Sunday, April 15, 2012

Apakah perlu Anugerah Sukan Negara dijenamakan semula?



Kalau ditanya kepada bos-bos besar Majlis Sukan Negara (MSN), Anugerah Sukan Negara tidak perlu apa-apa perubahan. Tapi mungkin bos-bos besar MSN boleh pertimbangkan antara lain:

1. Buka undian kepada orang ramai. Peratusannya 40 peratus, selebihnya dipilih jawatankuasa pemilihan dan rakan-rakan atlet. Jadi kelompok pemilih di kalangan penonton dan peminat, pegawai, wartawan dan rakan-rakan atlet yang berlatih, bermain dan berjuang di sisi calon-calon.

2. Bawa Anugerah ke luar dari Lembah Klang, satu cari mendekati masyarakat, membawa atlet kepada orang ramai dan menjadikan anugerah prestij itu mesra peminat. Secara bergilir.

Baca nukilan aku tahun lalu di sini dan pandangan bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad, di sini

Baca calon anugerah tahun ini di sini. Baca pula artikel yang diedarkan kepada media di bawah. Kalau ada salah jangan marah, saja tak edit.

ANUGERAH SUKAN NEGARA 2011


Majlis Anugerah Sukan Negara edisi ke-46 pada tahun ini merupakan satu anugerah tertinggi Kerajaan kepada atlet, pegawai, badan dan pertubuhan sukan sama ada diperingkat amatur atau profesional sebagai penghargaan kepada sumbangan cemerlang yang mereka berikan di dalam pembangunan sukan negara.
Majlis berprestij ini akan diadakan pada 17 April 2010 di Hotel Palace of the Golden Horses , Seri Kembangan Selangor.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat dan menyampaikan anugerah-anugerah utama dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV2 pada jam 10malam.


Bagi Penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati masing-masing akan menerima RM20,000 berbanding RM10,000 tahun sebelumnya. Dua atlet elit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dari sukan badminton dan ratu skuasy negara Nicol Ann David, terus menjadi calon popular yang tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011. Turut dinaikkan ialah habuan untuk pemenang bagi kategori Pasukan Lelaki Kebangsaan dan Pasukan Wanita Kebangsaan, yang mana masing-masing akan menerima RM20,000 atau RM3,000 seorang, berbanding RM10,000 atau RM1,500 seorang tahun sebelumnya.


Antara senarai calon kategori Olahragawan Kebangsaan, Chong Wei akan disaingi Sazali Abdul Samad (bina badan), Cheng Chu Sian (memanah), Bryan Nickson Anak Lomas (terjun), Adrian Ang Hsien Loong (tenpin boling) dan Leong Tze Wai (karate). Bagi calon Olahragawati, Nicol dicabar Nur Suryani Muhamed (menembak), Fatehah Mustapa (berbasikal) dan Pandelela Rinong (terjun). Jacqueline Jenelee Sijore (Tenpin Boling), Chai Fong Ying (wushu)


Majlis juga akan menganugerahkan Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas sebagai menghargai individu yang terlibat dalam pembangunan sukan negara samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

2 comments:

Anonymous said...

Salam RH,

Boleh x RH mencadangkan kpd penganjur supaya mengenakan syarat berpakaian (dress code) kepada semua calon/hadirin. Nampak ada prestij skit,ini x semua yg dtg pakai ikut suka hati mcm x menghormati majlis pun ada saya tgok (mcm anugerah bolasepak yg lps terima award pakai kemeja belang2/kotak + jeans).FAM kta player kita dah pro, ape ni mcm nk pegi kenduri/shoping je. Cuba contohi safee sali, dia tahu sesuaikn pakaian dgn majlis dihadri.

Anonymous said...

Assalam, untuk makluman tuan yang memberi komen yang pertama..setahu saya dalam kad jemputan Anugerah Sukan Negara telah dicatatkan 'dress code' untuk semua jemputan yang hadir.. dan untuk para atlet biasanya memakai baju korporat harimau dan berseluar gelap... yang tuan lihat atlet memakai jeans dan baju tidak bersesuaian itu pastinya "bukan" menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara atau mungkin majlis yang dihoskan oleh Badan Sukan /Agensi selain MSN..