Tuesday, June 1, 2010

Eksklusif - kertas kerja Everton dikaji semula

Sebelum baca paparan eksklusif ini, sila baca Razali and Butler, May I suggest dan lagi-lagi England serta komentar yang diterima hasil posting terbabit.

Eksklusif

JAWATANKUASA Tabung Pembangunan Bola Sepak yang ditubuhkan baru-baru ini dianggotai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, bekas setiausaha agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan, bekas jurulatih kebangsaan, Ahmad Shafie, presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa dan pencinta bola sepak, Hassan Tun Sulaiman.

Dell (kiri) dan loose cannon ketika menaiki keretapi melawat beberapa kelab bagi mengkaji struktur pembangunan di Jepun. Bapa pembangunan bola sepak Kedah, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil turut menyertai delegasi itu.

Hassan Sulaiman membina pasukan Masjidiah di Muar di peringkat daerah, seterusnya menghasilkan beberapa pemain Johor, termasuk Muhidin Husin dan kapten Johor, Hassan Yahya. Hassan tidak pernah ketinggalan menyaksikan Piala Dunia sejak Espana 82. Gambar Hassan dengan penyokong terkenal Sepanyol, Manolo.

Khawari, bekas pegawai media FAM dan kini presiden SAM dengan loose cannon dalam Wisel Penamat TV1 tidak lama dahulu

Pasukan teknikal pula dianggotai Jefri Ngadirin, pengarah cawangan pelapis MSN, pengarah kejurulatihan FAM, Lim Kim Chon dan beberapa pegawai kementerian pelajaran.

Aku dimaklumkan mesyuarat bertujuan "rubber stamp" kertas kerja pasukan teknikal itu ditolak mentah-mentah. Mereka diarah kaji semula kerangkanya. Mujur ada beberapa watak keras dan berprinsip dalam jawatankuasa. Kalau tidak, RM10 juta "burn" macam tu aje.

Persoalan:

1. Kenapa pasukan teknikal tidak rujuk kepada Road Map Robert Alberts?

2. Kenapa pasukan teknikal tidak mengkaji program pembangunan yang dilakukan oleh FAM sepanjang dua dekad lalu? Kaji keberkesanannya, kemudian baru buat kertas kerja. Jangan jadi macam marhaen, mereka emosional dan tidak ada access pada maklumat dan data.

3. Kenapa buat lawatan ke Everton tanpa membuat kajian terlebih dahulu?

4. Kenapa pula nak ke West Ham (tak usah nak argue dengan aku, aku tahu sejarah West Ham dari zaman Ron Greenwood, tak payah jual nama Trevor Brooking, Frank Lampard atau Joe Cole kat akulah) atau Cardiff (tidak semestinya pemiliknya orang Malaysia kita boleh buat bisnes di sana).

5. Pada awalnya dikhabarkan jawatankuasa tidak mahu orang yang pernah bertugas di FAM menyalur idea. Mujur tidak berlaku. Kerana Dell dan Khawari tahu serba serbi sejarah dan program pembangunan yang dilakukan oleh FAM dengan kerjasama MSSM. Razali patut tahu, dia pegawai khas Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Hishammuddin Hussein.

6. Everton buat pelan kemasyarakatan sambil buat duit. Jadi tak payahlah. Lupakan saja England.


Jefri bersama pasukan teknikal di Everton (gambar diambil daripada facebook tanpa kebenaran)

Fakta:

Hanya 37 peratus pemain berbangsa Inggeris dalam Liga Perdana England. Lainnya dari Eropah, Afrika, Wales, Scotland dan home nation.

Kalau Trevor Brooking dan Steve Coppell persoal program pembangunan England, kenapa kita harus ke sana?

Corak latihan England tidak menitikberatkan sentuhan teknikal, sebaliknya fizikal.


Cadangan:

1. Aku ada corak latihan dan kejurulatihan Ajax Amsterdam online. Boleh guna ajar jurulatih bertauliah di peringkat akar umbi.

2. Ambillah jurulatih terbaik ajar anak-anak kita dari umur 8 tahun.

3. Daripada membazir wang mengisi kantung Everton, lantik seorang pengarah teknikal yang boleh buat carta pembangunan secara menyeluruh. Struktur ini harus seragam dari akar umbi hingga ke elit. Jadi duit itu boleh disalurkan membantu penganjuran Liga Mukim, Liga Daerah, atau liga masyarakat seperti Junior community league http://www.jrleague-malaysia.com/.

4. Dua bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dibawa bertemu bekas pengurus Liverpool dan kini Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Gerard Houllier. Antara cadangan - kerjasama kerajaan Perancis dan Malaysia dari sudut pembangunan, serta attachment untuk pasukan kebangsaan semua peringkat umur di Clairefontaine dan pelantikan seorang pakar bola sepak untuk mengkaji struktur bola sepak negara. Susulannya?


Depan dari kiri jurulatih Bawah 21 Perancis, Eric Mombaerts, Datuk Zolkples, Houllier dan YB Menteri. Belakang dari kanan Hisham Abdul Hamid dan Datuk Azzuddin

14 comments:

Emmet Muhamad said...

Kalau nak dibandingkan akademi everton dan west ham, akademi west ham lagi bagus. Realiti 5 orang pemain piala dunia england sekarang iaitu, John Terry, Rio Ferdinand, Frank Lampard, Joe Cole dan Defoe adalah produk west ham.

Tapi kalau nak bandingkan akademi di England dan Belanda, ternyatalah akademi belanda lagi berkualiti. Sepatutnya Malaysia ambil peluang dari penganjuran Champion Youth Cup(CYC) yang kita anjurkan beberapa tahun yang lepas.

Tapi sayang, penganjuran yang menelan wang rakyat berbilion-billion itu kurang memuaskan dari hasilnya. Bukan tidak memuaskan langsung, tapi kurang.

Fikirlah jalan yang terbaik buat semua, RM10 juta bukan sikit. Dan dengar cerita FAM nak cari lagi dana untuk menambah RM10juta tersebut. WOW, besarnya..... harap dapat hasil yang berjuta-juta-juta-juta jugak..

razorbacks94 said...

Salam,

Berikut adalah senarai akademi-akademi bolasepak berjenama 'international' yang telah bertapak di Malaysia hingga kini...

Ken Barnes
Brazillian Soccer School
Arsenal Soccer School
European Soccer School
Man United Soccer School

....dan banyak lagi...

Ini tak termasuk lain-lain akademi bolasepak untuk berbagai peringkat umur seperti PKNS,KYNS,UKRC, RSC, Little League dan sebagainya...

Dah ada kemajuan contohnya hasil daripada penganjuran Piala Sultan Hj Ahmad Shah.

My point is kebanyakan peserta2 akademi ini datangnya daripada golongan berada ataupun kelas pertengahan. Ramai lagi anak-anak bangsa yang tak berpeluang menerusi program secara teratur bermula daripada zaman pra sekolah dan sekolah rendah.THIS IS WHERE THE POOL OF TALENT IS!!

With 10MIL, kita boleh pastikan lebih ramai anak-anak mendapat akses kepada akademi-akademi ini...may be for the next 10 years or so. FORGET ABOUT 15 YEARS OLD AND ABOVE. THEY WILL FIND THEIR OWN WAY TO DEVELOP IN THE PRESENT SYSTEM.

With a big pool, we can create better competition, fierce competition will encourage solid fundamentals, solid fundamentals will elevate bar of excellence (High standards), High standards will encourage new skills,

RAW TALENT + SOLID FUNDAMENTALS + NEW SKILLS = PLAYERS READY FOR HIGH PERFORMANCE AT A VERY YOUNG AGE.

Aku yang bodoh...

Anonymous said...

Bro Rizal,

Well said. It high time the powers that be in KBS, MSN and FAM sit down with the people behind the Junior Community League - Piala Sultan Ahmad Shah. These guys just know what they are doing and have got the formula right.

Forget Schools, the way forward for Malaysian football is the private academies/soccer schools run by parents, community and ex-players who have the passion and genuine interest to see the game prosper without thinking of financial/monetary rewards.

We need more Hassan's in Malaysia, as I can vouch for his contribution to football in Muar in the 80's. Just ask Ramlan Rashid who was one of his boys in UMNO Muar team than.

Regards

ASWAD said...

Salam.....Haa...haa...haa, nampak nya kita semakin nazak dalam membuat penilaian dan juga keputusan. Sebelum ni kita sudah ada pengalaman bersama individu2 teknikal mahupun jurulatih berbangsa asing yang berkhidmat untuk negara...rata2 nya nama besar juga dalam dunia bolasepak.Mahu atau tidak, pada pandangan mata hati, saya lebih mempercayai keupayaan dan kepakaran tempatan. Dana tersebut lebih indah andai ia disalurkan kepada tujuan yg lebih manis.Anak-anak tempatan ramai yang telah dapat belajar dari jurulatih luar...sejak dari skuad Harimau lagi..apa lagi gunakan mereka sebaiknya...bila saya tgk pertandingan bola di peringkat sekolah rendah yg ada ditayangkan di TV saya amati kita ada ramai pemain yang sangat berbakat.Tetapi persoalannya..mana selepas itu...pelan komprehensif harus dibina..tak boleh cakap mulut jer...Dokumentasi kan setiap apa yang kita telah pelajari...Jika tak silap kita pernah memilih Claude Le Roy sebagai jurulatih, apa yang kita belajar dari dia.....TIADA.Apa yang dia ade selepas itu...hebat, ke Piala Dunia dia, Salah siapa? Salah kita tu....terlalu asyik dibuai oleh kenangan lalu...yg ketinggalannya kita. Jika begini sikap kita, lantik lah siapa pun sebagai penasihat ker jurulatih ker....hasil akan tetap sama. Prasarana kita dah cukup, ada ISN dan sebagainya....adekah kita gunakan sebaiknya...badan-badan bola, adakah bekerjasama dengan ISN memandangkan sukan dewasa ini memerlukan kepakaran sains dalam memperlengkapkan sesuatu pasukan. Jika kita memilih Everton harus ada fakta mengapa ia dipilih...berdasarkan kajian dan statistik yg dilakukan...bukan hentam KROMO jer...sana tolak sini cekup..Individu yang selepas ni atau konon nya sayang bolasepak harus ada JIWA la pada bola...bukan main cakap jer...buat kajian, penulisan dan dokumentasikan..baru kita tahu..apa yang salah dan betul...

Terima Kasih Zal

amar said...

aku paling setuju cadangan ketiga saudara.tu adalah aspek paling membantu bolasepak kita.biarlah kelas atasan dan pertengahan menunjukkan jalan dulu.sedikit demi sedikit barulah ada kesedaran di semua lapisan masyarakat.

Azmi said...

Dear Rizal,

I agree that the English have failed in their youth development. The lilleshall programme [which i personally saw as a success and had dreamt of joining.. (hahahah, ni wet dream waktu baca Shoot, FourFourTwo & Match dulu)]was scrapped.

Development by clubs are restricted by geography...

Too many foreign players (as young as 12) are drafted into their academies, etc...

This article by Oliver Kay of the Times (paras 12-15)discusses this issue briefly but succinctly.

Give me some time and I'll suggest a better option for the Government to blow millions of dollars..

but in all seriousness i'll get back to you on the better development academis/countries/FAs...

thanks rizal.

dayne_azmin said...

Saudara Rizal, itu yang saya nampak paling baik..saya turut bersetuju, mungkin FAM terlalu taksub dengan prestij Liga England ataupun hanya tertipu kerana Everton telah berjaya melahirkan Wayne Rooney..

tidak perlu membazirkan sejumlah wang yang besar ke England, jika boleh membawa kepakaran dari luar negara ke sini..selain Belanda, saya rasa kita boleh melihat Perancis sebagai satu lagi model melahirkan ramai pemain berbakat besar..

Anonymous said...

Bro. Curi gambar x minta izin ne boleh kena sue. Nak jelaskan sesuatu. Aku bentang laporan pasuka teknikal bukan bentang cadangan. Apa yang kami nampak kat sana. Diorang buat apa. Bukan juga untuk bentang perbandingan dgn yang lain. Kena get your fact right bro. Kena faham objektif this technical team. Bukan nak kaji keseluruhan tapi kaji sistem yang di gunakan di everton kot kot boleh guna kat sini berdasarkan tawaran diorang. Ray Hall awal-awal lagi kata Malaysian yang kena buat perubahan dan dia hanya tawar khidmat nasihat and program utk high performance bukan bus community program.

Aku setuju kalau nak revamp the whole structure. Tapi adakah kita punya political will to tell everybody foillow this please. Harap this JK punya kekuatan dan aku percaya dgn semua otai2 dlm tu sure sesuatu yang baik akan terjadi

Memang dlm cadangan kami kena ada sorang teknikal director.then dia yang akan formulate the whole thing. But which system and what structure let it become the next exclusive in this blog.

Cheers mate

Anonymous said...

aku tak nampak pun ORANG2 BESAR dlm sukan bolasepak yg ambil tahu ttg junior community league yg berlangsung begitu meriah setia minggu. TGK JE KAT ASTRO TU..gaya pemrmainan dia org lebih dari PEMAIN liga super. aku tahu la..pasal aku pun hantar anak juga..bayar rm100 sebulan utk 2 org anak.

pihak atas tak berminat mungkin kerana ini bukan product mereka. apa salahnya KBS/FAM tolong bantu dan perluaskan liga ini ke seluruh negara. bantu caoch2 kelab yg begitu komited ttp kurang ilmu coaching.

FAM pula tetap menyalah kelab dan negeri kerana membelakangi mereka dalam liga ini. manakala kelab pula buat sombong bodoh & anggap mereka tak perlu bantuan FAM..akhirnya jurulatih kelab buat ajaran sesat kat padang kerana terlalu menekankan kemenangan dalam liga community jr. league.

itulah budaya orang kita : KERA DIHUTAN DISUSUKAN..
&
KUMAN KAT SEBERANG NAMPAK TAPI....,

Anonymous said...

Kalau kita rajin baca dan buat perbandingan resepi program pembangunan sama sahaja. Ada kelab, ada komuniti, involve ibu bapa, ada akademi. Kita semua ada. Yang x sama cara dia buat. Kita semua org pandai. Semua buat tapi ada benda x betul. Pasal junior league yg bro anon bagitau. Niat baik tapi pelaksanaan?? Kalau lebih tekankan kemenangan umur rendah camne mana nak maju bro. Patutnya anak2 kita ini diterapkan semangat fun games, asas bukannya asyik nak menang sahaja. Coaches pun mcm train pemain dah tua. Kena la tgk yang main tu anak2. Junior league organizer ne kena la promote healthy environment bukan dok pikir duit je

Anonymous said...

Who were the developmental experts? Why are having so many administrators in a fact finding team? As usual an opportunity for MSN, KPM, and FAM and also hanger ons to go a holiday on the tax payer's expenses. All those guys you mentioned have been involved in Sports Development for umpteen years and see where they have taken us ... to greater depths. Start clearing deadwood and keep administrators to administer and not chart development!

parkdoor said...

WE DON'T HAVE A CLUE............!!!!

Too many things have been said about Malaysian football by too many people. Come to think of it, even after decades of listening to what's been said, we still don't know what's wrong with our football.

The players blamed the coaches who then blamed the managers who then blamed the FA's who then blamed FAM who then....... and the merry-go-round continues.And fans like us have the luxury of blaming everyone!!

So, let's not subscribe to this witch-hunt anymore......there must be another way!!!

(will continue)

Anonymous said...

salam...kadang2 saya terfikir,kenape perlu ke tempat orang??sedangkan mereka yg dtg ke MALAYSIA pun tk boleh nk buat ape2 dgn player-player kita..fasaliti cukup,financial agak kukuh,barangan sponsor berjenama & stadium pun ada kelas & byk lagilah..boleh dikatakan semua ada macam di liga BPL & lain2..

mengapa pihak FAM @ agensi-agensi tertentu tidak memantau pemain-pemain muda seperti di kawasan pendalaman???contohnya di kawasan orang-orang asli..mereka ni takde standard ke??tk di beri peluang ke??malu kerana mereka terlalu kampung ke??mereka semua ni memang ada talent jika betul betul diberi peluang..

apa salahnya labur 10 juta untuk mereka mereka yang di kawasan pendalaman??

he he said...

Salam En. Rizal,
Dah banyak sangat komen dan hentaman yang dilemparkan pada `orang teknikal` yang dimaksudkan.Mereka dah buat kajian terlebih dahulu dan pernah bersama Robert Albert dan road mapnya.Bezanya mata mereka tak biru.Mereka orang padang,berlari bersama anak2 dari umur 6 tahun tak kira dikampung,desa atau kota. Mereka dah jauh mengembara,kadang2 dengan duit sendiri keluar negara melihat dan belajar tentang grassroots dan youth development Sayangnya mata mereka tidak biru.Suara dan pandangan mereka tidak didengar.Diantara mereka ini ada yang pernah berkhidmat dengan FIFA dan ada yang ditawarkan berkhidmat di Kelab Eropah Timur.Tapi sayang mata mereka tidak biru.Kita tak mahu dengar pandangan mereka.Kita memperlekehkan mereka.Siapa kata mereka tak punya fakta? kerena itu mereka berani buat kertas kerja pembangunan.Disamping kelab lain yang ternama Mereka juga melihat pembangunan di Everton. Ada 2 pembangunan. 1 program komuniti dan 2 pembangunan Elit.RM10 juta itu besar kerana itu sebelum berbelanja mereka buat groundwork dulu.sekarang ni pun mereka sedang membuat kaji selidik disetiap negeri dan daerah sambil mengadakan klinik bolasepak. Mengenal pasti bakat pemain yang ada.Mengenal pasti kualiti dan kekuatan jurulatih yang ada.Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pentadbiran agar struktur yang akan dilaksanakan nanti kukuh dan berjaya.Nak belanjakan RM10 juta tu senang. Tetapi untuk membelanjakan RM10 juta kearah pembangunan yang mantap amat sukar.Kita perlu bijak berbelanja,kita perlu bijak merancana.Kerana itu orang teknikal ini tak banyak cakap tapi banyak kerja..dalam diam supaya RM10 juta dibelanjakan dengan betul.Kita tak mahu gagal dalam melaksanakan program ini.Kerana itu kajian bersama Kelab Everton ini amat perlu.Mereka telah memberikan kerjasama dan tidak terburu2,Sebab itu kita tak dengar cerita mereka.KBS,FAM,MSN dan KPM sedang bekerjasama dalam membangunkan akar umbi.Kita harus bersabar dan sama membantu.Tidak mengapa undur setapak untuk maju melangkah kedepan dari kita meluru dan melulu.