Isnin, lalu, 1 Ramadan, aku singgah di Wisma FAM. Tujuan bersembang dengan Datuk K. Rajagobal bagi mengetahui isi hatinya selepas kecundangnya anak didiknya di tangan Singapura.
"Who do you want to see?" katanya.
"You lah Datuk," kata aku.
"
How come you didn't call me first?"
"I want to see you and discuss face to face."
"
I'm going out for an appointment...how long?"
"Not long, 10-15 minutes."
"
Come, come inside...what else do you want to know, you've already written...macam tahi"
"Itu macam tahi I wrote in general term la Datuk."
"
OK what, you have been writing for 20 years, write la...is this for Kafe Sukan ka? You think I don't know, you speak like this, Akbar will speak like that...in the end tarok sama saya, saya ingat ah if you and Akbar played against the women players in futsal also you cannot beat..."
"Hahahahahahahahaaaaa"
So Datuk, the fans are angry and they cannot accept the defeat..
"You also cannot accept what...how many times do I need to tell you? We have to be patient. My objective is always from the outset to qualify for the Asian Cup 2015. The pre-World Cup came into the equation as a learning process...
"But Datuk, we lost to Singapore la, Datuk, not giants in Asia like Japan, Korea, Uzbekistan...some more we are the AFF Cup winners, SEA Games gold medallists..."
"Yes but the scenario is different. It is the pre-World Cup where the intensity and pressure are different...the rivalry is also intense.
"You cakap pasal defence since the game against Taiwan, but you kept faith in the same personnel?"
"We make changes not in terms of personnel but in training...do you know Rizal, I fine the players if they slackened or performed below par...RM1,000 each recently for a few...
"What do you do with the money?"
"We buy them stuff, presented to them after fun games during training sessions. If I can change the rules, I wish I can change 10 players in one game...but we can only change 3...Sometimes your players deliver, sometimes they do not meet expectations...
The players you mentioned in your blog, what have they done for the country? Have they won anything?
"Tak da" but in terms of international experience, they have in abundance! They could have provided the stability...
I used the same defence during the AFF Cup...
What if they perform below par, should you not make changes?
Can you explain your reluctance to use Ashaari Samsuddin and Baddrol Bakhtiar when they have a good scoring record?
Fuh panjang, daripada cadangnya nak duduk 15 minit, aku mendengar penjelasan Rajagobal lebih satu jam, sambil turut mengiringi dia ke keretanya...bagaimana aku "disekolahkan (meminjam istilah Datuk Hamidin Mohd Amin) oleh Raja...
Dalam ruangan gelecek Rembat Kosmo! minggu lalu, aku tulis
MINGGU lalu, buat julung kalinya FIFA menganjurkan upacara undian pra-Piala Dunia membabitkan semua zon kelayakan.
Orang kenamaan, legenda dan semua jurulatih terkemuka dunia hadir di Rio de Janeiro untuk majlis gilang gemilang itu.
Sayang sekali disebabkan kegagalan pasukan anak buah Datuk K. Rajagobal di tangan Singapura, Malaysia kempunan menonjol, memasar dan membawa nama negara ke mata dunia di saat media satu dunia bertumpu ke tangan-tangan yang mengambil kertas dari
dalam balang.
Sekalipun Malaysia bergelar jagoan rantau Asia Tenggara disebabkan kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA di Laos 2009 dan Piala AFF 2010 hasil bimbingan Rajagobal, Jalur Gemilang tercicir daripada acara berprestij di Brazil, sebaliknya nama tiga negara jiran, Thailand, Indonesia dan Singapura, diperagakan ke seluruh dunia.
Masih ramai dihimpit mimpi ngeri itu, hinggakan perbincangan hangat dalam dunia siber turut mendesak Rajagobal dipecat daripada kerusi panas berkenaan.
Namun penulis percaya Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) tidak akan melatah. Ura-ura melantik pengarah taktikal atau pengarah teknikal juga tidak harus timbul.
Ini kerana FAM sudah ada pengarah teknikal, Lim Kim Chon, yang ditugaskan merangka pelan pembangunan jangka panjang di peringkat akar umbi.
Jawatan pengarah taktikal pula tidak pernah wujud dan tiada jurulatih dalam dunia yang mahu urusannya dicampur tangan orang lain, kecuali jika FAM mahu Rajagobal melapor diri kepada seorang penasihat teknikal pasukan.
Bagi penulis, kita harus membiarkan Rajagobal menjalankan tugasnya, biarpun di
mata ramai bekas penyerang Selangor itu tersilap percaturan ketika Singapura dibiarkan membolosi benteng negara sebanyak enam kali dalam tempoh lima hari.
Dalam satu pertemuan eksklusif dengan penulis baru-baru ini, Rajagobal mendedahkan beberapa perkara yang jarang diperkatakan selain menjelaskan pemilihan pemain yang dipertikaikan banyak pihak.
Ikuti temu bual itu di muka 8-9.
Sekalipun Rajagobal menjawab soalan dan kritikan, penulis berharap dia terbuka kepada penilaian dari semasa ke semasa kerana sesiapa yang membawa pasukan kebangsaan berdepan
cabaran yang sama.
Bukankah bekas jurulatih Vietnam, Henrique Calisto, dijulang ibarat wira hinggakan wajahnya diletakkan di poster Ho Chi Minh pada 2008 tetapi jasanya dilupakan apabila gagal pada edisi 2010?
Nama Rajagobal terpahat dalam tinta emas kerana kejayaannya di Sukan SEA dan Piala AFF, satu pencapaian hebat yang belum pernah dicatat mana-mana jurulatih. Tetapi sudah menjadi tugas Rajagobal membentuk pasukan tanpa bergantung kepada sejarah dan prestasi lampau.
Sekalipun dia kerap menyebut sasarannya layak ke Piala Asia 2015, dia bukan
ditugaskan menjaga projek khas. Adakah pasukan kebangsaan tempat mengasuh bakat dan mendedahkan pemain?
Namun kita harus faham objektifnya murni dan dia ada dua tahun untuk mencapainya. Bagaimana pula jika anak didiknya gagal di Piala AFF tahun depan dalam laluan untuk ke Australia 2015? Kita harap tidak demikian tertulis skripnya.
Salam hormat,
Rizal.
INI HASIL TEMU BUAL DENGAN RAJA
TIADA BIBIT PENYESALAN: RAJA
Pengarang Rembat Kosmo! Rizal Hashim, menemu bual jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, yang dikecam hebat selepas skuad negara kecundang kepada Singapura 4-6 secara agregat pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia, baru-baru ini.
Rembat Kosmo! Bagaimana Datuk lihat kecaman yang dilemparkan berikutan kegagalan pasukan negara ke pusingan seterusnya pada pra-Piala Dunia?
Datuk K Rajagobal Saya berasa sesetengahnya melampau dan tidak memahami senario bola sepak kita. Dari awal lagi saya menekankan bahawa sasaran saya untuk pasukan ini layak ke Piala Asia 2015. Kelayakan Piala Dunia hadir di tengah-tengah perencanaan kita. Kalau anda masih ingat, sejurus kita menang Piala AFF, saya tegaskan sasaran saya 2015. Sebab itu saya minta peminat dan penyokong agar faham kekalahan di tangan Singapura bukan titik noktah pasukan ini.
Adakah Datuk fikir sudah menggunakan sepenuhnya tenaga dan modal insan yang ada? Bukankah pra-Piala Dunia satu tugasan penting?
Kalau kita analisis betul-betul kombinasi yang ada, inilah pilihan yang saya ada. Ada beberapa nama yang dicadangkan oleh anda sendiri tetapi apa yang mereka lakukan selama ini? Empat pemain pertahanan yang tewas kepada Singapura adalah anggota yang menjulang Piala AFF. Juga lihat senarai kecederaan, antara yang terkeluar daripada percaturan saya Sabre Mat Abu dan Nasriq Baharom. Memang benar, pra-Piala Dunia satu tugasan penting. Saya sendiri menekankan pentingnya mencipta sejarah, sebagaimana pasukan ini menamatkan penantian untuk pingat emas Sukan SEA, mara sejauh pusingan kedua Sukan Asia sejak 1978 serta muncul juara Piala AFF buat julung kali. Tiada siapa mahu kalah. Kekalahan ini, biarpun pahit untuk ditelan, harus dilupakan.
Rata-rata peminat kecewa kerana pasukan negara bukan tewas kepada gergasi seperti Jepun, Uzbekistan atau Korea Selatan, tetapi negara jiran.
Peminat harus faham tradisi permusuhan Malaysia dan Singapura. Situasinya juga berbeza. Tekanannya berbeza. Anda juga harus ingat, saya bukan mahu memberi alasan tetapi kita hilang tiga tonggak pada saat genting, iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Abdul Radzak. Singapura juga dibarisi pemain berpengalaman selain daripada tenaga “import” mereka.
Bukankah Datuk menyebut masalah pertahanan sebagai lubuk untuk tiga atau empat perlawanan sebelum pertemuan dengan Singapura, mengapa tiada perubahan dibuat?
Saya buat perubahan bukan dari segi pemain tetapi menerusi latihan. Saya dan jurulatih lain sudah banyak kali memberi tunjuk ajar dan memperbetulkan cara bertahan. Tapi anda harus faham, kadang-kadang pemain memenuhi harapan, kadang-kadang tidak. Asraruddin (Putra Omar) masih berdepan masalah tidak konsisten tetapi jika menemui sentuhannya, memiliki kaki kiri yang boleh mengumpan, rajin dan bersemangat. Kadang-kadang dia ada beri “spark” atau sentuhan inspirasi, kadang-kadang tidak. Anda sebut mengenai Norhafiz Zamani Misbah, bukankah dia kapten pasukan pada Sukan Asia di Guangzhou tetapi kemudian dia
tercedera lama? Satu perlawanan menentang Chelsea yang dalam mode pra-musim dan tidak bermain 100 peratus bukanlah pentas yang ideal untuk mengukur kemampuannya. Faktor masa juga tidak mengizinkan. Berapa kali pula S. Subramaniam menghabiskan perlawanan musim ini?
Singapura, Indonesia dan Thailand mara ke pusingan ketiga tetapi kita sekadar menjadi penonton. Ada bibit kekesalan?
Tidak. Kita kalah dan kita harus terima kekalahan walaupun ia pahit. Misi belum disempurnakan!
Boleh Datuk cerita serba sedikit pemilihan kesebelasan permulaan dan kenapa Datuk seolah-olah berat untuk mengambil risiko dan memberi peluang kepada mereka yang cemerlang dalam liga?
Kita ambil contoh Amar Rohidan, tugasnya fetch and carry, lindungi benteng, buat bentesan, agresif. Shakir Shaari pun saya tahu kemampuannya. Saya beri dia peluang ketika menentang Myanmar dan dia beraksi baik. Kemudian saya teliti prestasinya dalam latihan. Saya juga ambil kesempatan dedahkan ramai pemain ketika bertemu Arsenal dan Liverpool kerana saya cuba berlaku adil kepada semua pemain dan mahu melihat sama ada mereka ada intensity atau kekuatan untuk mengharungi perlawanan antarabangsa. Ismail Faruqi (Asha’ri) adalah nadi Terengganu. Dia ambil sepakan percuma, dia ambil sepakan penjuru. Tekniknya kemas. Ketika menentang Liverpool dan Singapura, dia tunjuk bibit-bibit potensi, termasuk ada peluang menjaringkan gol. Kalaulah dia jaringkan gol, barangkali dia jadi wira dan susunan formasi serta taktikal saya tidak dipersoalkan. Saya juga sedar kita harus optimumkan kelebihan Ismail dan kemudian mengubah sedikit wajah pasukan pada babak kedua. Saya memilih 4-4-2 dengan menggandingkan Safee (Sali) dan Abdul Hadi (Yahaya) kerana memburu gol awal. Hadi penjaring terbanyak liga dan dia pandai membuat larian-larian yang baik serta jaringkan dua gol biarpun baru mewakili pasukan negara tidak sampai lima perlawanan.
Di saat pasukan menagih sentuhan kreatif memburu dua lagi gol, Datuk memilih memasukkan K. Gurusamy, seorang pemain tengah bertahan, dan Ahmad Fakri Saarani untuk membantu serangan, bukannya Ashaari Samsuddin dan Baddrol Bakhtiar, dua pemain yang sudah ada rekod menjaringkan gol?
Dalam kita memburu gol, bukankah kita terdedah kepada serangan balas pantas daripada lawan? Sebab itu saya masukkan Gurusamy menggantikan Ismail Faruqi. Dalam sekelip mata juga saya memutuskan menggunakan Fakri, bukan Baddrol atau Ashaari. Itu keputusan yang saya buat. Ashaari adalah pemain yang berat menyerang, sebab itu saya guna S. Kunanlan yang laju dan rajin turun naik, sebagai pilihan pertama di kiri bagi membantu Asraruddin. Baddrol saya bagi peluang menentang Liverpool. Percayalah, saya dan Tan (Cheng Hoe) dan Faozi (Mukhlas) yang menghabiskan siang malam dengan pemain, meneliti prestasi ketika latihan dan menghakimi permainan, akhirnya saya buat keputusan berdasarkan merit.
Tidakkah Datuk mencuba kombinasi lain?
Dalam latihan, kami cuba pelbagai kombinasi. Anda tidak tahu saya pertimbang letak Aidil sebagai pemain tengah bertahan untuk menentang Liverpool, manakala Ashaari untuk bermula di kiri manakala Kunanlan di kanan pada pertemuan kedua dengan Singapura. Banyak yang bermain dalam benak saya.
Bagaimana pula Sharbinee Allawee Ramli dan Khairul Fahmi Che Mat?
Saya mahu semua penjaga gol saya bekerja keras tanpa mengambil mudah kedudukan mereka. Kita ada tiga penjaga gol yang lebih kurang sama standard mereka. Sharbinee dipersalahkan kerana bocor lima gol tetapi ketangkasannya menyelamatkan beberapa percubaan seolah-olah dinafikan. Biarpun Fahmi berdepan masalah peribadi, mujur dia fokus dan cemerlang pada pertemuan kedua.
Apakah yang boleh kita garap daripada kegagalan ini?
Kegagalan ini sebenarnya memberi ruang kepada saya meninjau prestasi pemain dan meluaskan kelompok pilihan saya. Saya mahu lihat beberapa pemain sama ada mereka boleh bermain di pentas antarabangsa. Kita lihat pemain seperti Rizal Fahmi (Rosid) memiliki kekuatan tubuh tapi harus didedahkan lagi kepada perlawanan antarabangsa. Saya jangka antara 20 pasukan yang layak ke pusingan ketiga zon Asia tentu memerlukan “sparring”.
Sesetengah pihak menyebut perlawanan persahabatan dengan Arsenal dan Liverpool ibarat pertunjukan sarkas.
Mereka berhak mengeluarkan pendapat masing-masing tapi bagi saya ia satu ujian buat pemain. Kecederaan yang menimpa Norshahrul dan Aidil boleh kena bila-bila masa. Yang penting pemain belajar, melihat sendiri hasil sentuhan bintang-bintang itu bagaimana hantaran tepat, umpanan lintang dibuat dalam menyempurnakan peluang.
Kita terlepas enam perlawanan bertaraf A berikutan kegagalan ke pusingan seterusnya dalam pra-Piala Dunia. Bagaimana Datuk melihat cabaran 2012?
Kita ada misi mempertahankan Piala AFF dan seterusnya menempuh kelayakan Piala Asia 2015 pada 2013. Anda atau sesiapa tidak perlu beritahu saya bila waktunya saya harus pergi, saya jurulatih profesional, jika saya gagal, saya tahu bila mahu letak jawatan.