkan ke dalam program pembangunan olahraga di SM Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Kajang cetusan idea Mazlan Ahmad dan Zaki Abdul Rahman dari MSN. Antara yang lahir dari projek itu Noraseela Mohd Khalid, Nazmizan Muhamad, Malik Tobias, Zaiful Zainal Abidin, Moh Siew Wei dan Roslinda Samsu. Dalam program Kafe Sukan, Akbar Sahari tanya apa program pembangunan KOAM, Karim cerita sejarah olahraga negara, habis aku cantas dan cakap Encik Karim tidak menjawab soalan Akbar! Selepasdia jadi setiausaha, antara yang tersingkir daripada KOM termasuk Dr M Jegathesan yang tewas kepada peguam A. Mahendran dengan hanya tiga undi pada pemilihan dramatik pada 1995, apabila Khalid Yunus mengundi dirinya sendiri untuk menewaskan Syed Aidid Syed Murtadza. Tidak ramai ingat kontroversi makan angin Pulau Pinang-Singapura-Pulau Pinang atas kapal Langkasuka yang akhirnya dibatalkan dan diadakan di Genting Highland. Siapa di tengah-tengah isu itu? Kini Mahendran mewakili Karim berikutan pendedahan Yunus Lasaleh! Zaman Karim jadi setiausaha dan Mahendran jadi timbalan presiden, KOAM hilang tajaan EON dan Resorts World.
Mumtaz Begum Abdul Jaffar dengan aku rapat dulu kerana dia melatih Watson Nyambek selepas Daniel St Hilaire ditamatkan kontrak tidak lama selepas Sukan SEA Jakarta 1997, jadi Watson harapan rakyat untuk buat sesuatu di Sukan Komanwel 1998. Mumtaz juga dulu pernah disebut-sebut menjadi ketua kepada program AsiaKom yang diperkenalkan oleh Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan 2004-2008. Mumtaz cukup pemurah dan banyak membantu atlet duduk di rumah dia tapi juga suka mengutuk orang. Macam mana aku tahu? Pasal dia bagitahu aku lah...sekejap dia kutuk MSN, sekejap MOM...selain satu ketika wanita terpantas Malaysia dengan catatan 11.84s dalam 100m, ramai yang tidak tahu apa yang berlaku apabila sekumpulan atlet negara berlatih dua bulan di Jerman. Tapi baca kecoh dan kontroversi
dan insiden di Kiel, Jerman, 1985
Dalam mesyuarat KOM baru-baru ini, Mumtaz menimbulkan isu hos Dengan Izin menggesa Kementerian Belia dan Sukan dan Pesuruhjaya Sukan mengambil tindakan terhadap KOM! Lalu sepucuk surat daripada KOM dikirim ke Astro Arena mengharap hos Dengan Izin menarik balik kenyataan demi kebaikan sukan olahraga! Dia memang cukup marah sejak blog ini mendedahkan bahawa Rosmah Mansor letak jawatan selaku penaung YAKEB. Peliknya sekarang Rosmah dah jadi penaung balik selepas Mumtaz tidak lagi jadi pengerusi eksekutif yayasan itu.
S.O. Appan, M.Iyaru dan R. Annamalai mengelilingi Shahidan. Iyaru dari Perlis dan Annamalai dari Pahang, pernah mencabar Karim untuk kerusi setiausaha.
Pelajar sekolah pertama mencatat bawah 50 saat dalam jarak 400m dengan memenangi pingat emas pada MSSM di Terengganu dengan catatan 49.1 saat pada 1973, Harun Rasheed Othuman menang pingat emas 4x400m Sukan SEAP 1973 dan Sukan SEA 1977. Membimbing antaranya Sajaratultudur Hamzah, Nordin Jadi, Joseph Phan, G. Shanti, Abdul Rahman Koyakutty dan Hamberi Mahat. Dikenakan hukuman gantung setahun kerana didapati bersalah mengarahkan enam atlet tidak memberi sampel air kencing untuk ujian doping berkuatkuasa 12 September 2011. Ini susulan mesyuarat tergempar Majlis KOM pada 2 Oktober di Kangar, 9 Januari di Bukit Jalil dan mesyuarat khas KOM pada 3 Februari. Namun Harun percaya dia tidak patut dikenakan tindakan itu. Baca laporan New Straits Times yang memetik program Dengan Izin.
16 comments:
mintak saudara rizal bongkar apa iyaru wat kat perlis...hehehe...!! satu lg perkara pelik yg anak buah karim buat...
sungguh amat...!!!mintak rizal bongkar apa iyaru wat kat olahraga perliss...anak buah karim bro...hahaha...
Kemelut KOM, atlit yang jadi mangsa. Bila nak maju, kalau asyik dok berperang. Kalau berpanjangan, mana ada ibubapa nak sokong anak-anak mereka terlibat dengan sukan olahraga.
Tak ada nak tulis hala Johor FA dan Johor FC ke tuan?
Tertarik bila membaca laporan akhbar NST dahulu....bekas ketua jurulatih nampaknya tak layak....HR...awat diam dulu....pasal duit masuk kan? skrg duit tak masuk bising!. Tuan reporter unggul.....Laroi 49.1 tidak menjadi petanda jurulatih yang bagus....satu atlit yang dihasilkan sr akar umbi? soalan ini kepada semua jurulatih kebangsaan Helicopter....terus jadi jurulatih kebangsaan...tapi tak berani kerja dgn akar umbi!
politikus mostly sama je ideology...manage all the issue dgn cara politiknya...KOM, KAFA, PBSNT & etc...
Apapun, semua harus dibongkar..n aku rase respect sgt ngn team Astro Arena (termasuk RH) yg berani n lantang membongkar isu2 panas ini..
Aku harap semua isu ini ada jalan penyelesaian n makesure!!! RAKYAT semua diberitahu siapa KUCING KURAP disebalik semua ini, siapa yang menjadi mangsa dan siapa2 yg terlibat..Jgn separuh jalan je sampai ianya terus dikuburkan begitu saja..
DAto Shabery seharusnya campur tgn secepat mungkin.. Lg di tangguh, lg parah Kucing2 kurap ni cuba menutup najis yg telah mereka buat.
kemahkemim....
Lucius...bagi Mamat Tanpa Izin ni korek cerita JFA / JFC dulu la..Skrg jom kita kutuk ramai-ramai hantu KOM KOM ni...
kalu ada teloq, meh tampil beri penjelasan.counter balik apa yg rizal tulis.kalu ada teloq larr....
Pelajar sekolah pertama mencatat bawah 50 saat (49.1 saat) MSSM..dulu pakai catatan tangan la.. tak terkejut aku..tapi ..aku pernah belek buku cenderamata MSSM puluhan tahun dulu ada pelajar bawah 12 tahun catat 11.6 saat untuk acara 100 meter.
Tak hebat mana lah Harun Rasheed sebagai athlit.. Sukan Sea 1977 Sukhninder Singh yang menjadi hero dlm acara 4x400 meter..Harun Rasheed pelari ketiga mendapat baton paling awal daripada pelari kedua malaysia mendahului sampai kat dia kena potong dengan pelari Thailand..Sukhninder Singh yang jadi penyelamat ..aku ingat lagi tengok live kat tv
aku pelik kenapa KBS dan suruhanjaya sukan masih x bertindak. kalau bukan kes yunos pun, KBS dan Suruhanjaya sukan kena ambil tindakan keatas hasil siasatan kes lari dari doping. dah sah2 si karim ni dalangnya. aku rasa termasuk rancangan dengan izin oleh RH, dah lima kali syabery ucap "saya boleh guna kuasa menteri" tp sampai skrg x guna pun. dia nak tunggu lg 10 org atlit positif baru nak guna kuasa menteri dia kot. pelik bin mushkil.....ari ni kat berita harian syabery kena jumping smash dgn syahidan. nak tengok refleksi syabery bagus ke dak atau syahidan dpt mata penyudah.....
majoriti pemimpin2 baik sukan atau politik di malaysia tak dpt betulkan apa jua keadaan yg menimpa sukan dan politik negara.- Kenapa begitu?
Kalau mereka ini bersih dan amanah, bolehlah mereka betulkan keadaan. tetapi malangnya depa semua pun 2 kali 5 juga. Sebab tu depa tak dapat buat apa2...pot calling the kettle black hahaha...
Mcm nak correct org lain apabila kita sendiri bermasalah dan tangan kotor?
Dari dulu lagi, pemimpin sehebat Tun M pun tak dpt buat apa2 terhadap org2 yg seleweng(sukan Komenwel)
Kalaulah Pemimpin2 kerajaan ambil tindakan yg sewajarnya apabila berlakunya penipuan dan penyelewengan, sudah pasti ianya akan menjadi satu pengajaran. Malangnya tiada satu pemimpin pun buat sedemikian.
Akibatnya, sukan kita menjurus kearah kehancuran.
MALAYSIA TAK BOLEH!!!
aku pelik sungguh dengan KOM ni,tak habis2 dengan masalah dari dulu,kepada sahidan,kalau dah tak boleh handle persatuan tu baik letak jawatan saja.Tak payahlah nk gila kuasa semua persatuan kau nak handle,,kau dah tahu yang timbalan kaulah punca segala kemelut ni pun kau buat bodoh saja,macam kayu!lagi kau nak simpan ke karim tu!!aku rasa kau ni tak serius nak pimpin persatuan ni,kau ni gila kuasa saja,,kalau kau tahu erti MALU kau letak jawatanlah,,banyak lagi orang yang boleh pimpin persatuan ni,,selagi kau dan adik karim kau ada kat persatuan ni alamatlah persatuan ni hancur berkecai,,dah macam ni pun lagi nak bertahan!
Presiden, timbalan, Get Out!
PJS kena hantar Surat tunjuk sebab suspen KOM. Lepas tu suspen saje. Menteri lantik Jawatankuasa utk perbetulkan keadaan dan baik pulih sukan olahraga dan kembalikannya ke zaman kegemilangan.
Kalau Ada anugerah penyapu untuk persatuan sukan macam di Selangor dulu, pemenangnya sudah pasti ...
at least rizal jujur didalam mengulas isu ini bukan macam sesetengah blogger yang dok sanjung karim
Post a Comment