Saturday, October 16, 2010

Setuju atau tidak dengan jadual Liga Super?

Komen MatRock ini disiarkan dalam posting Apa Nak Jadi.

UCAPAN setinggi-tinggi tahniah dan syabas kpd para cerdik pandai JKPT FAM kerana selepas memerah otak selama hampir 3 jam, maka satu resolusi yang bernas dicapai.


JKPT telah membuat ketetapan mulai musim 2011, semua perlawanan liga super akan diadakan pada setiap Isnin dan Jumaat, manakala waktu sepak mula terpulang kpd pihak FA negeri sama ada memilih jam 5.00 petang atau 8.45 malam.


Seandainya cadangan main pukul 5.00 ini menjadi kenyataan, maka saya dengan rendah diri ingin menarik diri dari menonton liga tersebut atas sebab-sebab:
1. Isnin dan Jumaat merupakan hari bekerja saya dan habis kerja pukul 5.00 petang (selepas tu nak kena amek anak sekolah pulak)
2. Jika saya pergi ke stadium selepas selesai (1) di atas, confirm stadium dah kosong dah...


Saya yakin dan penuh percaya, walaupun hanya saya seorang saja yang tidak dpt dtg ke stadium, tetapi dengan jadual baru ini, puluhan ribu penonton lagi akan berduyun-duyun memenuhi setiap inci ruang stadium yang sekaligus akan menyaksikan matlamat JKPT itu tercapai.


Sekian dan harap maaf kerana tidak dapat bersama kalian pada tahun depan.


MatRock

25 comments:

Unknown said...

Mr Rizal,

I've been called to express and respond to this issue.

I'm totally disagree with the decision to shift the fixtures on weekday evening. That time is not suitable to most of the fans bcoz of working hours that u already stated.

I'm totally surprise with the decision. The reason that current fixture clash with EPL is absolutely nonsense. Stadium empty is not 100% due to the EPL fixture and shifting to weekday fixture is to make it worst that already it is.

In my opinion, there are many reason to attract fans to come to stadium.

1) The fixture be played at Saturday 5pm and play 8.45pm during weekday

2) FAM should copy private company ideas which is organise some kind of football fiesta (ie:- futbol safari) before the game begin

3) give away free ticket one a wk at least to encourage student school to watch Msian league.

There might be more ideas that can be channel, i believe. But, unfortunately the decision that has been made is surely be regret by some of the commissioner.

The changes still can be made if they realize the -ve impact on the decision that they already made.

Emmet Muhamad said...

cadangan bermain hari jumaat dan isnin masih boleh di terima. walaupun nampak agak mengarut.

tapi cadangan bermain pd pukul 5petang, CUKUP MENGARUT MERABAN!

game hari jumaat? mungkin sesuai untuk negeri kedah, kelantan dan terengganu, kerana hari jumaat merupakan hari hujung minggu di negeri berkenaan.

tapi, pasal pukul 5ptg tuh, tak payah nak mengarut lah wahai FAM. Hari cuti pun orang nak pergi, ni lagi lah penat-penat balik kerja. Lagi lah tak ada orang nak pergi.

cadangan bermain pada hari jumaat dan isnin, masih boleh diperbaik, tapi cadangan main pukul 5, maaflah. tak dapat terima.

buatlah kalau nak buat stadium yang biasanya ada 50 orang, menjadi terus sunyi sepi!

Anonymous said...

Heheheheh pedasssss

Din Tokai said...

Bagi pihak anak saya yang berumur 15 tahun (yang tidak pernah missed bertandang ke Std Darulaman), saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf dengan kata-kata yang beliau keluarkan semasa menonton pengumuman perubahan jadual ini dlm tv baru-baru ni.

Perkataan yang beliau keluarkan ialah..." Depa ni tak sekolah ke ayah?"

Haresh Deol said...

I'm all for 5pm...but not on a weekday lah. Common sense yo.

Sigh!

Joe said...

Sdr MatRock, saya pun akan bersama sdr... Goodbye FAM

Anonymous said...

Memang cadangan paling bernas. Tiket confirm sold out nanti....

zack Haikal said...

Mengapa EPL dijadikan alasan? Ikhlas cakap, saya lebih utamakan liga tempatan drp EPL. Jika dua2 teams pilihan saya main serentak, liga tempatanlah yang menjadi pilihan. EPL ada ulangan bro...

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kumpulan penyokong MSL dan EPL adalah dua kumpulan yang berbeza (walaupun tak semua....)

Ramli Ghouse said...

Jika EPL dijadikan penyebab, apakah semua stadium kita melimpah ruah sampai ke luar stadium semasa SEMUA liga utama dalam dunia ini melabuhkan tirai mereka baru-baru ni?

Unknown said...

Ini lah masalah setiap kali bila sesuatu rombakan berlaku dlm organisasi. Barisan jawatankuasa yg baru dilantik berkobar2 nak mngubah hala tuju bola sepak malaysia. Nak tunjuk karakter “idealisme” masing2.. kononnya nak mengubah landskap yg lama kpd yg baru.. Buat “brainstorming”, meeting dan macam2.. langkah ini dipuji.. tetapi bkn dijadikan spt eksperimen...
Kalau dulu pemain import dimansuhkan, tahun 2012 akan diguna pakai semula..
Tahun depan jadual liga pula nak dirombak.. perlawanan liga super tidak lagi dimainkan pada hujung mggu tetapi dimainkan pada hari isnin dan jumaat.. Implikasi bagi yang bekerja sudah tentu memberi kesan dari segi ruang masa yg terhad apatah lagi jika perlawanan bermula pada waktu petang..
bermakna insan spt saya serta yg lain yg meminati bola sepak tempatan akan terasa kosong pada setiap hujung minggu kerana tiada lg aktiviti rutin menonton bola di stadium serta berkunjung di venue tempat lawan.. Adakah saya perlu menggantikan masa hujung minggu saya dengan menonton EPL..??? Adakah FAM cuba menggalakkan peminat bola sepak tempatan menggunakan masa mereka yg terluang dihujung minggu untuk menonton EPL..??? Ini lah dikatakan jerat memakan diri.. lama kelamaan kalau saya habiskan masa menonton EPL tidak mustahil minat saya akan beralih ke arena bola sepak luar negara..

Kesimpulan FAM perlu membuat huraian terperinci bagi setiap keputusan yg dibuat..
MENGAPA DAN KENAPA? WAJAR ATAU TIDAK WAJAR....

Anonymous said...

This would surely be the final nail in the coffin for Malaysian football.

Honestly, when they first announced this move, any reasonable Malaysian football fan on the street would have thought that the fixtures would be moved to Saturday or Sunday afternoons (mainly to save on massive electricity bills for the floodlights and to encourage more family to attend M-League matches - to avoid late nights post match travels etc).

But no. Now, there is this. Where's the freaking logic?!

We must stage an all out protest, seriously and put the right 'things' in the coffin before nailing it shut.

F3154L (Feisal)

fariq rah said...

can still be considered kalau main jam 5pm hari sabtu atau ahad... but not weekday at 5pm... tak payah pecah otak nak fikir..

pak_YON said...

Setuju dengan hari tetapi waktu permainan tak berapa nak setuju sangat walaupun diberi pilihan. Banyak pemain-pemain di Malaysia tidak gemar bermain pada waktu petang kerana panasnya yang agak terik melampau yang boleh menjejaskan kualiti permainan. Jika permainan bermula pada pukul 5,maka permainan akan tamat menjelang waktu maghrib. Lepas itu pula nak bersesak keluar dari stadium pula. Ambil masa yang lama juga.

razlan said...

Komen ini tidak memihak kepada sesiapa.

Sebenarnya sesi memerah otak dijalankan selama dua hari dan satu malam di sebuah hotel di Shah Alam manakala sesi 3 jam tersebut adalah mesyuarat JKPT.

pihak kami memang terlibat dengan sesi memerah otak tersebut dan diletakkan didalam kumpulan bersama-sama dengan Azlan Johar (sebagai pengerusi), Coach B. Sathiananthan, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Pengurus Pasukan POS Malaysia (satu-satunya pengurus wanita dalam liga malaysia), wakil dari Astro Arena dan bekas pemain kebangsaan, Kamaruzzaman.

Memang diakui, antara cadangan yang diberikan adalah mengubah masa sepakmula dari 8:45 malam kepada 5 petang untuk perlawanan pada hari minggu dan pengekalan sepakmula pada 8:45 malam sekiranya bermain pada hari bekerja. Ini bermakna bermain pada hari selasa dan sabtu bukan isnin dan jumaat seperti yang diwar-warkan. Jadi, pihak kami turut terkejut juga dengan pengumuman baru-baru ini.

Diakui juga, perubahan yang dicadangkan ini supaya perlawanan tidak bertembung dengan EPL (walaupun terdapat beberapa faktor lain yang agak penting juga. Sila lihat di bawah).

Bagi pihak kami, ini merupakan perubahan jangka pendek kerana pada dasarnya, hanya liga yang berkualiti akan menarik penonton ke stadium. Perubahan jangka pendek ini perlu kerana jika tidak dilakukan sesuatu, keadaan liga tetap masih sama lagi. Dalam masa yang sama, semua pihak (media, persatuan, kementerian, peminat) perlu merangka satu pelan jangka masa panjang yang akan dapat merubah kualiti dan meningkatkan mutu bolasepak Malaysia.

Apa yang boleh dilakukan oleh pihak media? Lebih banyak siaran sukan tempatan (bolasepak khususnya). Jangan terlalu mementingkan keuntungan sahaja. Sepatutnya, Malaysia sudah mempunyai saluran TV Sukan tersendiri (percuma/free-to-air).

Bagaimana persatuan boleh terlibat? Perlu diadakan pembangunan di peringkat akar umbi. Di setiap bandar besar atau daerah, perlu adanya liga untuk pemain bawah 8 tahun, 10, 12, 14 dan mereka ini perlu bermain setiap minggu, bukan setakat dua tiga hari dalam setahun. Bagaimana bakat hendak diasah sekiranya bermain dalam masa yang singkat? Rata-rata jurulatih yang ditemui pula mengatakan mereka tidak mempunyai 'pool of player' yang besar untuk memilih pemain.

razlan said...

bersambung

Bagaimana pula kementerian boleh terlibat? Di sini, bukan KBS sahaja yang perlu terlibat tetapi juga Kementerian Pelajaran. Kedua-dua kementerian ini perlu lebih kerap duduk semeja bagi merangka plan pembangunan sukan malaysia.

Bagaimana ibubapa boleh terlibat? Pastikan anak-anak dibawa ke padang sukan, bukannya kompleks membeli belah pada hujung minggu. Terapkan kepentingan dan minat terhadap sukan kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu terlibat dalam persatuan sukan di peringkat bandar atau daerah. Wakil-wakil di dalam FAM datangnya dari Persatuan Negeri. Wakil dalam Persatuan Negeri datangnya dari Persatuan Daerah/Bandar. Lihat di mana kita perlu lakukan perubahan? Setakat kutuk, marah dan caci tidak akan membawa ke mana dan kita akan tetap berada di takuk yang lama.

Pihak persatuan peminat dan penyokong telah dijemput hadir ke sesi memerah otak tempoh hari tapi hanya satu yang hadir - Kelab Peminat dan Penyokong Bolasepak Perak. Mana pergi yang lain?

Antara kebaikkan sepakmula jam 5 petang pada hari Sabtu selain daripada tidak bertembung dengan EPL(Saudara Rizal Hashim, saya pasti perkara ini telah dipersembahkan pada Tuanku Sultan sebelum ini):

1) Sewa stadium lebih rendah kerana tidak menglibatkan penggunaan lampu limpah.

2) perlawanan tidak perli ditunda sekiranya lampu limpah tidak menyala.

3) Penyokong dan pemain pasukan lawan boleh sampai balik ke negeri mereka sebelum 12 malam kerana perlawanan tamat pada jam 7 petang. Namun berkecuali dengan penyokong pasukan dari pantai timur yang bertandang ke pantai barat atau sebaliknya.

4) Keluarga dengan anak-anak kecil dapat datang kerana tidak akan mengganggu masa tidur anak-anak. Ini dapat menambah minat anak-anak terhadap sukan, terutamanya bolasepak. Walaupun rata-rata ibu bapa Malaysia yang mempunyai anak kecil tidak kisah anak tidur lambat tapi ianya akan memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.

5) Pihak media tidak terkejar-kejar untuk menghantar berita kerana dateline selalunya pada jam 11 malam. Perlawanan yang bermula pada jam 8:45 malam akan tamat pada 10:30 hingga 10:45 malam. Ini bermakna, pihak media hanya mempunyai 30 atau 15 minit sahaja untuk menyediakan berita.

6) Untuk media elektronik, berita perlawanan dapat disiarkan pada slot sukan berita utama jam 8 malam. Ini akan memberi lebih liputan memandangkan ini adalah slot utama dimana jumlah penonton adalah paling tinggi. Situasi menang-menang untuk semua terutamanya penaja.

7) Gambar lebih cantik kerana menggunakan cahaya matahari bukannya lampu limpah yang selalunya malap

8) media elektronik boleh menyiarkan perlawanan secara langsung kerana slot 5 petang ke 7 petang bukan slot utama (prime time). Slot utama TV selalunya dari 7 ke 9 malam.

razlan said...

9) Lebih ramai jurugambar dapat hadir kerana mereka tidak perlu menggunakan kamera/lensa yang mahal untuk menangkap gambar. Ini membuka peluang kepada bloggers/jurugambar amatur untuk memberikan liputan kepada perlawanan bolasepak tempatan. Untuk pengetahuan, jurugambar media/profesional menggunakan alatan bernilai RM20 ribu ke RM 50 ribu untuk menangkap gambar pada waktu malam. Manakala untuk menangkap gambar pada siang hari, harga alatan yang diperlukan tidak melebihi RM5 ribu.

10) Solat Asar masih dapat disempurnakan.

11) Tidak mengganggu masa bersama keluarga kerana selalunya masa 7 hingga 9 malam adalah masa bersama keluarga (makan malam dsb).

12) Tahap kecergasan pemain akan meningkat kerana dapat menyesuaikan diri bermain dalam cuaca panas.

13) Siaran EPL boleh ditunjuk di skrin besar selepas perlawanan tamat sebagai daya penarik datang ke stadium.

14) Acara karnival ala Jom Heboh boleh digabungkan untuk menjadikan hari perlawanan lebih menarik. Pihak penaja lebih suka dan merasakan penajaan mereka berbaloi.

Akhir kata, pihak EPL sanggup melakukan anjakan paradigma dengan menukar sepakmula ke jam 12 tengahari (jam 7 / 8 / 9 malam iaitu waktu utama di negara2 Asia) bagi menjayakan liga mereka. Kenapa kita tidak boleh berubah? Perubahan tidak akan berlaku sekiranya tiada usaha-usaha untuk mengubahnya dilakukan.

Razlan Hashim
sportsmalaysia

* saya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rizal Hashim. :-)

Ahmad Qayyum Tabrani said...

Siapakah sebenarnya yang cuai dan berbohong dalam isu ini?

Media (kerana melaporkan berita yang tidak benar), pasukan pemerah otak (kerana tidak mencatat minit dengan betul) atau pun JKPT sendiri (yang terang-terangan menolak cadangan pasukan pemerah otak)?????

Tepuk dada tanya selera....

Unknown said...

Mintak maaf saudara Razlan Hashim,

saya nak ulas sedikit point2 yg anda telah berikan:

point (1) sewa stadium mmg lebih rendah.. tapi siapa yg nak pegi menonton pada waktu petang..??? kalau stadium dah kosong nnt mana nak dapat income nak byr sewa even "rental rate" murah..

point (5) skg dah zaman IT, facebook, twitter.. saya rasa wartawan skg tak perlu nak berkejar-kejar utk m'hantar berita.. untuk jawapan yg lebih tepat mungkin wartawan sendiri yg boleh beri komen..

point (6) saya kurang faham maksud anda "memberi lebih liputan".. slot berita sukan dah diperuntukkan tempoh masa dari jumlah masa 1jam berita keudara..

point (7) cahaya matahari pada pukul 5 mmg la cantik.. tapi bila waktu hampir menuju ke pukul 7.. dah tentu malap.. itu belum lagi mengambil kira jika berlaku mendung atau hujan..

point (9)saya pasti point nie ditujukan kepada cameraman.. tapi saya sbg penyokong sememangnya tidak membawa camera.. pointless to me..

point (10)bergantung pada waktu asar yg berubah2 masa.. tapi saya lebih selesa game di waktu malam kerana solat isyak tempohnya lebih panjang berbanding asar..

point(13)tayang EPL distadium bukankah melibatkan kos..? peminat datang ke stadium utk menyaksikan bola sepak tempatan.. kami sayangkan bola sepak tempatan bukan EPL..

Point2 anda selain diatas boleh diterima dan dipuji.. tetapi perlu dikaji secara menyeluruh..

Anonymous said...

Where is Malaysian football heading to?

Just look where was the Selangor League - best in the country - before the current state fa hon secretary took office and where the league is today.

South City

Anonymous said...

LEBIH elok perlawanan diadakan PADA 5ptg hari SABTU DAN AHAD.ISU betembung dengan epl tu terpulanglah...yang untung siaran berbayar.ENTAHLAH DAH makin JUMUD rasenya pada alaf baru nie...

Baik saksikan perlawanan kat padang hospital lagi glam..

Anonymous said...

MAIN Bola kat malaysia nie untuk cari makan je...tak kemana pun..
BAWAlah pegawai dari langitpun camtu jelah...

Anonymous said...

CADANGAN Razlan..FORMULA terbaik...kanak2 akan suka di bawa stadium...dan macam2 lagi.CUBA tukar anjakan paradigma fikir positif.LEPAS ni ramai pemain muda dapat di lahirkan...

Sudin ajaib said...

Sebelum apa2, awai2 lagi saya nak mintak maaf pada sapa yg terasa sebab tulisan ni kasar siket. Saya tak pandai nak berkias2 dan berlapik2. Dan satu lagi, takyah la nak kutok2 saya pasni ok....

Kalaulah idea nak main hari isnin & jumaat dan waktu sepakmulanya jam 5.00 ni dtg drp:-
1. Pasukan pemerah otak:
Hangpa memang teruk. Idea2 hangpa memang cekai dan layak ditong sampahkan saja. Hangpa hanya dok perabih duit rakyat bayar makan minum hangpa kat hotel jer. Tapi hasilnya habok pon tadak...
2. JKPT
Hangpa lebih baik keluar segera sebelum bolasepak negara hancur luluh hanpa kerjakan... Hangpa jugak dok perabih duit rakyat bayar elaun hangpa. Ada hotak, hangpa bubuh tang lutut...

Sekian dan maaf sekali lagi....

Anonymous said...

Saya cadangkan tak payah ada Liga Malaysia.Kalau dah sibuk sangat nak tengok BPL. Tak payah perah otak berjam jam, tak payah gaduh sapa nak pegi stadium ke tidak,tak payah kecoh nak pakai pemain import ke tidak.Bila ada kejohanan, panggil jer ikut facebook ke,twitter ke atau iklankan dlm paper mcm PLKN. Sekian...

jeebsion said...

I'm sorry .. but making the floodlight and electricity bill a predicament is just childish ...

No pun intended, but discussion of such topic for 3 sad hours without representative(s) from the 'real world' is just wrong ...

This is not about the management, not about the meeting, not about the media .. but this is about the people at large ... the real people who supports the industry ..

How could you put something before the people itself?

Back to the very basics, people wanna see players who play games .. so make them meet .. PERIOD!