Wednesday, January 6, 2010

Bola lagi...

Laporan Harian Metro hari ini memetik ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang mempertahankan cadangan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mengirim pasukan Bawah 23 tahun kebangsaan ke Eropah.

Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my

"ITU hak mereka untuk tidak berpuas hati, tetapi kita lakukan semua ini demi kepentingan negara dan bukannya negeri," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong apabila cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mengasingkan skuad kebangsaan untuk program sepenuh masa di England tampak kurang disenangi beberapa pasukan dan jurulatih negeri.

Teguh menyokong pendirian ‘bosnya’, Zolkples yakin jika "kita tidak lakukan sekarang, saya yakin bola sepak akan kembali macam dulu." KITA KENA LIHAT GAMBARAN LEBIH BESAR, JANGAN FOKUS KEPADA ELIT, ITU AKU JELASKAN KEPADA SUKAN AWANI SEMALAM. JANGAN GHAIRAH DENGAN KEMENANGAN SUKAN SEA!

Beliau menafikan kenyataan jurulatih terbabit ada kaitan dengan usaha menggagalkan perancangan Kementerian Belia dan Sukan, MSN dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas berjaya mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea di Vientiane.

Jelas beliau apa yang dibimbangi pihak terbabit tidak akan memberi kesan terhadap perancangan yang diputuskan apatah lagi mereka perlu melihat kejayaan di Sukan Sea adalah landasan terbaik untuk melonjakkan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan.

Zolkples ternyata lebih bimbang sekiranya pemain terus bersama negeri, mereka akan kehilangan kecergasan yang dilihat menjadi faktor utama kemenangan skuad bawah 23 tahun itu, yang terbukti sewaktu menentang Thailand yang kelihatan ‘lesu’ dan sebelum itu turut cergas dalam perlawanan sebelumnya menentang Kemboja.

"Tanpa latihan di bawah kendalian jurulatih kebangsaan di bawah pemerhatian secara khusus, mustahil mereka akan mencapai tahap antarabangsa dan prestasi mereka jauh lebih baik dalam Liga M," katanya. JADI JANGAN AMBIL JALAN SINGKAT. KITA KENA FIKIR MACAM MANA NAK TINGKATKAN MUTU LIGA. DEVELOP EN MASSE!

Jelasnya, perkara ini sudah diputuskan hasil perbincangan ketiga-tiga pihak terutama dengan FAM yang menaungi persatuan negeri dan sebagai mewakili persatuan negeri, mereka sudah bersetuju dengan pendekatan itu meskipun tidak berpuas hati dengan reaksi persatuan negeri terhadap perkara itu. HABIS TU MACAM MANA FAM KATA TAK SETUJU DUA HARI LEPAS TAPI SETUJU PULAK HARI INI?

"Kita perlu lakukan yang terbaik untuk kebaikan negara dan dalam hal itu pasukan negeri terpaksa berkorban dan mereka tidak perlu bimbang mengenainya," katanya yang menjelaskan Tabung Pembangunan Bola Sepak akan digunakan untuk membiayai pemain terbabit sekiranya diperlukan. BENAR, AKU ANTARA YANG BANYAK MEMBELASAH PASUKAN NEGERI YANG DILIHAT LEBIH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI TAPI DALAM HAL INI, AKU FIKIR LEBIH WAJAR KALAU YANG TERBAIK SAJA DIHANTAR SECARA BERKELOMPOK. YANG PENTING PEMAIN HARUS DIPILIH BERMAIN SECARA MERIT, BUKAN ATTACHMENT. KITA SENTIASA DALAM DILEMA, BAGAIMANA HENDAK MEMAJUKAN PASUKAN KEBANGSAAN SAMBIL MEMASTIKAN LIGA M KEKAL RELEVAN!

Kelmarin, Ahmad Shabery selepas perjumpaan antara KBS, MSN dan FAM membayangkan pemain skuad kebangsaan akan menjalani latihan bersama kelab terkemuka Eropah, mengambil contoh kejayaan pemain Afrika yang menyertai kelab Perancis sebelum cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris. SEBENARNYA, DI AFRIKA ADA SATU SISTEM TALENT SCOUTING YANG MENYELURUH. PAT VIEIRA UMPAMANYA ADA SEKOLAH BOLA SEPAKNYA SENDIRI DI SENEGAL. DI CAMEROON ADA TRADISI MELAHIRKAN PEMAIN HEBAT. KELAB GERGASI SEPERTI BARCELONA, INTER MILAN DAN PARIS ST GERMAIN ADA RANGKAIAN TALENT SCOUT DAN PROGRAM BERKEMBAR DI KEBANYAKAN NEGARA AFRIKA. SIAPA YANG ADA BAKAT DIBAWA KE EROPAH PADA USIA BELASAN TAHUN. ADA JUGA KELOMPOK YANG BERKELANA KE EROPAH AS A MATTER OF SURVIVAL DAN BUKAN DIHANTAR OLEH PERSATUAN MEREKA! MISALNYA DIDIER DROGBA. DIA BUKAN DIHANTAR OLEH IVORY COAST LAH!


Malah beliau sendiri akan ke England untuk berbincang dengan kelab terbabit bagi menempatkan pemain terbaik negara untuk tempoh tertentu, selain ke Slovakia, Korea Selatan dan Turki. SLOVAKIA MUNGKIN BOLEH KERANA ADANYA JOSEF VENGLOS. KITA JUGA HARUS LIHAT DIVISYEN DUA JEPUN. KITA JUGA HARUS ADA PROGRAM BERKEMBAR, MAKNANYA PEMAIN KITA BOLEH KE SANA DAN PEMAIN SERTA JURULATIH MEREKA JUGA KE SINI UNTUK BUAT KLINIK KEJURULATIHAN!

9 comments:

GombakRock said...

I'm 100% behind you Brader LC!!!

daLyaanoon said...

gua macam biasa. Senantiasa sapot lu brader!

Lee said...

Hello Rizal, here's wishing you and all at home the very best of 2010. And you scoring more goals in your eloquent postings of sports.
You stay young, stay handsome and have a great new Year. Best regards, Lee.

MatRock said...

NI pun nak cerita pasal bola lagi. TApi bukan pasal nak hantar pemain ke England tapi pasal Chairman Pengadil FAM yang baru. Dalam Metro hari ni, untuk entah yang ke berapa kali beliau sekali lagi mencanangkan ada beberapa buah pasukan negeri dan kelab yang gagal menjelaskan bayaran kepada pengadil.
Tak payah la nak heboh-heboh. Bukan semua negeri/kelab yang buat perangai. Cuma hanya terdapat sebuah negeri dan sebuah kelab saja. NAnti org ingat, semua negeri yang terlibat. Kalau dah tahu pasukan berkenaan liat untuk membuat bayaran, dedahkanlah nama pasukan itu...Jangan biarkan orang ramai buat spekulasi menuduh pasukan-pasukan yang 'bersih'.

Cerita pasal bayaran tu dah basi. Apa yang lebih penting, Chairman baru sepatutnya memantau mengenai sikap 'seseorang' yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Ada bukti sahih menunjukkan, individu berkenaan yang bekerja di Unit pengadil FAM 'melantik' dirinya sendiri untuk mengadili perlawanan liga yang bermula 9 Jan ini melebihi pelantikan orang lain.
Venue yang dia pergi bukan dekat-dekat malah sampai ke Sabah Sarawak. Kedah saja dia pergi dua kali bulan ni.
Harap-harap Chairman baru selalulah check jadual tu. Kalau nak harapkan si pengurus ladang, rentikan lah....

Ref Cukup Makan said...

MatRock,
Sudah sudah la tu. Buat apa bising-bising pasal bab pengadil ni? Tindakan you mcm anjing menyalak bukit semata-mata. Lagi lama you menyalak, lagi tinggi bukit tu.
You mesti paham, org2 yang berkuasa di sana anggap diri mereka number one dan dia saja yg betul. org lain semua salah.
You jgnlah berharap sgt chairman baru you tu boleh ubah suasana. Dia sendiri pon ikut telunjuk orang-orang yang berkuasa tu. Jika tidak, masakan dia bersetuju semua elaun pengadil mulai tahun ni harus di tuntut ke FAM. Alamatnya 3-4 minggu baru FAM bayar lah (sebelum ni bayaran dibuat di stadium selepas tamat sesuatu perlawanan).
Pihak yang menerima cadangan itu tidak boleh ke berfikir, kalau 1 game kena keluar duit sendiri lebih kurang RM340 (minyak Rm80, Tol 80, hotel RM130, isi perut RM50) , berapa duit yang perlukan didahulukan jika ada 5 games sebulan? Ohhh RM1700....

Bagaimana dgn perbelanjaan anak bini dan belanja sekolah anak2?
Kalau yang berduit tu no problem, tapi yang gaji hanya cukup makan mcm mana?
Nak salahkan pada pihak yang membuat cadangan memang buang masa jer. Dia akan anggap dia saja yang betul...
Yang boleh disalahkan tapi boleh dikaji dan diperbetulkan semula terletak pada chairman dan AJK baru yang dilantik. Anda semua perlu menjaga kebajikan kami semua dan bukan kerusi kamu semata-mata.
menjadi pemimpin bukan hanya untuk mengangguk kepala kepada hal-hal yang tidak betul....

Anonymous said...

Let see what the minister have got to say this sunday..;)

Tukang Ganti said...

Ref Cukup Makan, kalu hang dah tau cukup2 makan, tolak saja la lantikan tu... buat apa hang pi perabih duit. Bagi anak bini hang makan lagi elok...
Kalu hang nak pi gak, hang naik bas ekspress dan hang tidoq kat mana-mana 'hotel surauwi'. Tambang pergi balik area RM80, makan RM20. So hang hanya kena keluar Rm100 saja.

Hang pikiaq la mana yang baik bagi hang

Anonymous said...

Desas desus yg kedengaran ada komiti yang dipengerusikan oleh Raja Mat Zainuddin telah digantung atas sebab masalah displin.
Macam mana ni Dato, baru 2 bulan pegang jawatan dah gantung AJK Dato'? Masa lantik hari tu tak selidik lata belakang ke?

Itulah Dato', percaya sgt dengan cadangan org2 FAM tu. Yang boleh buat kerja depa buang.... yang bermasalah, depa lantik.

Kalau Dato' tak tau menahu cerita ini, bagaimana mereka boleh buat sesuatu tanpa persetujuan Dato'?
Itulah FAM yang Dato' masih belum kenal....

Anonymous said...

Ni kolum khas utk cerita keburukan refree ke??? Ni kolum nak cerita pasal Menteri & Timbalan Presiden yg dok merapu da...KP MSN pun dah senada kebelankangan ni...heran pak cik...