Aku pilih Kelantan untuk angkat Piala Malaysia 2010 bukan kerana aku peminat blogger PakMat di http://tatak-tatak.blogspot.com tapi kerana:
1. Sebagai hadiah buat majoriti penyokong Kelantan yang ghairah tapi sopan dan tertib.
2. Sebagai hadiah buat Tan Sri Annuar Musa yang membawa transformasi luar dan dalam padang.
3. Alah, NS dah menang tahun lepas, bagi chance la kat Kelantan.
4. Sebagai hadiah buat B. Sathianathan, atau ejaan sebenarnya B. Satiananthan...kerana selepas ini dia akan digantung enam bulan!
5. Sebagai hadiah buat Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang tak pernah menang gelaran besar sepanjang kerjaya
6. Kesan ekonomi buat negeri Cik Siti Wan Kembang serta menghidupkan pembangunan bola sepak di akar umbi.
So maaflah rakan-rakan senegeri ku Wan Jamak Hassan, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, Norizam Salaman, Shaffik Abdul Rahman, siapa lagi ek...dalam barisan Negeri Sembilan yang berasal dari Johor...oh L Ragesh eh?
Ingat lagi tak free-kick Indra tahun lepas?...gol tercantik final tapi dia tewas...
Nampak kasut seasoned aku tu...ah, aku tengok final view dari sini la, boleh tak? Siap ada kipas lagi tu
Dua pegawai tertinggi FAM, eh silap, reporter tu, Ajitpal (kiri) dari NST dan Eric Samuel dari the Star, penyokong tegar NS, selepas memeriksa keadaan padang...
Aidil, Wan Jamak, Abe Ya dan Indra
Aidil Zafuan dengan rambut pacak dia...boleh tanduk ke bro?
Minggu lepas bawak family tengok final bola jaring...
Konon-konon nak menyokong presiden bola jaring YB Suraya Yaakob
OK lah sebenarnya peluang cukup seimbang buat kedua-dua pasukan. Tapi aku terkejut NS mara sejauh final. Maklumlah, Zaquan Adha Abdul Radzak cedera lutut, jadi mana ada penyerang yang penetrative dalam barisan NS...Rupa-rupanya aku silap. Wan Jamak bijak catur gerak baru. Aku tak sangka Idris Karim dan Shahurain Abu Samah boleh main atas...Halim Zainal pulak matang semacam dia musim ini...Shukor Adan pulak bijak sempurnakan peluang pakai kepala atau kuis atau tonjol bola ke dalam gawang, asal gol cukuplah.
Kelantan pulak memang beza betul banding tahun lepas. Ingat lagi final tahun lalu, apabila Nizad Ayub jadi solitary striker, diapit Indra di kiri dan Norfarhan Muhammad di kanan? Khalid Jamlus dan Che Hishamuddin Hassan mula di bangku simpanan...
Kali ini, Abe Ya mesti turunkan Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha, manakala Indra dan Norfarhan di bahagian sayap. Akmal aku jangka akan masuk pada babak kedua...jika Kelantan ketinggalan, dia akan dimasukkan pada awal babak kedua...kalau Kelantan leading, dia akan masuk 15 minit terakhir. S. Chanturu pun boleh kacau Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad dan Ching Hong Aik.
Cuba analisis barisan kemungkinan Wan Jamak, iaitu Sani Anuar Kamsani, Alif Shamsuddin, Tengku Qayyum, Shukor dan Aidil, Qhairil Anwar Roslani dan Halim di tengah, S. Kunanlan di kanan dan Hong Aik di kiri, manakala Idris dan Shahurain di atas. Rezal berada dalam senarai 18 tetapi tempatnya di depan pertahanan selaku defensive midfielder akan diisi oleh Qhairil Anwar.
Kelantan pula dijangka menampilkan Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Shakir Shaari, Badhri Radzi, Indra, Norfarhan, Hairuddin dan Norshahrul Idlan.
Jadi skripnya harus berteraskan Hairuddin-Norshahrul lawan Shukor-Aidil, Kunanlan lawan Zairol Fitree, Badhri lawan Qhairil, Alif Shamsuddin lawan Indra, Tengku Qayyum lawan Norfarhan, Halim lawan Shakir dan Shahurain-Idris lawan Farhisham-Rizal Fahmi.
Jika Kelantan mahu menang, antara tugas mereka ialah:
1. Usah beri NS sepakan percuma sekitar petak penalti dan berwaspada sepakan penjuru kerana Shukor dan Aidil bijak dalam perebutan udara.
2. Zairol Fitree kena tutup ruang di belah kiri jika tidak Kunanlan mampu bikin porak peranda.
3. Kena serang belah Tengku Qayyum dan Hong Aik...Hong Aik dimamah usia, manakala Norfarhan dan Daudsu laju.
4. Shakir kena kekang Halim Zainal daripada ledak rembatan jarak jauh.
5. Farisham dan Rizal Fahmi kena pantas lindungi sesama sendiri dan tidak boleh buat silap.
6. Pastikan dapat sepakan percuma sekitar 18 ela kerana Badhri dan Indra boleh score.
7. Indra dan Norfarhan kena time betul-betul cross untuk Hairuddin tanduk...bola muntah bolehlah Matyo rebut.
8. Usah terlalu ghairah pada 20 minit pertama...
Aku harap tidak ada insiden kurang enak diperagakan. Biarlah bola sepak jadi pemenang...dan Kelantan julang piala...heheh. Baca reviu final tahun lalu di blog aku