Tahniah diucapkan kepada Datuk Mohid Mohamed, yang kini menjawat tugas KSU KBS. Timbalannya pula bekas timbalan Pesuruhjaya Sukan yang juga bekas pengarah penguatkuasa JPJ, Datuk Salim Parlan.
Mohid
Salim
Yasin pula bakal memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Sukan bulan depan selepas menerima pelantikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Cuma satu harapan aku...agar Datuk Yasin, orang Johor yang boleh berbicara Itali, tidak segan mengambil orang yang cekap dan berfikir untuk menolongnya mengukuhkan struktur pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS). Orang yang pintar biasanya mahu diri mereka dikelilingi orang yang bijak pandai. Tapi ada juga manusia yang bukan saja lupa jasa orang bahkan hendak tekan lagi individu yang dianggap ancaman. Golongan manusia macam ini biasanya suka lantik Punahsihat, bukannya Penasihat.
Yasin
Tapi aku percaya Datuk Yasin ni, seorang yang cool dan tidak mudah melatah, bukan tergolong dalam kelompok manusia gemar punahsihat.
3 comments:
bang, mohid tu kroni azalina
muhid dulu kroni azalina
Lepas satu KSU jadi PJS dan buat kecoh dlm badan sukan kini masuklah seorang lagi. Jawatan PJS ni tempat KSU-KSU yang pencen cari makanke? Malaysia memang boleh!
Post a Comment