Saturday, June 19, 2010

Meja Bulat

Tiga minggu lalu, loose cannon dipelawa Astro Awani bagi diskusi Meja Bulat bertajuk Membangunkan Pasukan Pelapis Sukan. Perantara, Suhaimi Sulaiman, duduk semeja dengan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad, timbalan presiden Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, Rosmanizam Abdullah, orang besar Utusan Malaysia yang juga Setiausaha Persatuan Kriket Melayu Malaysia, guru muda Suhasni Hayani dan B. Ravichandran manakala loose cannon dan Ian Johan Ariff dari meja sukan Awani di Arena Media.

Antara yang disentuh - peranan Institut Sukan Negara (ISN) dan pakar sains sukan dalam mengenal pasti bakat, dasar sukan, mengurus bakat seperti Azizulhasni Awang dan sama ada kita dapat membuat quantum leap selepas ini.

Suhaimi membuka bicara dengan sistem di China yang membuka pintu kepada bakat muda sejak kecil selain ujian DNA dilakukan sebagai usaha mengenal pasti bakat bertaraf dunia sebelum melontarkan soalan kepada loose cannon. "Di China, bukan saja ada pusat untuk kecemerlangan sukan, bahkan ada pusat khas untuk mereka yang ada bakat dalam matematik, seni tari dan lain-lain," kata loose cannon.

Selain kepakaran sains sukan, kena ada technical know-how. Loose cannon mengambil contoh Edwin Ozolin, yang pernah bertugas sebagai pakar kajian CSKA Moscow. Dia datang ke Malaysia dan membimbing Noraseela Mohd Khalid, tak sebut pula Moh Siew Wei dan G. Shanti dan tidak sebut juga bagaimana Sergei Sidorenko memupuk bakat Muhammad Malik Tobias sebagai pakar dekatlon.

Datuk Wira Mazlan berkata eye for talent penting, sambil mengingatkan kita Azizulhasni dikenal pasti oleh panel jurulatih Russia dan tempatan ketika dia belum menang apa-apa gelaran

Mazlan menyebut dua teori dalam membangunkan bakat, iaitu pendekatan multi-lateral, iaitu pendedahan kepada pelbagai disiplin sukan sebelum pengkhususan dan specialisation, pengkhususan dari kecil. Ada bukti menunjukkan atlet yang terdedah kepada sukan lain pada waktu kecil dan remaja lebih cemerlang apabila mereka memilih untuk specialised.

Mazlan turut mengakui pakar sains sukan yang ada di Malaysia belum mencapai tahap yang perlu untuk membangunkan bakat.

Suhasni pula berkongsi pengalaman di peringkat sekolah. Rata-rata guru tidak mengaplikasikan sains sukan dengan betul manakala Ravichandran melihat pembangunan di China yang mentikberatkan cara mengelak kecederaan.

Rosmanizam pula berkata tiada masalah dalam mencari bakat manakala Naim mengakui pelbagai masalah dan kekangan yang membelenggu sukan Malaysia.

Loose cannon turut menyentuh kajian kaki Watson Nyambek lembik sebelah tetapi tiada kajian fisiologi untuk memperbetulkan keadaan.

Loose cannon yang diberi peluang oleh Suhaimi untuk menutup bicara, kurang yakin kita boleh membuat quantum leap jikapun mengamalkan pemikiran lateral. Keikhlasan harus mengiringi keghairahan...

3 comments:

ammboi said...

apa yang perlu diterapkan dalam pembangunan sukan (aspek pencarian / memupuk bakat baru) ialah semangat, keikhlasan, kenikmatan, yang lahir dari jiwa orang yang mahu membangunkan sukan. mereka yang berjiwa sedemikian sahaja mampu untuk melahirkan bakat baru. dengan erti kata lain BUKAN KERANA NAMA.

Yang Tahu Konspirasi.... said...

Siapakah Datuk Wira Mazlan untuk mengatakan pakar sains sukan tidak mencapai tahap untuk membangunkan bakat. Beliau serta kuncu-kuncunya yang tidak mempunyai kelulusan dalam sains sukan telah memberhentikan program Sukan Teras yang menekankan pembangunan multi lateral. Datuk, sebagai seorang pentadbir agak cemerlang...ttp dalam soal pembangunan sukan saya cadangkan datuk diam sahaja.
Bila menang hasil usaha MSN ...bila gagal minta penjelasan dari persatuan sukan.
Kalau MSN mengaku mempunyai kepakaran dalam sains sukan ....tolong letakkan CV pegawai-pegawai "dinasti" yang Datuk telah wujudkan....

Anonymous said...

Salam Yang Tahu Konspirasi...

Apa yang awak cakap ni?Kalau tak faham jangan cakaplah.Tahu ke awak apa itu Program Sukan Teras..jangan nak menghentam membabibuta aje!!Program Sukan Teras itu digerakkan oleh Datuk wira dan diluluskan oleh JK Kabinet yang PM jadi Pengerusinya..itu sebelum beliau pencen and selepas pencen iaitu semasa Dr Ramlan jadi KP and Azalina jadi Menteri diserahkan pengendalian Program Sukan Teras dibawah TS Nordin, Ahli Lembaga Pengurus MSN tapi malangnya perlaksanaan program tu yang sepatutnya mengutamakan "concerted coordination" dari semua pihak tidak berlaku seperti yang diharapkan...masa tu Datuk Wira dalam pencen hoi!!!Kalau tak tahu betul2 janganlah suka nak ujudkan konspirasi!!!