Friday, February 10, 2012

Fenomena bernama Safee

Safee Sali sudah jadi satu fenomena di Indonesia sehingga muncul dalam Opera Van Java. Dengan statusnya sebagai jutawan bola sepak negara yang pertama, Safee sudah cipta sejarah. Begitulah rezeki buat seorang bintang yang sentiasa berpijak di bumi nyata, merendah diri dan tidak lupa daratan.

Aku bertuah kerana mengikuti kerjayanya menerusi pelbagai perspektif - sebagai seorang wartawan, pegawai media dan akhirnya pengulas di televisyen.

Masih segar dalam ingatan aku apabila Safee sekadar memanas bangku simpanan pada kejohanan empat penjuru membabitkan Brazil, Portugal, Korea Selatan dan Malaysia bergelar International Youth Cup pada Mac 2003. Itu adalah kejohanan sulung pertama K. Rajagobal (sekarang bergelar Datuk, kalau tak tulis takut dia marah) sebagai jurulatih Bawah 21 negara.

Skuad pelatih pertama menampilkan tiga penjaga gol - Sani Anuar Kamsani,, Mohamed Al-Hafiz Hamzah dan Mohamed Helmi Eliza Alias, anggota benteng K. Linggam, Fakharuddin Shah, Mat Saiful Mohamed, Mohamed Rahman Zabol, Mohamed Fairul Izwan Zaini, M. Ravinthiran, pemain tengah Fadzli Shaari, Firdaus Mokhtar, Ghazali Zamil, Azwira Zainal, Saiful Adli Mohamed, Mohamed Khairol Naim, R. Surendran, Harizal Izwan Abdul Rani, Firdaus Daud, Norisham Hassan, Tengku Alias Tengku Ibrahim, Armanzairi Johan, penyerang pula Nik Zul Aziz Nawawi, Safee, Affandi Zam Zam dan Fairus Montana Zainal Abidin. Kemudian Noor Zaidi Rohmat, Yosri Dermaraju dan Rudie Ramli disenaraikan.

Tak silap aku Raja bubuh Rudie dan Surendren sebagai dua serangkai penyerangnya. Dua bintang team itu Fadzli selaku playmaker dan budak Terengganu Tengku Alias, pemain tengah bertubuh kecil yang bermain dalam posisi Amar Rohidan dan K. Gurusamy hari ini. Rudie dan Fadzli sebelum itu berkampung tidak lama di SV Wehen, Jerman.

Daripada pemanas bangku simpanan kepada jutawan dalam masa sembilan tahun, Safee kekal sebagai mesin pencetak gol, seperti yang kutulis dalam Rembat Kosmo pada Januari 2011.

Banyak juga gol menarik daripada Safee yang aku tontoni secara "live" tapi aku susah hendak lupa dua aksinya - beberapa saat selepas masuk menggantikan Surendren, Safee merampas bola di kaki Du Wei lalu menolak hantaran tepat kepada Akmal Rizal Rakhli yang tenang menyempurnakan peluang dengan sidefoot kanannya untuk mengikat China 1-1 di Wuhan pada pusingan kelayakan Olimpik, Mac 2004. Pada Februari 2006, sambil membuat larian Safee meledak gol sulung antarabangsanya dari luar petak penalti ketika anak buah Norizan Bakar tewas 2-1 di Auckland. Ini antara memori yang terpahat dalam minda tatkala tidak terakam dalam wikipedia mahupun youtube!

Apa saja kesudahan suasana politik tidak menentu dalam Liga Indonesia, aku percaya Safee sudah ada escape clause yang menjamin masa depannya.



Safee boleh fikir kerjaya baru?



Memori indah lima gol Safee sepanjang Piala AFF 2010



Tidak terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bukan bererti kegagalan buat Safee




Safee mesin pencetak gol

NAMANYA sepatutnya Shafie tetapi kesilapan ketika proses pendaftaran pada 1984, dunia kini mengenalinya sebagai Safee Sali.


Seluruh Asia Tenggara mengenali Safee selaku penggempur yang menggegar rantau ini dengan ledakan lima gol - dua menerusi tandukan, dua rembatan kaki kiri dan satu sepakan mudah dalam laluan Malaysia dinobat juara Piala Suzuki AFF 2010.


Namun perjalanan anak kelahiran Kajang yang dibesarkan di Tapah mengikut bapanya seorang anggota polis itu tidak semudah disangka.


Sebelum menabur bakti menjaringkan gol untuk semua jurulatih kebangsaan - daripada Allan Harris, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Sathianathan dan K. Rajagobal, Safee terpaksa bangkit daripada kegagalan.


Bersekolah di Tapah dan seterusnya mengikuti program sekolah bola sepak berasrama di SMK Gunung Rapat di Ipoh, Safee menyertai ujian pemilihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada 2000.


“Ketika itu saya cuba memikat perhatian untuk memasuki Tingkatan Empat di SSBJ. Tapi panel jurulatih yang diketuai Ron Smith menggugurkan saya. Saya menyertai akademi Kuala Lumpur dengan bersekolah di SMK Cochrane, sekolah yang turut melahirkan Azman Adnan,” kata Safee.


Ditanya cakap-cakap mengatakan dia jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari, Safee berkata:


“Saya menonton permainan arwah menerusi kaca televisyen dan klip lama tapi saya rasa permainan saya berbeza. Lagipun arwah Mokhtar nama besar dan seorang legenda.”


Pada usia 19 tahun, Safee terpilih membintangi kesebelasan Kuala Lumpur dan menduduki tangga kedua senarai penjaring Liga Perdana pada 2003 dengan 11 gol.


Penampilannya mendorong jurulatih Bawah 21 kebangsaan, Rajagobal, untuk menggandingkan Safee dengan Fadzli Saari pada Kejohanan Jemputan Antarabangsa Empat Penjuru pada 2003 membabitkan Brazil, Portugal dan Korea Selatan.


Itu detik pertama Safee bekerjasama dengan Rajagobal, biarpun pasukan Bawah 21 negara tewas kepada Brazil dan Korea Selatan.


Tidak lama kemudian, Harris menyerapkan Safee ke dalam skuad pra-Olimpik. Biarpun banyak memanaskan bangku simpanan, Safee adalah faktor penting, bahkan tampil selaku pemain gantian, merebut bola daripada kaki lawan sebelum membuat umpanan tepat bagi membuka ruang buat Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyamakan kedudukan mengikat China di Wuhan pada 2004.


Terpilih dalam skuad pra-Sukan SEA kendalian Bisckei pada September 2005, Safee digugurkan menjelang temasya di Manila.


Hanya apabila dipilih oleh Norizan untuk lawatan dua perlawanan ke New Zealand, Safee menyambut penampilan sulungnya dengan jaringan dari luar petak penalti pada Februari 2006.


Dalam Liga M, Safee berhijrah ke Sarawak, terus meledak 11 gol pada 2005 sebelum kembali ke Selangor ketika dalam proses pemulihan akibat kecederaan lutut pada lewat 2006.


Pada Pestabola Merdeka 2007, Safee menyumbang empat gol, berganding di sisi Zaquan Adha Abdul Radzak, Khyril Muhymeen Zambri dan Norshahrul Idlan Talaha ketika anak buah B. Sathianathan menjulang gelaran sempena 50 tahun kemerdekaan negara.


Setahun kemudian Safee meneruskan sentuhan depan gol, menyumbat jaringan menarik ketika menentang Iraq, Nigeria dan Republik Ireland sebelum meledak lima gol pada Pestabola Merdeka 2008. (Aku jadi pegawai media kejohanan)


Tiga gol di Sukan SEA Korat 2007 dan dua gol lagi pada Piala Suzuki AFF 2008 di Phuket menyerlahkan hakikat Safee pakar mencium peluang. Penyudah tajam, rembatan padu, pakar tandukan, larian pantas - ciri-ciri yang dipamerkan dalam mengumpul lima gol sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2010.


Ringkasnya, Safee mesin pencetak gol terbaik negara.


Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari, 1984, Kajang
Keluarga: Isteri Sabarina Yusof, anak
Norsyaza Syaqina, Norsyasya Sofirna
Pasukan: Kuala Lumpur, Sarawak, Selangor
Pencapaian: Juara Piala Suzuki AFF 2010, Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol, juara Liga Super bersama Selangor 2009, 2010, juara Piala FA 2009, juara Pestabola Merdeka 2007.


Aku cakap Safee pilihan automatik dalam pasukan kebangsaan. "Saya percaya nama pertama yang tertulis dalam senarai Rajagobal ialah Safee Sali"...pada rancangan Kafe Sukan secara langsung di Lagenda 17 milik Zainal Abidin Hassan.

16 comments:

MatRock said...

Pertama kali aku tengok budak ni masa dia main untuk Sarawak. Game lawan mana tah aku dah tak ingat tapi di Stadium Negeri Kuching la...Bawak bola dari tengah padang dan sempat akalkan 3-4 pemain lawan sebelum lepaskan satu sepakan padu mcm kilat. Keeper hanya sempat main tengok jer bola tu sangkut kat jaring.
Dalam hati, aku kata ..."fuyo budak ni macam arwah Mokhtar la...."

Anonymous said...

bro rizal..
bagi sy safee sali striker dah bertaraf asia..nape pihak safee tak trail dgn kelab2 K league , J league atau kat arab2 sana..bekas player sabah dulu scot ollew ada sebut, player jgn tunggu offer dr kelab2 yg ada tp kena sendiri pergi trail dgn kelab2 yg ada...
sorang lg striker yg ada ciri2 mcm safee skrg Hazwan Bakri dr HM pn dtg team KL mcm safee dulu..
baru2 ni ada nonton S league antara
HM v Gombak Utd mng 2-0..satu prkara yg sy nmpk betul2 tak puas hati ttg fizikal player HM..
bro rizal...mntk tlg la ketengah kn isu ni dlm mana2 prjumpaaan dgn
panel kejurulatihan bola d malaysia ni...bro cuba lihat fizikal keeper HM kita skrg ni..napa la trlalu rendah sangat..
tlg la cari fizikal yg betul2 sesuai utk keeper...jika kita nak brsaing di peringkat asia, benda2 ni semua kena di ambil kira..kalau sy sebagai striker lawan pun tak gerun jika dah lihat saiz fizikal keeper malaysia..mintak tlg org yg berkenaan ttg pemilihan pemain ,carik la yg betul2 ada fizikal yg sesuai !!!!!!

Anonymous said...

Great write up...
Just hope that fifa would not ban him from playing for Malaysia.

Anonymous said...

jarang2 kita lahirkan player yang bagus seperti Safee Sali. ayuh jangan berhenti setakat Liga Indon, usaha terus utk beraksi di Liga yang lebih mencabar seperti Liga J atau K

Anonymous said...

Aku suka tengok dia ipadang..tapi geraf dia naik agak sedikt terlewat dan dipenghujung karier...alangkah baik jika baru berumur 20 tahun..

SATU LAGI RIZAL...AKU HARAP PENGULAS BOLA KAT ASTRO ARENA TU, TAK ADE ORG LAIN KER?..CARI LAH YG PROFESSIONAL SKIT YANG ADA 'SEPCIFIC QUALIFICATION' ..INI NTAH APA2 AZLAN JOHAR DAN NAZZAD HIZAN TU..TAK LAYAK LANGSUNG...SUSUN AYAT BERCAKAP TAK PANDAI PON..MERAPU..MEMBEBEL SYOK SENDIRI MENGULAS....MENGULAS MENGGANGGU KONSENTRASI JER PENONTON KAT TV..NTAH APA2 LAA...BAIK PERGI HANTAR KURSUS MENGULAS DULU..TAK HENTI2 BERCAKAP....Banyak mengulang bercakap guna patah perkataan yg sama..CUKUP...CUKUP..CUKUP...SAYA RASA......BLA..BLA...

Anonymous said...

apa ada pada safee.. dpt bola hantaran matyo saja.. matyo la wahai mata malaysia.. celik sket

Anonymous said...

anonymous 10.38pm,

safee pakar jaringan, matyo pakar mencipta gerakan. banyak pasukan minat matyo tapi annuar musa tak bagi lepas...

Anonymous said...

safee dgn matyo sama2 handal ,
dua2 ada kelebihan trsendiri
cuma matyo tak mahu keluar dari
kepompong liga M skrg ni..dia dh
abis handal dlm liga M..masih
muda 25 time ni kena fikir utk
cari cabaran baru d luar sana..
jgn pergi jauh2 test dulu dlm
liga K ka J ka...jika masih dgn
liga M lagi org luar tak kan
napka talent yg ada pada matyo..
ikut mcm safee berani berhijrah
walaupun d liga Indon..dulu
lepas kita juara AFF ada sorang
pegawai trtinggi FAM buat ulasan
ada cadangan pihak FAM nak
3 player APEK , SAFEE n MATYO
utk trail dgn kelab2 liga J tp
sampai skrg pun senyap je
cerita tu..ckp je lebih...harap
matyo ikut mcm safee main liga
luar M'sia..!!!!

Cikgu Wilter said...

Safee memang berada dalam kelas yang tersendiri dalam arena bola sepak. Memang hebat.

Tentang pengulas Atro Awani tu memang menyamphlah org yang sama aje dijemput...

Anonymous said...

Bang kenapa (Aku jadi pegawai media kejohanan) nak kena tulis besar besar?

Adakah abang sepower Safee Sali?

rizal hashim said...

anon 1.01am, font besar pasal nak bezakan dengan story.

mimya said...

tiada perkataan lain yg gua boleh gambarkan ttg safee - "HEBAT".full stop.

tp benar kejayaan ni hadir pd umur beliau sudah agak lewat.bolehlah bantu utk safee bermain di liga2 lebih hebat namun pulangannya kpd negara maybe hanya setahun dua sahaja.yg perlu kita titik beratkan utk beri bantuan adalah player2 muda agar mereka boleh bermain di liga2 luar.pemain2 spt apek,nazmi faiz,wan zack,syahrul azwari dan fadhli saas perlu dibantu.sayanglah andai mereka habih had umur utk HM, then masing2 pergi bermain utk negeri masing2 dlm liga malaysia yg x seberapa ni.

come on FAM...tolonglah sesuatu.

Anonymous said...

Sy setuju dgn komen mengenai kualiti pundit bolasepak Astro yang seperti tak lulus Bahasa Melayu. Sy lebih suka dengar komentator Bahasa Inggeris (Jika Ada) ataupun baik bagi Shebby je ulas.

Maaf lari dari topik. Ape2 pun, Safee tetap bagus :)

lumba2 said...

bab pengulas tu mmg aku sokong sgt2.. azlan johar tu sapa? rs2 time jd player pon biasa2 sj. kacau kosentrasi org tgk bola ja. ASTRO ARENA pls cr org yg berbakat sket...

Anonymous said...

bab pengulas 2.. aku pun setuju... kalu Nazzab yg jadi komentator x abeh2 duk support ayat shaukei kahar "ye, memang benar.. bla.. bla.. bla... duk cite hal player tuh" bukan duk cite game yg tgah bejalan...

epain said...

tngk profile safee...

antara kejayaan ialah Piala Nike n MSSM...

Tapi dimanakah Piala Nike n MSSM sekarang?