UPDATED 11.57am.
Sportwriters Association of Malaysia (SAM) president Ahmad Khawari Isa is in the opinion that we should give the Sports Minister the benefit of the doubt. Read his rebuttal on loose cannon's posting
here.
ORIGINAL POSTING
Granted the English Premier League is one of the most exciting competitions in the footballing world but do we have to make our former colonial masters a destination to hone the skills of our Tigers?
Loose cannon finds it disturbing that the Government thinks England can provide answers to our woes. The last time loose cannon checked, England's only victory on a global scale was the World Cup in 1966, the year best remembered for the birth of Eric Cantona.
What we can learn from the English is how to market our products - the league. To discover how best to ensure a never-ending supply of QUALITY footballers, go to France and Holland lah!
KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk menghantar 30 pemain skuad Bawah 23 tahun negara beraksi dengan kelab-kelab terkemuka Eropah.
DULU ANAK BUAH HATEM SOUISSI MERATA PERGI KE EROPAH, MENEWASKAN PASUKAN SIMPANAN ARSENAL ANTARANYA YANG ADA PATRICK VIEIRA!Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendedahan di luar negara itu merupakan jalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan skuad yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA XXV di Laos, baru-baru ini.
TIDAK SEMESTINYA.Untuk itu, katanya, beliau akan ke England minggu depan sebagai destinasi pertama dalam mencari kelab yang sesuai dan berminat untuk berlatih dengan skuad negara.
BALIK-BALIK ENGLAND.Sambil merahsiakan nama-nama kelab terbabit, Shabery berkata, beliau juga akan ke beberapa negara Eropah, selain dari England.
APA NAK RAHSIA''Apabila pulang nanti dari sana nanti, barulah saya akan umumkan bentuk kerjasama yang kita boleh jalinkan dengan kelab-kelab berkenaan.''
''Mungkin kita akan bahagikan para pemain ini kepada beberapa kelab, tidak semestinya mereka akan tertumpu dengan satu kelab sahaja.
''Saya akan membawa perancangan ini ke Kabinet. Usaha ini amat penting demi pembangunan jangka panjang bola sepak negara,'' katanya.
Sebelum ini, cadangan Ahmad Shabery supaya pemain skuad bola sepak Bawah 23 tidak mewakli pasukan negeri atau kelab sukar, didakwa sukar untuk dilaksanakan.
ITULAH, LAIN KALI KENA CHECK DULU DENGAN FAM!
Ia disebabkan faktor kewangan yang dihadapi oleh FAM serta masalah teknikal yang bakal berlaku jika cadangan tersebut dilaksanakan.
Ahmad Shabery berkata, beliau menyedari kekangan yang akan dihadapi oleh FAM dalam memenuhi komitmen itu, kerana kebanyakan pemain terikat dengan kontrak bersama pasukan negeri masing-masing, di samping masalah kewangan untuk menghantar pemain ke luar negara.
''Saya akan berbincang dengan FAM serta pasukan negeri yang terlibat untuk melepaskan pemain mereka sepanjang tempoh pemain yang terpilih untuk ke luar negara, juga membantu daripada segi kewangan,'' katanya.
INI BUKAN JAWAPANNYA!
Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai skuad Bawah 23 negara selepas mengadakan perbincangan dengan FAM mengenai hala tuju bola sepak negara di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiuasaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
KENAPA PAKAR-PAKAR INI TIDAK MENASIHAT PAK MENTERI?Ditanya jika ada pasukan negeri enggan melepaskan pemain mereka kepada skuad kebangsaan, Shabery menegaskan, mereka tiada pilihan lain, selain mengutamakan kepentingan negara.
BETUL TAPI PEMAIN PERLUKAN PERLAWANAN KOMPETITIF, BUKAN PERSAHABATAN!
''Namun, ruang untuk perbincangan tentang masalah itu tetap ada, kita bersedia berunding dalam memenuhi tuntutan mereka terutamanya pembabitan kontrak,'' jelasnya.
Beliau optimis sambutan orang ramai terhadap Liga Super 2010 tidak terjejas teruk hanya kerana tiada penyertaan beberapa pemain kebangsaan dalam skuad negeri.
''Kita hanya mengambil dalam satu atau dua sahaja pemain, paling maksimum mungkin empat pemain dari satu pasukan, saya tidak fikir ia akan memberi kesan teruk kepada semua pasukan negeri,'' katanya.
JUARA PIALA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN MUNGKIN KEHILANGAN ZAQUAN ADHA DAN AIDIL ZAFUAN ABDUL RADZAK SERTA S. KUNANLAN. TIGA TONGGAK TU!Selain itu, Shabery juga berkata merancang mewujudkan program pendedahan kepada jurulatih untuk ke luar negara pada masa akan datang.
YA INI PENTING! BETUL!''Kita tidak mahu sekadar jurulatih kita hanya tahu sekadar melatih, namun turut dibimbing dengan ilmu membaca serta menganalisis permainan bola sepak,'' katanya.
BETUL! DAH BERIBU KALI AKU TULIS DULU! SIAP AKU SUGGEST HANTAR JURULATIH KE PIALA DUNIA, BUKAN AHLI MAJLIS FAM!