Wednesday, June 23, 2010

Dah tak ngaum...

DIKEMAS KINI.

Satwant Singh Dhaliwal ada kisah dalaman berhubung penggantungan Azraai Khor dan dua lagi penolongnya. Baca di sini

Wisma FAM bergegar dengan berita Azraai Khor, penolongnya Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P. Mohana Sundram digantung daripada menjalankan tugas mengendalikan Harimau Muda A.

Untuk memahami serba sedikit masalah yang membawa kepada isu ini, sila baca di sini.

Ramai yang menuding jari ke arah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tapi kaji dulu urutan peristiwa ini.

1. Azraai sudahpun diberi amaran mengenai keupayaan Mohan selaku jurulatih penjaga gol. Namun kisahnya Azraai hendak menolong Mohan atas dasar compassion.

2. Apabila prestasi penjaga gol dipersoal di Slovakia, Azraai menganggap Mohan gagal melaksanakan fungsinya. Ada juga yang melihat Mohan sebagai duri dalam daging.

3. Astro Arena mengirim Fina Nasrom ke Slovakia. Terdedah perihal penasihat teknikal Ladislav Totkovic mengambil alih tugas Azraai. Totkovic dilantik bagi menasihatkan Azraai mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan. Azraai menafikan tugasnya diambil alih Totkovic.

4. Azman, selaku penolong Azraai, dilihat lebih strict dan disegani pemain. Berbeza dengan Azraai yang lebih "relaxed" dalam pendekatannya.

5. Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, melawat pasukan di Vion.

6. Kepulangan Harimau Muda A ke Kuala Lumpur disambut meriah hujung bulan lalu. Pulang daripada bercuti, baru-baru ini, Azraai memecat Mohan tanpa merujuk kepada FAM.

7. Akhirnya setiausaha agung Datuk Azzuddin Ahmad memaklumkan kepada panel kejurulatihan itu mereka digantung manakala tugas mengendalikan Harimau Muda A secara sementara digalas K. Rajagobal.

8. Nasib Azraai, Azman dan Mohan ditentukan Jawatankuasa Teknikal Rabu depan.

OK, kaji pula status Facebook Azraai - redha dengan keputusan FAM untuk direhatkan, berpunca daripada menolong anjing tersepit.

8 comments:

Manan Yakob, Rembau said...

Jurucakap FAM sudahpun bersuara.

Hakim Amir said...

macam macam adorrr...

Anonymous said...

Den kobar dah Azrai terlalu copek jadi bos team macam rimau mudo ni..bagi la coach yg dah pengalaman luas kat Kelano Jayo atau SSBJ utk pegang team rimau ni. Nasib baik la sea games lambet laiee. Ada maso la nak ubah ganti..Den riasu jo bebudak rimau ni rimas dan mati tongah jalan jo..eko pikirla sendiri..

Kassim Selamat said...

Buang masa cerita pasal org pi makan angin ke Slovakia ni. kang kita cerita banyak, dia ugut nak saman kita.... lantak kau la labu....

Anonymous said...

pasai malaysia training kat sana laa slovakia leh menang ngan italy.. hahahaha

Emmet Muhamad said...

aduhai FAM, sebelum apa-apa ampun Tuanku, ampun beribu-beribu ampun, sembah patik harap di ampun.

Ternyata apa yang ditulis saudara Rizal tempoh hari satu kenyataan, dan andaian yang saya buat juga satu kebetulan.

masalah dapat dihidu walaupun segala khabar kurang gembira dari slovakia tidak diberikan secara jelas kpd rakyat malaysia.

Tapi kita berhak tahu, sejauh mana isu ini ditutup, akan terbongkar jua. Lihatlah sekarang

Jadi macam mana sekarang? bagi K.Rajagopal? train 3 team sekali gus? Skuad senior kebangsaan, u-23 dan tambah lagi harimau muda?

Negara lain coach skuad senior kebangsaan dan coach u-23 adalah jurulatih yang berlainan.

Mungkin ini buat sementara, tapi sampai bila? Ampun Tuanku

ASWAD said...

Salam, inilah yang dikatakan politik dalam pasukan harimau A...Kita sebenarnya dah terlalu muak disogokkan dengan cerita2 yang sebegini berbanding pencapaian sebenar pasukan...leka dek cerita belakang tabir...ketika di slovakia, adakah kita menghantar team sains sukan kita mahupun pengurusan yang mengkaji taktikal dan teknikal sesuatu team..sebagai contoh..cuaca, pemakanan, corak latihan, pengurusan, mengapa kita kalah atau menang mahupun seri, dengan adanya pengumpulan data barulah kita akan mengetahui punca sebenar daripada kita menghantar pasukan kejurulatihan yang kelakar nie...apa tak kelakarnya..beri alasan nak tolong orang laa, anjing tersepit laa, coach bukan hanya patut tahu satu atau dua perkara tapi lebih, itu dunia bolasepak sekarang...dah maju dari semua sudut...kita dok cangkung tongkat dagu..hanya fikir tentang keputusan...seperti yang saya katakan sebelum ni...dokumentasi penting..jika tak kita akan ketinggalan. Perassan personal interest nie kalau ada memang musnah..common interest yang kita mahukan...jiwa sebenar2 dalam bolasepak yang kita mahukan, kalau pakar pun tapi jiwa kosong tak guna...kita perlukan individu yang tidur, makan, mandi hingga mimpinya pun bola baru boleh pergi,bukan untuk isi jawatan kosong sampai ke luar negara..beri alasan yang hanya untuk org cetek akal...kita peminat tak nak tahu semua nie..dan sekarang beban diberi pada rajagobal pulak..situasi semakin kelakar...FAM atau sesiapa yang berkenaan...kita rakyat dan peminat bola negara dah terlalu lama kepingin nak tgk bola negara maju dan hebat...sampai ke world cup...bukan hanya duk menjerit nama pasukan lain dan pakai jersi pasukan lain...sampai bila...renungkan

MATAKU said...

FAM DENGAN MEJA BULATNYA