Saturday, October 17, 2009

Al-Fatihah buat Mejar Zainuddin

Berita dipetik daripada http://shaukeisports.blogspot.com.

MEJAR ZAINUDDIN ABDUL GHANI, SETIAUSAHA PERSATUAN BOLASEPAK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, KEMBALI KE RAHMATULLAH.


KUANTAN, SABTU, 17 Oktober; Mejar Zainuddin Abdul Ghani, 49 tahun, Setiausaha pasukan bolasepak ATM yang juga Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, telah kembali ke rahmatullah petang tadi di Kuantan.

Beliau yang juga AJK Kejohanan Bolasepak Pantai yang sedang berlangsung di Pantai Teluk Cempedak, sebelum itu turut beraksi beberapa minit menentang pasukan media kemudiannya kelihatan meninggalkan pantai permainan untuk berehat, sejurus kemudian beliau rebah lalu tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital namun menghembuskan nafas terakhirnya semasa dalam perjalanan.

Setakat berita ini ditulis jenazah masih di Hospital Besar Kuantan dan akan dibawa pulang ke Rembau dan diberitakan akan dikebumikan di Rembau esok.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tujuh anak, merupakan individu yang bertanggungjawab berusaha mengembalikan kewibawaan pasukan ATM dalam Liga Malaysia, antaranya membawa masuk bekas pemain kebangsaan Mohd.Shah Norbit selaku Jurulatih, dimana menyaksikan keputusan cemerlang ATM dalam kempen Piala Malaysia baru-baru ini.

"Kita kehilangan sahabat yang amat baik, sama-samalah kita doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat olehNYA dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh" demikian menurut Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Datuk Haji Takiyudin Hasan ketika dimaklumkan tentang berita ini.

1 comment:

Anonymous said...

rest in peace mejar zainuddin...my deepest condolences to his family and friends.


for the game. for the world.