Bagaimana agaknya masa depan pemenang pingat emas 100m Sukma dalam kategori lelaki dan wanita, iaitu Syed Aliff Syed Noh dan Nurul Sarah Kadir?
Kalau ikut catatan mereka, sukar untuk kedua-duanya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Watson Nyambek dan G. Shanti! Syed Aliff yang memenangi emas Mini Olimpik tahun lalu, mencatat 10.71s manakala Nurul Sarah, pemenang pingat perak Mini Olimpik di belakang Norjannah Hafiszah Jamaluddin, menamatkan larian dalam tempoh 12.04s. Dengan corak pengurusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang tidak ada wawasan dan lebih gemar berpolitik serta bercuti ke luar negara, lupakanlah usaha memupuk bakat yang ada.
Baca di sini
1 comment:
salam bro...
Raja dan Ratu Pecut Sukma ke mana hala tuju?
Jawapnnya seperti biasa la....akan mendapt komen hampir seminggu itu akan dibuat,ini akan dibuat...mcm2 lagi la...Lepas tu habis la...KOAM akan mula keluarkan kenyataan akan mereka lah yang melihat bakat atlet ini...serabut pikir komen2 ni...Saya bukan nak salahkan sesiapa,tapi dah jadi kebiasaan mereka ini akan dibiarkan tanpa hala tuju.
Pikir2 kan lah....Ops...Karim Ibrahim boleh boleh buat sesuatu...Dia pakar segalanya..
Post a Comment