Sunday, February 26, 2012

KOM-an, V.C. George dan politik yang meloyakan

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kena tambah A dan N jadi KOMAN...kalau berterusan dihimpit pelbagai kontroversi.

Kita harus tunggu sama ada panel siasatan yang bakal diketuai Datuk V.C. George dapat jalankan tugas dengan bebas, objektif dan berani tanpa ada campur tangan mana-mana pihak.

 Datuk Vadaketh Chako George, bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Beberapa persoalan timbul.

1. Siapa lagi anggota panel itu? Kalau ada pemegang jawatan KOM di kalangan mereka, baik V.C. George tarik diri.

2. Apakah individu yang dituduh dalam petisyen terus bertugas seperti biasa, sedangkan dia mungkin ada akses kepada dokumen, maklumat dan pejabat KOM?

3. Harapnya Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, tidak ada dalam panel kerana dia prejudis dan berat sebelah dalam kes ini. Dia pertahankan Karim Ibrahim dalam mesyuarat majlis KOM minggu lalu di saat beberapa ahli majlis lain mencadangkan Karim ambil cuti sementara menunggu hasil siasatan terhadap petisyen yang ditanda tangani 58 individu, termasuk 16 jurulatih.

4. Antara nama yang boleh dipertimbangkan untuk jadi anggota panel - Datuk Wira Mazlan Ahmad, Datuk Dell Akbar Khan dan seorang dua yang ada latar belakang undang-undang serta seorang dua bekas atlet seperti Datuk Marina Chin atau Datuk Shahrudin Mohd Ali, bekas jaguh pecut negara. Sementara itu, bolehlah baca artikel NST timbalan presiden tak kena gantung


Berita Harian melaporkan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, nafi tutup mata.


PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan beliau bersifat 'tutup mata' dalam mengendalikan isu berkaitan Karim Ibrahim kerana mulutnya dikunci timbalannya dalam persatuan itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai dakwaan yang tidak berasas, Shahidan berkata beliau percaya tanggapan itu sebenarnya hanya sekadar persepsi semata-mata dibuat pihak tertentu.

“Mulut saya tidak pernah ‘ditutup’ mana-mana pihak terutama Karim. Setiap apa yang saya lakukan (dalam KOM) adalah berdasarkan kepada peraturan sudah ditetapkan.

Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM. - Datuk Seri Shahidan Kassim

“Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM,” katanya.

Difahamkan, tanggapan mulut Shahidan dikunci Karim timbul selepas beliau dilihat seolah-olah ‘membela’ orang nombor dua itu, walaupun Karim kini berdepan pertuduhan serius termasuk didakwa terbabit dengan seorang atlit yang didapati positif ujian dadah di Sukan SEA, Indonesia November lalu.

Tambah kukuh, Karim dilihat masih ‘kebal’ walaupun berdepan pertuduhan itu apabila hasil mesyuarat tergempar berhubung isu berkenaan memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Doping dan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tuduhan membabitkannya.

Malah, kedudukan Karim dalam KOM juga turut tidak disenangi apabila sekumpulan jurulatih dan atlit dilapor menyerahkan petisyen bantahan bertarikh 13 Februari lalu, kepada Shahidan yang antara lain turut mengusulkan supaya beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden KOM.

Shahidan ketika ditanya mengenai kedudukan Karim dalam KOM berkata, semuanya akan ditentukan dalam mesyuarat agung khas yang dijangka diadakan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

 Spekulasi bertiup kencang petisyen yang diserahkan kepada Shahidan tempoh hari adalah perancangan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kiri). Shahidan dah suruh Hamberi Mahat tarik balik petisyen dengan menjanjikan tiada tindakan diambil terhadap jurulatih yang tanda tangan....

Dua puluh tahun aku cover olahraga...politiknya meloyakan!

9 comments:

HSKAMAL said...

Bro, Rizal...kita kena form satu badan yang boleh overide semua persatuan sukan.

Kerajaan kalau betul2 peka, mereka harus take this matter to parlimen. Peranan panel dan kuasa mesti di masukan dlm akta pertubuhan sukan secara permanent body.

Kerajaan perlu bubarkan atau gantikan akta sukan yg ada dgn yg baru. Kuasa2 ahli majilis mesti berpandukan peraturan yg tetapkan dlm akta baru nanti.
Tiada lagi kuasa mutlak kepada mana2 persatuan.

Kalau kita betul2 serious,...ini saje caranya untuk selamatkan sukan kita drp orang2 yg main politik dlm sukan.

Anonymous said...

Kita nak tahu apakah yang dijanjikan oleh pemegang2 jawatan utama ketika pemilihan mesyuarat agung KOM..asyik2 org yg sama jga yg dipilih dan diangkat ke jawatan2 penting..

Anonymous said...

Yang aniaya Atlit..Yg pegawai celaka si Karim OK plak....Kata shaidan Karim dah menempa kejayaan..yg tempa kejayaan ialah athlit...asyik kontoversi je KOMan ni

LIMA 15 said...

Bijak. Inilah kelebihan orang politik. Mereka bijak memberi alasan dan mungkin mereka boleh berkata bhw mereka ingin berbakti kpd negara dgn memimpin kesatuan sukan. Memimpin badan sukan bukan sekadar soal untuk berkhidmat untuk negara tetapi yang lebih penting ialah mencipta kecemerlangan. Kalau sekadar menukar nama dari KOAM kpd KOM..ini bukan mencipta kecemerlangan.Ini dikatakan kerja KOMAN..KOMAN..KOMAN. Kalau setakat nak tukar nama, budak sekolah rendah pun boleh buat.

Kalau orang politik nak curah tenaga dan bakti..kita nak kata tak boleh..tak adillah pulak kpd mereka andaikata mereka masih berkemampuan. Tapi kalau nak berbakti pun pilihlah bidang yg bersesuaian dgn pengalaman mereka...Pengalaman paling luas bagi orang politik ialah BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.Jadi pilihlah badan2 amal / kebajikan yg banyak didapati di Malaysia Tercinta ini untuk mencurah bakti. Tak payahlah memimpin badan sukan. Kesatuan sukan serahkan saja kpd mereka yg berpengalaman dlm sukan. Kalau dah minat sangat sukan..pimpin saja badan kebajikan sukan..jagalah kebajikan ahli sukan.

psm peminat sukan malaysia said...

Salam Bro Rizal dan para pembaca yang budiman

Sekira Akta Pembangunan Sukan 1967 digunapakai maka, maaf masalah ini tidak akan dilerai... mengapa.. pengubal tidak meneliti sukan tidak akan berkembang dengan ketiadaan keadilan. keadilan apa yang diharapkan.. bukanlah seperti daripada blogger- ..contohnya seperti satwant singh dhaliwal yang hanya menembak tanpa haluan..dan juga tidak mahu menerima teguran kerana mungkin kuathir dikutuk...atau takut kot menerima kenyataan..Apapun saya rasa kiranya kita meneliti secara mendalam aspek dengan saksama dan menjurus ke penyelesaian. Akta Pembangunan Sukan kita sudah lama dan tidak mengambilkira dinamik sukan tetapi berpaksikan kepada personaliti yang sudah pasti tidak sempurna justeru perkembangan dalam arena sukan tidaklah sepantas dengan dinamik sukan tersebut. Akta menyatakan Menteri mempunyai kata muktamad tetapi badan-badan dunia sukan menyatakan mereka mempunyai kata muktamad. Bagaimana nak selesai. mana dia proses mediasi dan timbang tara seperti yang digubal untuk pengguna2 - Tribunal Penguna...Kalau nak harapkan proses perundangan ia adalah melalui perbicaraan secara bertelagah secara kehormat dimahkamah untuk mendapat penyelesaian. ini tidak sesuai terutama sekali apabila bekas Hakim Mahkamah Rayuan menjadi pengerusi. Kita perlukan watak watak seperti Datuk Mazlan, Dato Zol, Dato Ramlan, Tan Sr Jega, Dato Soh Chin Aun, dll memberi pandangan mereka. Mereka ini pernah mengharungi semua keranah kesukanan dan masih aktif dalam arena sukan. Forum Bro ini satu ruang saya boleh memberi idea..tetapi kiranya dalam blog-blog yang tidak memberi sebarang ruang untuk idea kami seperti blogger yang saya nyatakan apa kurangnya dengan masalah yang dihadapi KOAM dan semua pihak yang terlibat. Akhirnya semua rugi...

Man Olimpik said...

Moreover, history teaches us that politics have always been present in the development of the NOC's /NSA's , since its inception, and participate in all the facets of social life, including sport politics and sport that must live together and establish a general framework of mutual respect.

Man Olimpik said...

each NSA is an independent legal entity and should not fall prey to political exploitation or be dependent on political authority.

unquestionably, NSAs should work to maintain harmonious cooperation with their governments and appropriate government bodies.

Dato Sukan said...

Atlet-Atlet Dan jurulatih2 patut hantar surat komplain kpd Pesuruhjaya Sukan. Pesuruhjaya Sukan pulak bolehlah ambil tindakan untuk menggantung KOM. Ini adalah peluang untuk Menteri menubuhkan Jawatankuasa Adhoc untuk mengurus KOM. Jawatankuasa ini bolehlah dianggotai oleh Dato Mazlan, TS Jega, Tunku Imran, Dato Danyal, Dato Naim, Dato Soh Chin Aun, Dato Marina Chin Dan tidak ketinggalan bakal Dato Rizal Hashim Dan mana2 Dato yang boleh membantu memulihkan KOM.

Anonymous said...

sukan malaysia kalao tak dianiaya oleh orang2 politik memmang tak sah...