Friday, June 18, 2010

Ofsaid atau tidak...

Kolum Garis Tepi di Kosmo!

Baca Ternanti-nanti kelibat Subkhiddin

3 comments:

kassim selamat said...

PENGULAS SUKAN KITA BAKAL MENJADI AHLI POLITIK ATAU PUN RAJA LAWAK?

Aku sudah agak lama tidak layan blog LC dan channel 801 gara-gara terkilan dgn sikap pengulas sukan yang tidak jemu-jemu menyebarkan ajaran sesat kepada para penonton.

Tidak cukup semasa siaran langsung, dalam rancangan formasi pun dia sempat menyebarkan ajaran songsangnya walaupun telah beberapa kali diperingatkan bahawa ajaran itu adalah salah.

Inilah mentaliti orang Malaysia atau bahasa paling tepat orang melayu kita. Jika sesuatu insiden itu melibatkan pengadil Malaysia, maka habis ditelanjangkan mamat tu. Tapi bila ref luar buat benda yang sama, dia boleh kata pulak keputusan ref luar tu betul.

(Secara tak sengaja) tertekan channel 801 baru2 ni, aku terkejut dengan sikap seorang pengulas yang tiba-tiba bertukar menjadi sesumpah. Dia kata keputusan pengadil Afrika selatan lwn Mexico yang batalkan gol tu betul. begitu juga keputusan pengadil L. Krishnan semasa selangor lwn Johor Fc tempohari. Aku masih ingat mamat ni la yang bagai nak rak kutuk L Krishan semasa live dan juga dlm rancangan Formasi.

Sebagai public figure, anda juga berkewajipan untuk mendidik penonton dan bukannya menyebar ajaran songsang. Anda juga perlu konsisten dalam ulasan anda.

Tak gitu ZAR?

A. Kadir Jailani said...

Kalau lah pengulas ESPN tengok game Selangor - Johor FC dan faham bahasa melayu, tentu dia tersenyum sinis mendengar pengulas astro arena membebel beberapa kali ayat berikut " saya masih tidak paham dan tertanya-tanya mengapa gol itu dibatalkan sedangkan jelas masih ada SEORANG LAGI defender di atas garisan gol"

Tapi bagi aku mudah, itulah tahap pengulas yang kita ada. So nak buek camno.....

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia...

Piala Dunia FIFA sudah pun hampir tamat pusingan pertama, para pengulas sukan kita di Arena 801 bertungkus lumus memberi ulasan untuk merancakkan perlawanan tersebut setiap kali ditayangkan secara 'Live' di saluran tersebut.

Tetapi yang begitu menyedihkan dan amat mendukacitakan adalah ulasan sebilangan kecil pengulas-pengulas tersebut miskin ilmu undang-undang permainan bolasepak. Bercakap hanya mengikut apa yang dipikirkan betul tapi tidak mengikut fakta.. Bacalah buku undang-undang permainan dahulu atau bertanya kepada yang arif berkaitan undang-undang tersebut sebelum membuat ulasan. Memalukan sahaja bila ulasan yang dikeluarkan dan ditayangkan secara 'live' dan ditonton oleh semua peminat bolasepak di Asia atau dunia itu adalah salah.. Bak kata Kasim Selamat "Ajaran Songsang" dan suka menyalahkan Pengadil Perlawanan sahaja.

Inilah dia orang kita...
Mengagungkan bangsa asing..
Orang kita buat tak betul tapi bila orang asing lakukan benda yang serupa, ia adalah tindakan yang tepat.. Bahalol...

Kepada penerbit Arena 801, carilah pengulas yang berpengalaman seperti Datok Rahim Razali untuk membuat ulasan perlawanan tersebut.
Syabas Datok...

Ulasan yang diberikan kadangkalanya membina sipenonton dan menarik minat untuk menonton siaran tersebut..

Bak pepatah Melayu,
"cermin diri sebelum melakukan sesuatu"...