Friday, April 3, 2015

Kafe Sukan - lima tahun sudah berlalu


Tidak mungkin aku lupa detik perjumpaan aku bersama dua tulang belakang yang menjadi perintis Astro Arena. Lewat 2009, pengurus besar Astro Arena, Matt McKeown, basah kuyup menghulurkan salamnya sambil diiringi Venu Ramadass. Perjumpaan itu diatur Venu, pengurus saluran, selepas sahabatku, Saniboey Ismail, memaklumkan kepada aku bahawa aku ada peranan di saluran sukan itu.
Catatan pertemuan dengan Matt Farewell Matt McKeown. Astro Arena 801 dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang, sebagaimana catatanku di sini



Apabila Kafe Sukan berusia dua tahun, aku catat two years on. Ahad lalu, Kafe Sukan, cetusan ilham Slamet Sazly Yakub yang bermodelkan program terbitan Fox Sports Australia, Back Page Live, genap berusia lima tahun.



Ini program Back Page terbitan Foxsports Australia yang disebut oleh Matt dalam pertemuan kami



Ini promo pertama kami...dibuat selepas episod yang kedua atau ketiga



Bersiaran buat kali pertama 29 Mac, 2010 dengan tetamu jemputan Chris Raj dan Haresh Deol


Aku menegaskan kepada Slamet bahawa Datuk K. Rajagobal mesti diundang ke Kafe Sukan, jadi aku mengurus segala-galanya. Baca di sini




Kafe Sukan membawakan tetamu yang relevan dengan isu semasa. Misalnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil bersama Lim Teong Kim membincangkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) atau NFDP





Sempena pelancaran bukunya, Datuk Lee Chong Wei turut menghiasi Kafe Sukan




Sebelum Kafe Sukan bersiaran langsung sejak awal tahun, program ini bersiaran secara langsung hanya sesekali, termasuk di Lagenda 17 milik Zainal Abidin Hassan, imbas kembali live di Lagenda 17, di SportsDirect.Com di Petaling Jaya, baca Kafe Sukan secara langsung dan di Kolej Komuniti Selayang serta di Kota Bharu di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Baca Kafe Sukan ke Kota Bharu



Kafe Sukan juga bersiaran secara langsung dari Kolej Komuniti Selayang




Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Razali, menjelaskan kewujudan pasukan SIC dalam Moto3




Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan dibawa ke studio bagi mengulas kejayaan Pahang merangkul Piala Malaysia 2013

Kafe Sukan sebenarnya mengubah kerjaya aku. Daripada seorang wartawan media cetak yang diberi ruang di RTM sejak 2006, bersama satu segmen khas dalam Wisel Penamat yang membawa aku kepada Kafe Sukan, dari situ Slamet menawarkan aku peluang menjadi hos Grandstand Ahad dan Dengan Izin.


Slamet berkongsi pengalaman menerbitkan Kafe Sukan pada awal kewujudannya bersama Akbar Sahari


Sepanjang lima tahun Kafe Sukan bersiaran, aku bukan saja belajar banyak benda bahkan buat kawan atas talian. Antaranya pensyarah program kulinari Kolej Komuniti Selayang, Zafarul Aswad. Baca Aswad dan sandwich ayamnya. Dia memutuskan menyediakan kek ulang tahun kelima bersama nasi mentega dan terrine de poulet untuk krew yang sebelum itu sudahpun menjamu selera dengan roti jala, KFC dan kuih-muih! Kepada Pengarah Kolej Komuniti Selayang, Puan Roslina Lapanditah, Aswad dan pelajarnya, terima kasih atas penghargaan kepada kami!


Krew ambil kesempatan bergambar bersama tetamu Chris Raj dan Slamet serta penyumbang kek


Chef Aswad bersama waghihnya Akbar


Tiga tenaga Kafe Sukan sejak awal - Slamet, Akbar dan aku dipaksa berlakon



No comments: